Indeed, Allah rewards the charitable.”
Quran 12:88 (Surah Yusuf)
Masih ingatkah anda mengenai kejadian di mana bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya kira-kira 10 bulan yang lalu?
Melihat perkongsian Emilia di laman Instagram miliknya, dia sekali lagi melangkah ke Penjara Wanita Kajang tetapi bukan sebagai tahanan atau banduan, tetapi melangkah masuk dengan niat untuk berkongsi keberkatan Ramadan dengan penghuni banduan.
“Dengan niat untuk berkongsi amal Ramadan dengan penghuni banduan, saya bersama bekas banduan lain diiringi NGO dan badan korporat, kami tampil berjuang bersama sebagai sukarelawan.
Kini, saya kembali ke Penjara Wanita Kajang pada hari Jumaat yang baraqah, dengan membawa dana sumbangan makanan buat penghuni banduan dan warga Penjara Kajang.
Semoga sumbangan kecil kami dapat memberi sinar dan keceriaan buat penghuni banduan sempena Ramadhan Mubarak. Mudah-mudahan perkongsian rezeki membawa berkat buat semua,” ujar Emilia melalui perkongsian di laman Instagram miliknya.
“Saya melangkah masuk ke penjara dengan hati yang tenang berpegang prinsip dan bermaruah (with dignity), dan dibebaskan dari Penjara Wanita Kajang pada hari Jumaat, 10 bulan yg lalu.
“Anak sulung mengambil peperiksaan IGCSE pada tarikh yang sama saya dipenjarakan. Meskipun tidak dapat berada dengannya,doa seorang ibu sentiasa mengiringi kejayaan anaknya. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan doa tanpa jemu, dia berjaya memperolehi gred A dalam peperiksaan IGCSE dengan merit tertinggi,” kongsi Emilia.
Sebagai ibu, dia sentiasa menitipkan pesanan untuk anak-anak tersayang mengenai bagaimana Allah sentiasa ada bersama hambaNya dalam apa jua keadaan.
“Allah SWT ada. Always trust Him. Don’t be afraid when not in the wrong. Continue to do good in this world and hereafter”,ujarnya lagi.
Semoga kedatangan Ramadan dan Syawal kali ini memberi sinar baharu dalam kehidupan Emilia bersama anak-anak apatah lagi apabila kes yang berlarutan selama beberapa tahun itu berjaya diselesaikan dengan baik.
This website uses cookies.