Kagum dengan kesungguhan bekas pemain tenis dunia, Maria Sharapova jaga penampilan. Selamat melahirkan anak sulung pada Julai lepas, juara Glam Slam lima kali tersebut tidak mengambil masa lama untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh asal sebelum hamil. Hebat!
Maria dan tunangnya yang juga merupakan pengasas Paddle8 mengumumkan kehadiran cahaya mata sulung di Instagram masing-masing pada pertengahan Julai lepas. Pasangan tersebut juga sepakat menamakan bayi lelaki mereka dengan nama Theodore.
Berkongsi foto dirinya di samping tunang tersayang sambil menatap wajah cahaya mata kesayangan, Maria yang juga usahawan memberitahu, “The most beautiful, challenging and rewarding gift our little family could ask for.”
Berita kehamilan Maria mula mendapat perhatian peminat dunia tenis apabila bintang ini mendedahkan kehamilannya ketika ulang tahun kelahiran ke-35 pada April lepas.
Berkongsi kapsyen menggunakan nombor Roman Vll.l.MMXXll dalam foto anaknya seolah-olah memberi bayangan mengenai tarikh lahir bayi tersebut pada 1 Julai lalu.
Maria bersara daripada profesion tenis pada Februari 2020 selepas berjaya mencatatkan 36 kejuaraan Hologic WTA Tour, Roland Garros sebanyak dua kali selain memenangi acara besar lain seperti Australian Open, Wimbledon dan US Open.
Usahawan Sugarpova ini dikhabarkan bertunang dengan Alexander Gilkes pada Disember 2020 selepas dua tahun bercinta. Mereka bagaimana pun belum sempat melangsungkan perkahwinan kerana situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak lebih dua tahun lalu.
Dr Jezamine Workaholic & Tak Duduk Diam, Ini Yang Harith Iskander Buat Untuk Isterinya Tidur!
Selama mengenali Dr Jezamine, banyak kisah kejayaan saintis berusia 33 tahun ini yang menjadi inspirasi. Selain bergelar isteri dan ibu, beliau juga menggenggam PhD, menguruskan kerjaya suami, bisnes mereka dan terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan. Pun begitu, ‘bayaran’ untuk kesibukan ini juga besar… Kata Harith Iskander, isterinya sangat susah untuk tidur.
Pendedahan ini diceritakan kepada media baru-baru ini dalam sebuah majlis pelancaran produk kesihatan milik pasangan selebriti tersebut iaitu AEMIS.
“Hakikatnya saya memang pernah mengalami masalah susah tidur. Ini bukan saja menjejaskan prestasi untuk keesokan hari, malah mood dan kesihatan saya.” Dr Jezamine Lim
Tambahnya, keadaan bertambah buruk semasa pandemik COVID-19. Apabila semua orang terpaksa duduk di rumah, mindanya ligat berfikir tentang banyak perkara.
Di situlah tercetusnya idea untuk menghasilkan rangkaian produk yang dapat membantu orang lain mencapai keseimbangan kerjaya dan kesihatan dalam kehidupan.
Kata Harith Iskander yang pernah digelar The World’s Funniest Man 2016, mereka melahirkan dua produk iaitu Relazz iaitu minuman berfungsi yang dapat membantu kualiti tidur serta Probiome untuk meningkatkan kesihatan penghadaman.
“Relazz memang sangat-sangat berkesan untuk membantu isteri saya tidur lebih lena dan berehat secukupnya. Saya yakin ia juga bermanfaat untuk orang lain yang mengalami tekanan kerja seperti Dr Jezamine.
Tidur nyenyak ni penting supaya kita bangun lebih bertenaga dan rasa lebih cergas.
Pasaran sasaran kami adalah mereka yang berdepan dengan gaya hidup sibuk terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.
Mereka ini perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas, persekitaran pekerjaan yang boleh membawa tekanan dan sebagainya.” Harith Iskander
Sambil mengangguk, Dr Jezamine bercerita tentang inspirasi di sebalik penghasilan Relazz dan Probiome yang berharga RM239 setiap satu itu.
Katanya, ketika itu, timbul kesedaran akan kepentingan mengambil masa untuk diri sendiri dan menjaga kesihatan termasuk mendapatkan tidur yang cukup.
“Sebelum pandemik, jadual kita terlalu padat dengan tugas-tugas harian sehingga tidak ada masa untuk menjaga kesihatan diri.
Jadi pada masa tersebut, kami mengambil keputusan untuk membangunkan produk ini untuk membantu mereka yang lain di luar sana.” Dr Jezamine
Agaknya apa terjadi bila pelawak dan saintis dalam satu rumah? Jom tonton video Lensa Nona eksklusif dengan pasangan ni…
AKTIF
Dr Jezamine Lim sememangnya lambang wanita berjaya dan menjadi inspirasi ramai. Mana tidaknya, walau sudah berkahwin dan ada tiga anak namun dia komited menggapai kejayaan saban tahun serta berusaha menjadi insan lebih baik.
Ketika bencana banjir melanda Selangor dan Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu, Dr Jezamine dan suami tercinta, Harith Iskander tidak melepaskan peluang turun padang membantu mangsa banjir.
Pasangan ini juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan sewaktu pandemik Covid-19, musim perayaan dan bencana alam lain menerusi badan amal The Hope Branch.
Running multiple businesses including managing my husband’s career, pulling of a live stand up comedy concert of 9000paxs at Bukit Jalil – all of it seems almost a blur.
And the craziest thing is – I feel like I’m only just beginning! I took the path that no one else dared to.
At times it feels good to feel lost but knowing that I’m heading in the right direction. Today, I hope to inspire the youth especially young girls out there – to venture into the science entrepreneurship world because science is a ever expanding field, provides possibilities, resilient and problem solving – characteristics that you need to have to survive in today’s era.”
Dr Jezamine mendirikan rumah tangga dengan Harith Iskander pada 12 Jun 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander.
Dr Jezamine juga pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Stem Cell and Tissue Engineering dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Makin Cun Dah Anak 3, Wajah Menawan LEUNIEY NATASHA Suri Hati Khairul Fahmi Che Mat!
Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka kini meniti usia 9 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha masih dikagumi. Raut wajah cantiknya ditambah pula dengan penampilan sopan Leuniey sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat.
Terpikat dengan kemulusan kulit wajah wanita yang meniti usia 30 tahun ini, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, dia membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Mengikuti perkembangan Leuniey, ibu muda ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai perniagaan bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali. Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia juga mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin!
Tahun ini merupakan tahun keempat Leuniey menetap di Melaka memandangkan suami masih bermain untuk pasukan Melaka United. Enggan duduk diam di rumah, Leuniey memanfaatkan masa yang ada dengan minatnya dalam bidang kecantikan dan berniaga. Difahamkan sepanjang berada di Melaka, Leuniey pernah mengambil tempahan sebagai make-up artist untuk majlis bertunang, kahwin dan sebagainya.
Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kesihatan, LadyVie yang dilancarkan sekitar bulan Mac tahun lalu. “Idea untuk buat jamu moden LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.
Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan.”
Tambahnya lagi, “Tapi buat masa sekarang, Leuniey slow sekejap bisnes.. more to family business yang memang dari dulu lagi kami sekeluarga manage iaitu bisnes event hall dan bridal. Alhamdulillah, sekarang kami dah ada 4 event hall.
Bila dah berpindah ni susah nak commit business. Leuniey terpaksa slow within bulan Disember sampai Februari ni sebab kami pindah dan PKP pun kan. Agak mencabar juga. InshaAllah habis PKP 2.0 ni kita ‘meroket’ balik.”
Mengimbas kembali momen ijab kabul mereka pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini kejelitaan milik Leuniey masih kekal menawan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna yang kini berusia 7 tahun, Khaleel Emir, 6 tahun dan Ebrahim Fayaaz bakal berumur 3 tahun.
Kredit foto: Instagram Leuniey Natasha
Tampil Cergas & Cantik Menjelang Tahun Baru, Ini Tip Dari RIHANA PETRA Yang Boleh Anda Amalkan!
Rihana Petra atau nama sebenarnya Oksana Andreyevna Voevodina ialah Model Russia dan pemenang pertandingan ratu cantik Miss Moscow 2015. Wanita yang pernah suatu ketika dahulu dikaitkan dengan kerabat diraja Kelantan dan juga ibu kepada seorang cahaya mata comel, Ismael Leon ini juga seorang pempengaruh terkenal dan seringkali memuatnaik perkembangan terkini diri dan anaknya di media sosial.
Sememangnya Rihana Petra cukup dikenali dek kecantikan dan kejelitaannya yang tidak boleh disangkal lagi. Dan terbaru, Rihana Petra ada mendedahkan tip untuk tampil cergas dan cantik yang diamalkannya untuk tampil anggun menjelang tahun baru khas untuk pengikut-pengikutnya melalui 3 langkah mudah dalam tempoh 9 hari!
- Detox semulajadi – 3 HARI!
Untuk tiga hari pertama, nasi gandum boleh menjadi menu harian anda. Sebelum dikisar, ia boleh dikukus terlebih dahulu.
Anda boleh rendam 280 g beras selama sepuluh jam dalam air kunyit dan bayam. Safron dan bayam membuatkan hidangan anda warna yang menarik serta rasa yang lazat. Kemudian, masak nasi dan bahagikan kepada enam bahagian yang sama.
Peringkat pertama detox berfungsi untuk membersihkan badan pada peringkat sel. Beras bertindak sebagai penyerap semula jadi – ia mengumpul bahan berbahaya dan mengeluarkannya dari badan. Di samping itu, beras menghilangkan lebihan natrium dan air. Ia mempercepatkan metabolisme, menormalkan tekanan darah, menghilangkan kebengkakan.
Sebutir beras mengandungi lapan asid amino yang diperlukan untuk membina sel baru. Beras mengandungi banyak fosforus, zink, kalium, iodin dan zat besi. Vitamin B memperbaiki keadaan kulit, rambut dan kuku.
- Pengambilan Protin – 3 HARI!
Pada peringkat kedua diet ini, proses metabolik dipercepatkan dengan meningkatkan pengambilan protein. Sekaligus lebih banyak lemak tambahan dibakar. Berbanding dengan daging ayam lain, daging ayam belanda kurang berair dan berminyak, menawarkan kepelbagaian protein dan vitamin dalam komposisi. Ia mengandungi 95 asid amino penting, set lengkap vitamin B, kalium, kalsium dan zink.
- Pemulihan – 3 HARI!
Pada peringkat akhir, pengambilan sayur-sayuran – segar dan rebus. Hidangan sayur-sayuran adalah sentuhan terakhir bagi membantu badan anda untuk lebih selesa sebelum memasuki fasa pemakanan harian.
Terdapat tiga hidangan berbeza dalam menu. Tumis sayur anda tanpa minyak sama ada tomato, zucchini, atau terung. Crudité (sayur-sayuran yang besar – lobak merah, timun, saderi) adalah mudah dan cepat dimakan di tempat kerja mahupun di mana-mana. Salad “khas” (kubis, lobak dan ubi bit merah) membantu menghilangkan toksin.
NONA doakan semoga kita semua dapat memiliki tubuh idaman dengan kesihatan terbaik menjelang tahun baru ini!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***