Kembali Sebagai Juri GV9, Ini Rahsia Sihat Bunda Hetty Koes Endang Yang Ramai Tak Tahu!

Tekad mahu memilih setiap minggu peserta yang terbaik dari yang terbaik, kemunculan semula Hetty Koes Endang sebagai juri tetap Konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) sememangnya dinanti-nantikan.

“Komen Bunda belum bisa kencang-kencang, sabar.” Hetty Koes Endang

Begitu tulisnya saat peminat tertunggu-tunggu lontaran komen Bunda di depan kaca tv.

Kecantikan Bunda yang disolek Bee Ramza pada konsert pertama GV9

 

Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan.

Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!

Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.

Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.

Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.

Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty

 

Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.

Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!

“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang

Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…

Share
Published by
Norzalina