Ingat bagaimana anda pertama kali jatuh cinta? Ya, saya percaya peringkat pertama melibatkan sesi perkenalan di antara satu sama lain. Apabila masing-masing merasakan keserasian sudah bertakhta di hati, maka perhubungan itu menjadi semakin indah dan seterusnya berjaya.
Begitulah juga halnya dengan alam pekerjaan. Saling tidak tumpah dengan alam percintaan.
Peringkat pertama melibatkan keseronokan di mana satu jam pertama boleh berpanjangan menjadi bertahun lamanya jika anda sudah jatuh cinta pada kerja.
Tanya pada hati, “Mungkin kerjaya sekarang menjanjikan bayaran berganda berbanding kerja terdahulu ditambah pula pelanggan yang mudah diurus.”
Keseronokan bekerja di organisasi baru membuatkan anda mempunyai semangat tinggi jika anda sudah serasi dengan pengurusan dan budaya kerjanya.
Seterusnya, peringkat kedua melibatkan kenyataan yang mungkin anda sukar untuk diterima.
Anda masih menyukai skop kerja yang diberikan, namun anda sudah mula mengenalpasti sedikit sebanyak kesukaran dalam melaksanakannya. Antaranya:
Masalah yang mula timbul seterusnya membawa anda ke peringkat ketiga iaitu kekecewaan!
Kesulitan sudah mula menjadi realiti, minat dan fokus mula menjadi terpesong. Perasaan bercelaru terhadap masalah yang sedang dihadapi membuatkan persoalan ‘mungkin’ tiba-tiba menjengah fikiran anda.“Mungkin saya akan mendapat gaji lebih di organisasi X dan bebanan kerja tidak berat?”
Anda perlu bekerja keras untuk membangkitkan kegembiraan yang merupakan kepentingan dalam memuaskan semangat bekerja. Semarakkan perasaan seronok pada saat anda mula-mula melangkah ke organisasi sekarang.
Tetapi harus diingat bahawa anda perlu ada senarai semak mengapa hendak melakukan perubahan terhadap bidang kerja. Pastikan perubahan yang bakal dihadapi mampu menjadikan anda seronok bekerja dan boleh diguna pakai untuk rutin harian anda.
Jika ada masa terluang selepas waktu pejabat, senaraikan apa yang telah anda pelajari, perkara yang menyeronokkan semasa bekerja dan teman sekerja yang sporting.
Jangan hanya bekerja ala kadar sahaja semata-mata untuk mendapatkan gaji bulanan. Berniat sedemikian menyebabkan anda akan bergelar sebagai pekerja untuk jangka masa pendek!
Belajarlah mencintai kerjaya anda sekarang. Semai minat dan komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah digariskan semasa hari pertama anda melapor sebagai pekerja baru.
Percayalah tugas yang disertakan ‘cinta’ yang mendalam pasti membuahkan pulangan untuk pencapaian serta kedudukan anda di dalam organisasi. KR
This website uses cookies.