Tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh usahawan dan selebriti media sosial terkenal, Intan Liana Saleh sejak kembali bergelar isteri buat kali kedua.
Pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertamanya sehingga mencetuskan kontroversi sekitar empat tahun lalu, Intan yang mesra digelar sebagai Bonda akhirnya kini menemui kebahagiaan yang dicari bersama jejak pilihan hati, Muhammad Aizam Yahya.
Tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan kembali memegang status sebagai isteri secara rasminya pada Disember 2021.
Biarpun bertemu jodoh dengan jejaka yang 10 tahun lebih muda darinya, namun mereka kekal bahagia hingga kini. Segalanya berlandaskan tanggungjawab, kejujuran dan kematangan masing-masing.
Ads
Ibu dua anak berusia 35 tahun ini dianggap sangat bertuah kerana sering mendapat sokongan serta perhatian warganet sebelum dan selepas berumah tangga. Pujian, kata-kata semangat dan nasihat sering dititipkan buat Intan agar terus menjadi seorang wanita yang tabah.
KONGSI GAMBAR ANAK KE-3 Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Intan memuat naik satu posting berkongsi gambar dan rutin bersama baby terbarunya.
Selepas tujuh hari dilahirkan, Intan tampil berkongsi nama anak lelaki ketiganya sebagai Muhammad Ayyaz Muqri. Menurut Intan, pada awalnya Muhammad Ayyaz dijangka lahir pada 18 September 2022 tetapi terpaksa dilahirkan dua minggu awal dari tarikh jangkaan iaitu 3 September 2022 secara normal.
Ads
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, diberi lagi kekuatan untuk Bonda.
“Semoga sihat selalu Muhammad Ayyaz Muqri Bin Muhammad Aizam. Bonda, Daddy and abang Muqri’s love you,” tulis Intan.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan mendoakan agar kehidupan keluarga ini kekal bahagia dan dipermudahkan.
Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan pemuzik Ude pada tahun 2013 sebelum berpisah talak satu pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dia cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.
Kredit Foto: Instagram Intan Saleh
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja Aidijuma, pasti ramai yang membayangkan tudung bawal eksklusif milik Datin Norjuma Habib Mohamed. Cukup sinonim sebagai pengeluar utama tudung bawal di Malaysia dengan kepelbagaian corak rekaan serta harga mampu milik menjadikan jenama ini terus unggul dalam arena fesyen muslimah tanah air. Tidak sekadar mencipta fenomena luar biasa di dalam negara, Aidijuma kembali menjadi bualan ramai apabila muncul di pentas peragaan terkemuka Kota London, semalam.
Berlangsung pada 17 Februari lalu, London Modest Fashion Week 2018 menyaksikan barisan pereka fesyen muslimah terkenal terlibat menjayakan acara gilang-gemilang di bumi United Kingdom ini. Paling mencuri tumpuan, Aidijuma Colors Group of Companies bersama laman web e-dagang HIJUP mengambil alih kepentingan majoriti fesyen muslimah syarikat e-dagang Haute Elan yang berpangkalan di UK sebagai inisiatif terbarunya meluaskan potensi HIJUP dalam pasaran di sana.
Sepanjang hampir enam tahun bertapak kukuh dalam industri fesyen muslimah negara, Aidijuma telah melebarkan sayap niaganya ke seluruh pelosok dunia termasuk menyertai beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Plitz Fashion Show New York 2013, FESPA Award 2014, Brunei Islamic Fashion Festival 2014, Kuala Lumpur International Hijab Festival 2013, 2014, 2015 and 2016, Islamic Lifestyle Expo 2016 di London dan Istanbul Modest Fashion Week 2016.
Aktif memasarkan tudung bawal keluarannya secara online dan offline, Aidijuma mempunyai 12 rangkaian butik di seluruh negara dan 12 buah scarf machine ‘send.sell.story’ yang memberikan pengalaman membeli-belah menyenangkan buat para pelanggan setianya.
Mengimbas kejayaan London Modest Fashion Week, Haute Elan selaku penganjur acara fesyen berprestij ini pernah menarik lebih 40 pereka dari serata dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Mesir, Turki dan Malaysia tahun lalu. Melihat kepada pencapaian tersebut, pelaburan terbaru Aidijuma Colors Group bersama Haute Elan ini nyata usaha yang baik untuk melonjakkan industri fesyen muslimah ke persada dunia.
Bersama selebriti Lindsay Lohan ketika London Modest Fashion Week 2018Datin Norjuma Habib Mohamed, Pengasas & CEO Aidijuma Colors Group
“Fesyen muslimah adalah trend yang makin berkembang yang menawarkan pilihan dan kebebasan buat para wanita untuk menzahirkan cita rasa fesyen mereka. Memandangkan fesyen ini yang berpotensi berkembang maju, kami sedia membuat pelaburan bersama demi kepentingan masa depan. Kami juga merancang untuk merangka kerjasama perniagaan strategik di seluruh dunia untuk meluaskan fesyen muslimah secara global,” ujar Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma.
Dengan pelaburan terkini dalam Haute Elan, Aidijuma Colors Group memiliki nilai pelaburan bersama berjumlah US$20 milion termasuk jalinan kerjasama dengan syarikat dari Brunei dan peruncitan BIFASH, syarikat e-dagang Singapura MODESTyle, jenama kosmetik dan penjagaan kulit Simplysiti dan Zawara serta laman e-dagang Indonesia, HIJUP.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong diangkat sebagai ikon perpaduan negara baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selain pemimpin, seniman dan legenda sukan, kementeriannya kini turut menjadikan Pandelela sebagai ikon untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Sekarang ini kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Untuk rekod, penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.
Aaron berkata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diangkat sebagai ikon perpaduan turut diperkenalkan kepada golongan belia di negara ini melalui Pameran Eksklusif Seniman Agung P. Ramlee pada Mac lepas.
Sumber: BERNAMA
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik kesejukan cuaca Malaysia yang sampai ke tulang hitam, bayangkan budak lelaki ini sanggup meredah salji untuk menjalani peperiksaan akhir di sekolahnya.
Bertahun-tahun lalu, impian bersekolah hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu saja. Golongan cerdik pandai selalu dipuji dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Sayangnya pelajar zaman ini suka mengambil kesempatan terhadap kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Minat belajar semakin berkurangan dan dianggap menyusahkan.
Tapi berbeza kali ini. Dia sanggup berkorban hanya untuk sampai ke sekolah walaupun perlu berjalan selama sejam dalam suhu beku -9 darjah Celsius. Jarak rumahnya ke sekolah di Ludian County, barat selatan China pula adalah sejauh 4.5km.
Sewaktu menjelangnya peperiksaan akhir, keadaan budak lelaki ini sewaktu tiba ke sekolah menyentuh perasaan ramai orang. Dia tiba dengan pipi merah kesejukan, berjaket panas dan rambutnya dilitupi salji.
Ramai kawan-kawan sekolah mentertawakannya.
Menurut guru besar mereka yang dikenali sebagai Fu, budak lelaki dalam gred 3 itu sememangnya seorang pelajar yang pintar dan jarang ponteng sekolah.
Kisah ini berjaya membuka mata netizen yang selalunya kerap menghentam orang lain. Ramai yang mengatakan bahawa kesusahan budak ini pasti menjadi pembakar semangatnya untuk berjaya pada masa depan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.