
Sudah nama pun kembar seiras, tentu sekali ramai beranggapan apa sahaja tentang mereka adalah sama. Nak pakai baju sedondon, nak style tudung serupa, nak pegi mana-mana… semua bersama!
Salah tu. Sebenarnya semakin si kembar membesar, masing-masing akan mula mencari identiti sendiri walaupun pada akhirnya, seakan-akan sama. Itulah chemistry kan!
Tapi kedewasaan juga mengajar mereka kemahiran berbeza, contohnya si A mungkin pandai memasak dan si B pandai menjahit.
Bagi mengupas fakta menarik si kembar ni, penulis Nona iaitu Norzalina Mohd Alias telah membuat panggilan video dengan pasangan kembar selebriti, AishaHanim sebentar tadi.
AishaHanim yang dianggotai Puan Sri Nooraisha Farizan Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar, 40 tahun, merupakan penyanyi asal lagu Angkara, OST drama Bukan Gadis Biasa 2020 yang popular pada Ramadan lepas.
Memang menarik temu bual kami, antaranya persoalan tentang kelainan mereka… dah terjawab! Menarik tentang pasangan duo seiras ini juga sebenarnya mereka berdua pernah menjadi penyanyi residen di Majlis Bandaraya Ipoh dulu, jadi banyak pengalaman menyanyi tau.
Jom tonton rakaman video di bawah!
Bagi parents yang mempunyai anak kembar, mungkin perkongsian di atas boleh memberi gambaran tentang masa depan mereka apabila dewasa kelak.
Semoga bermanfaat!
Lelaki Peminat Kucing Tak Diminati Wanita? Kajian Ini Dedah Faktanya

Hobi membela haiwan peliharaan seperti kucing kian menjadi pilihan lelaki bujang yang tinggal di bandar raya. Majoritinya menjadikan haiwan ini sebagai teman kesunyian, tak kurang juga yang membela kucing kerana sifat haiwan yang lebih setia daripada manusia.
Namun hasil kajian di Colorado State University, Amerika Syarikat mendapati wanita lebih cenderung untuk memilih berpasangan dengan lelaki yang tidak membela atau menyukai kucing.
Dalam kajian ini, responden ditunjukkan dengan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza.
Setiap lelaki mempunyai dua keping gambar, satu memegang kucing dan satu lagi berseorangan.

Sejumlah 38 peratus wanita mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing, manakala 37 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan untuk mempunyai hubungan serius dengan lelaki tersebut.
Namun lain kisahnya apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama, tetapi memegang kucing.
Hanya 33 peratus wanita mahu keluar dengan lelaki tersebut, manakala 14 peratus pula mengatakan mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang hubungan serius dengan lelaki itu.
“Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki,” rumus kajian itu.
Seramai 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun mengambil bahagian dalam eksperimen yang dijalankan dalam talian itu.
Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat. “Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person) dan bukan kucing (cat person). Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin,” dedah pengkaji yang terlibat.
Kalau anda pula, bagaimana? Minat lelaki pencinta kucing atau tidak?
Terima PhD Usia 43 Tahun & Ada 7 Anak, USTAZAH NORHAFIZAH MUSA Cetus Inspirasi!

Macam tak percaya, ketika usia mencecah 43 tahun dan mempunyai tujuh orang anak… Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa mampu menggenggam segulung PhD! Iyalah, dengan status beliau yang sudah pun bergelar isteri, ibu dan juga pendakwah, agak sukar sebenarnya untuk menggapai kejayaan sedemikian. Namun, Ustazah Norhafizah berjaya membuktikan ia bukanlah satu perkara yang mustahil.
Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) Ustazah Norhafizah dari Akademi Pengajian Islam tersebut berlangsung di Istiadat Konvokesyen ke-58 Universiti Malaya, Sabtu lalu.
Kongsinya, “Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Akademi Pengajian Islam (API), kepimpinan pengurusan dan pentadbiran API, Ketua-ketua Jabatan khususnya Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Penyeliaku Yang Berbahagia Prof Madya Dr Che Zarrina bt Saari dan Yang Berbahagia Dr Khairul Naim, semua pensyarah-pensyarah API yang merupakan tuan guru-tuan guru hebat semuanya.
View this post on Instagram(Admin). Alhamdulillah…alfu mabruk UDDNHM.
A post shared by UstzhNorhafizahMusa (@ustazahnorhafizahmusa) on
Staf pentadbiran yang sangat baik hati dan sentiasa manis muka membantu seluruh proses PhD journey ini.. Hanya kepada Allah dirafa’kan doa agar Allah memakmurkan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, memberkati warga API di dunia dan di akhirat.”
Pasti ramai wanita yang terinspirasi dengan figura bernama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang kerjaya dan pengajian, malah dikurniakan Allah nikmat rumah tangga yang bahagia bersama suami tercinta, Dr Azahar Yaakub dan tujuh anak iaitu empat perempuan serta tiga lelaki.


Keperibadian wanita hebat ini juga mencetuskan rasa kagum kerana Ustazah Norhafizah memiliki rupa paras yang sejuk mata memandang di samping pertuturannya yang penuh kelembutan dan nasihat. Masih terngiang-ngiang lagi suara lembut beliau menyampaikan ceramah di corong radio mahupun di kaca televisyen. Nampak bersahaja namun sampai ke lubuk hati setiap pendengar.
Ustazah Norhafizah mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam sebelum menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan.
Bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, beliau juga merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel di radio Ikim FM, panel Tanyalah Ustazah, Al-Hidayah, Forum Perdana dan banyak lagi.
Oktober 2018 pastinya meninggalkan memori indah buat Ustazah Norhafizah kerana bukan sahaja menerima anugerah pengajian PhD, bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.. beberapa hari sebelum majlis konvokesyen berlangsung.
“Alhamdulillah.. walaupun tidaklah selayaknya kerana pasti di sana ada yang lebih berhak barangkali, tetapi mendapat penghargaan dari daerah kelahiran adalah sangat dihargai. Di daerah Jempol inilah, dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang mak abah, keluarga, saudara mara, jiran tetangga, sahabat-sahabat.
Di daerah Jempol lah mulai kenal erti kehidupan, keseronokan zaman kanak-kanak dan remaja. Sejauhmana pun diri ini pergi, daerah Jempol tetap di hati. Alhamdulillah seterusnya terima kasih daerah Jempol atas penghormatan ini. Semoga Allah berkati dan lindungi selalu daerah Jempol.”
Sumber: Instagram Ustazah Norhafizah Musa
“RENDANG KERBAU Air Tangan Nenek Yang Paling Di Nanti Pagi Syawal” – NURUL SYUHADA

Makin hari, makin berseri-seri wajah pengacara rancangan talkshow Mingguan Wanita ini, Nurul Syuhada Nurul Ain. Dalam sibuk-sibuk kita ke open house, Nurul Syuhada dan family sibuk juga bercuti. Tengoklah gelagat mereka dalam Instagram, seronok!
Program raya Nurul bermula beberapa hari sebelum raya lagi. Menurutnya, pada waktu itulah sibuk nak membeli baju raya dan persiapan lain kerana suasana hujung-hujung Ramadan lagi meriah.
“Kedai-kedai akan mula pasang lagu raya. Bila memilih baju tu, rasa macam membuak-buak semangat nak sambut Syawal. Walaupun penat mengharungi ‘kesesakan’ membeli-belah, feel tu buat kita rasa lebih excited!”katanya.
Apa yang paling Nurul nantikan pada pagi Syawal? “Of course rendang kerbau yang nenek buat! Samapi di Rembau je semua dah tersedia. Teringat masa awal kahwin dulu, pagi Syawal saya makan bijirin je, maklumlah berlainan adat. Tapi sekarang, kalua beraya di Australia, kami makan rendang. Cerita bijiran memang akan buat kami gelak!”
“Raya di kampung tak sama macam di bandar. Anak-anak tak merasa suasana tu kerana semuanya tenang-tenang je. Kalau di kampung, malam sebelum raya lagi dah meriah. Awal pagi pula kalut bukan main sebab masing-masing bangun lambat tapi beriya-iya nak solat di masjid.
Itu yang kami terpaksa solat di atas rumput, di tempat selipar dan ada juga yang dah sampai tahiyat akhir baru sibuk nak masuk saf. Adui, boleh pening kepala kalau ingat balik kisah dulu-dulu,”katanya.
View this post on InstagramSee you around! Ready to raya!
A post shared by Nurul Syuhada Nurul Ain (@nurulsyuhadanurulain) on
Eh, banyak lagi yang di kongsi Nurul Syuhada kisah Syawalnya, termasuk bagaimana dia masuk ke kampung-kampung untuk menyerahkan zakat. Jangan lupa beli Nona edisi Jun 2019 untuk baca lebih lanjut ok!
View this post on InstagramA post shared by Majalah Nona, ?? (@majalahnona) on
Kredit foto: IG Nurul Syuhada