Dua beradik dalam satu tubuh. Begitulah perumpamaan hidup kembar siam Lupita dan Carmen Andrade, 22 tahun yang berkongsi satu pinggul serta saling berkongsi sistem reproduksi, hati dan salur darah. Meskipun dianggap unik dan menjadi perhatian masyarakat, dua gadis ini tetap cekal belajar, malah kedua-duanya bercita-cita ingin menjadi doktor haiwan.
Memetik laporan Today, dua saudara kembar siam kelahiran Mexico itu kini membesar di Connecticut, Amerika Syarikat.
Carmen dan Lupita mempunyai dua tangan dan masing-masing memiliki satu kaki. Carmen mengawal kaki kanan, sementara Lupita kaki kiri.
Di sebalik pandangan masyarakat terhadap golongan berbeza upaya di sana, Carmen dan Lupita sebenarnya memiliki kehidupan yang hebat. Seperti gadis muda yang lain, mereka juga keluar bersosial, menonton wayang, konsert dan melancong.
Malah meskipun ‘bercantum’ secara fizikal, Carmen mempunyai teman lelaki istimewa iaitu Daniel sejak tahun 2020!
Menurut Lupita, dia memahami naluri kembarnya dan selesa membiarkan Carmen bersama Daniel walaupun terpaksa mengikut mereka ke mana sahaja. Malah ketika keluar berjumpa, Lupita ibarat sahabat yang sangat dekat!
Dua beradik ini menjalani hidup yang bahagia dengan cara tersendiri. Keduanya gigih belajar dan menggenggam cita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan satu hari nanti.
Tidak terfikir untuk ‘berpisah’, mereka mengakui enggan menjalani pembedahan memisahkan tubuh kerana yakin kesan buruk terhadap nyawa salah satu atau kedua-duanya.
“Kami mendapat banyak pertanyaan tentang seks, bagaimana cara pergi ke kamar mandi dan hal-hal seperti itu. Tetapi ramai terlupa bahawa kami bukan hanya kembar siam, tapi manusia,” akhiri Carmen saat menjawab pertanyaan dari sesi wawancara bersama Today.
******************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
******************
This website uses cookies.