Kembar Wanita Unik Dengan Perbezaan Ketinggian YOSHIE dan MICHIE Dari Jepun Kini Pegang Rekod Dunia

Dilahirkan kembar adalah istimewa tetapi perbezaan yang ketara antara pasangan Jepun ini menjadikan mereka lebih unik. Berbeza 75 sentimeter (cm) atau 2 kaki 5.5 inci antara dua dua adik-beradik kembar Yoshie dan Michie Kikuchi, 34, ini membolehkan mereka mencipta rekod dunia.

Pasangan yang tinggal di Okayama, Jepun menggondol gelaran daripada Guinness World Records kerana mempunyai perbezaan ketinggian paling besar bagi kembar bukan seiras (perempuan).

Walaupun ketinggian Yoshie ialah 162.5cm (5 kaki 4 inci), tinggi Michie dalam keadaan berdiri 87.5cm (2 kaki 10.5 inci). Ia menunjukkan perbezaan ketara 75cm!

Pasangan yang diberi julukan Kikuchi Sisters itu lahir hasil  daripada persenyawaan dua telur berasingan. Dilahirkan pada 15 Oktober 1989 Michie mengalami masalah fizikal dipanggil congenital spinal epiphyseal dysplasia iaitu gangguan tulang yang menghalangnya daripada membesar.

@guinnessworldrecords Greatest height differential in living fraternal twins (female): 75.0 cm (2 ft 5.5 in) by Yoshie and Michie Kikuchi 🇯🇵 #twins #twinsisters #japan #guinnessworldrecords ♬ original sound – Guinness World Records

Michie tinggal di rumah ibu bapanya manakala Yoshie, sebaliknya, telah berkahwin dan menjadi seorang ibu, Namun keakraban kedua-duanya masih kuat apabila Yoshie masih menghabiskan banyak masa di rumah dengan ibu bapa dan kakaknya.

Michie pernah menjadi watak introvert, sebahagiannya kerana dia berasa tidak selamat dengan penampilannya. Namun, pemikiran itu mula berubah apabila dia mendapat tahu tentang Chandra Bahadur Dangi, lelaki paling rendah di dunia.

“Saya membaca tentang lelaki paling rendah pada 2012 dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada orang di luar sanabangga menunjukkan tubuh pendek mereka, sedangkan saya malu dengan keadaan saya sendiri,” kata Michie kepada Guinness World Record.

Yoshie pula tidak nampak kelainan itu sebagai kekurangan kakaknya. “Saya sudah lama bersamanya dan tidak mengenalinya sebagai orang kurang upaya. Dia hidup sama seperti orang lain,” katanya.

Sumber: Sinar Plus

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus