Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Keluarga Besar CHRISTIAN SUGIONO. Berkumpul Di Rumah Baharu Keluarga Jadi Sorotan

Tahun Baru Cina adalah perayaan yang diraikan oleh kaum Cina di seluruh dunia mengikut kalendar lunar. Kaum Cina menggunakan kalendar lunar untuk mengira tarikh perayaan tahunan mereka, ini bermakna tarikh sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun adalah berbeza dan biasanya akan disambut pada akhir Januari ke bulan Februari setiap tahun.

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di Indonesia tidak kurang meriahnya apabila tradisi makan besar juga merupakan antara perkara wajib dalam sambutan perayaan tersebut.

Titi Kamal bersama suami tersayang, Christian Sugiono

Menjengah ke ruangan Instagram milik selebriti pasangan selebriti Indonesia, Christian Sugiono dan isterinya, Titi Kamal, pasangan ini turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga besar Christian Sugiono yang terletak di Bali Indonesia.

Untuk rekod, bapa Christian mempunyai kacukan Tionghoa-Indonesia dan meraikan sambutan Tahun Baru Cina.  Manakala ibunya, Brigitte Podborn berasal dari Jerman. Tian merupakan anak kedua dari tiga bersaudara. Sememangnya darah Tionghua mengalir dalam diri Tian dan peluang berkumpul bersama seluruh keluarga amat dinanti-nantikan oleh aktor berusia 41 tahun itu.

Lebih istimewa, sambutan kali ini diraikan di kediaman baharu keluarga Christian atau lebih mesra disapa Tian yang terletak di Bali, Indonesia.

Christian dan Titi Kamal meraikan sambutan Tahun Baru Cina di kediaman baharu keluarga Tian di Bali, Indonesia.

Tahun ini sambutan Tahun Baru Cina lebih meriah apabila kesemua ahli keluarga dapat berkumpul dan mengenakan busana rona merah yang membawa maksud tersendiri dalam masyarakat Tionghua di seluruh dunia. Semua ahli keluarga dapat berkumpul dan makan bersama kerana tradisi ini dianggap sebagai hidangan yang paling penting pada tahun itu.

Ibu Tian, Brigitte Podborn bersama enam orang cucunya.
Anak-anak Titi Kamal dan Christian Sugiono bertuah dapat meraikan sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Krismas setiap tahun.

Seluruh keluarga Tian berkumpul, termasuk Titi Kamal dan juga kedua anak mereka. Semuanya memilih memakai baju merah yang menjadi penanda keberuntungan pada momen sambutan Tahun Baru Cina.

Setiap tahun, pasangan ini bakal merayakan tiga perayaan besar dalam kalendar perayaan di Indonesia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas memandangkan Titi Kamal dan Tian menganut agama Islam manakala keluarga bapa Tian menganut Kristian dan meraikan smabutan Tahun Baru Cina mengikut adat Tionghua.

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu