Kebelakangan ini, kerap sungguh tercium-cium bau harum durian kalau bertandang ke pasar raya. Raja buah ini sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan boleh dikategorikan sebagai buah-buahan premium kerana harganya yang mahal. Bukan semua orang ‘mampu’ menikmati keenakannya lebih lagi dari jenis D24, Musang King, XO, Hor Lor dan Udang Merah.
Ads
Namun penularan wabak COVID-19 dilihat menjejaskan banyak perniagaan asas tani, perladangan dan perikanan. Salah satu yang terkesan, adalah bisnes durian yang musimnya tiba ketika PKP tempoh hari.
Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), tahun 2020 dijangka akan menjadi tahun yang optimis bagi industri durian. Kebanyakan penjual durian meramalkan bahawa permintaan akan kekal kukuh di dalam dan luar negara terutama dari pasaran Singapura dan China, terutamanya dengan ekonomi negara China yang bermula untuk pulih.
“Rakyat Malaysia mungkin tidak dapat menikmatinya di tepi jalan tahun ini tetapi pengambilannya tetap tinggi seiring dengan minat mereka terhadap durian.” FAMA juga menggalakkan penjual untuk meneroka e-dagang bagi meningkatkan penjualan mereka dalam tempoh yang mencabar ini.
Inilah yang mendorong Shopee mewujudkan trend baharu menarik petani yang menanam durian dari seluruh negara. Durian dari D24, Musang King, XO, Hor Lor, Udang Merah dan banyak lagi kini ditawarkan secara eksklusif di Shopee.
Selain durian, beberapa item yang dipromosi ini antara yang menjadi perhatian Nona kerana berkualiti dan murah-murah harganya! Tak percaya, cuba klik SHOCKING SALE ni. Serius berbaloi.
“Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan penjualan atas talian. Kesegaran durian adalah salah satu daripadanya. Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik, kami mengumpul durian dari ladang pada waktu pagi, membuka dan membungkus semula ke dalam kotak serta menyimpan dalam bekas vakum sebelum penghantaran dilakukan pada hari yang sama.
Ads
Dengan begitu banyak penjual atas talian yang bersaing untuk penjualan, ia bergantung kepada kualiti, perkhidmatan dan harga untuk memenangi hati orang ramai,” kata Leow E Shuen, Pengasas Bersama dan Pengurus Perniagaan Shan Cheng Durian Penang.
Ads
Bagi Mountain Cat Durian, penularan Covid-19 memberi impak kepada penjualan produk diproses seperti durian puff dan aiskrim durian sebanyak 50%. Ini disebabkan oleh permintaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang rendah daripada sektor bakeri dan konfeksionari, serta peniaga makanan dan minuman.
Syarikat yang berpusat di Puchong ini yang mempunyai ladang seluas 20 hektar di Broga, Negeri Sembilan, juga mengalami cabaran kewangan daripada perbelanjaan overhed seperti pekerja dan komitmen kilang.
Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, “Kami juga menasihati semua penjual agar memastikan bahawa mereka dapat memenuhi pesanan – bekalan, pembungkusan dan logistik sebelum menjual.”
Ia juga merupakan sebahagian usaha Shopee dalam merancakkan semula pasaran perniagaan tempatan sekaligus mengembalikan kuasa beli pengguna di Malaysia. Semoga dengan kempen duduk rumah, makan durian ini bakal memberi kemudahan kepada pengggemar durian dan membantu peniaga durian melariskan jualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasak bukanlah susah kalau mahu belajar. Sesiapa pun boleh memasak masakan yang enak. Nona yang bertandang ke rumah pengasas Masak With Passion Datin Isma Rohaiza sempat belajar bagaimana hendak memasak Keuetiau Tomyam Istimewa. Masak With Passion adalah hasil usaha minat memasak Datin Isma bersama dengan anak perempuannya, Nik Amelia dan adik bongsunya, Isma Syafani.
Menariknya satu bahan istimewa yang digunakan oleh Datin Isma menjadikan resipi ini lebih enak iaitu Salmon Belly.
Bahan-Bahan
Air
Pes Tomyam
Sos Ikan
1 Kiub Pati Ayam
Jus Limau Nipis (5 biji)
Susu Cair
4 Biji Bawang Merah(Belah Empat)
2 Biji Tomato (Belah Empat)
2 Batang Serai (Dititik)
2 Batang Akar ketumbar
2 Helai daun Limau Purut
Halia
Lengkuas
Daun Ketumbar
Cili Padi
Cendawan Tiram
Bebola Ikan
Udang
Salmon ‘Belly’ (isi bahagian perut ikan Salmon)
Kuetiau Halus
Nak tahu bagaimana cara memasak? Jom tonton video yang disediakan eksklusif bersama Datin Isma Rohaiza.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak perlu memandu jauh untuk menikmati hidangan laut segera apabila restoran Uncle Ali The Fishmonger mampu memenuhi selera besar peminat hidangan itu. Restoran yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ini mengetengahkan konsep hidangan panas makanan laut.
Apa yang lebih menarik, pelanggan bukan sahaja boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan barat di Uncle Ali & The Fishmonger, malah boleh memilih pelbagai ikan segar pada kualiti terbaik di bahagian bawah restoran ini. Selain itu, servis pada kualiti hotel mampu membuatkan peminat hidangan makanan laut akan terpaut dengan menu di restoran berkenaan.
Selain ruang di tingkat bawah, ia turut menyediakan ruang makan yang selesa di tingkat atas dengan menggunakan beberapa dekorasi bertemakan makanan laut sebagai elemen utama hiasannya. Penggunaan rona biru juga memberi imbasan suasana laut yang mendamaikan serta keselesaan diberi keutamaan untuk para pengunjung tatkala menikmati hidangan.
Menurut Pengurus Uncle Ali & The Fishmonger, Encik Ali, restoran yang dibuka pada April 2017 ini menyediakan dua servis perniagaan yang berasaskan makanan laut iaitu sebuah pasar premium makanan laut selain restoran yang menyajikan masakan terpilih berasaskan produk makanan laut. Selain itu, menu utama restoran pula menggabungkan masakan barat dan tempatan.
“Antara menu best seller yang sering menjadi pilihan para pelanggan di sini termasuklah fish and chips. Apa yang istimewa ialah ia dihasilkan dengan menggunakan ikan tempatan selain menu tradisi seperti kari dan asam pedas yang sering menjadi pilihan para pelanggan,” ujar Encik Ali mengenai keistimewaan menu yang dihidangkan di restoran tersebut.
Tambah Encik Ali lagi, sebagai sebuah restoran yang diusahakan secara persendirian, ia berusaha menjanjikan masakan yang lazat menggunakan bahan asli yang segar dari laut terus ke meja hidangan para pelanggan. Menyentuh aspek penyediaan menu pula, setiap hidangan laut di Uncle Ali The Fishmonger mengekalkan keenakan bahan utama iaitu rasa kesegaran ikan mahupun hidangan laut itu sendiri.
Oleh itu, jika anda penggemar hidangan makanan laut, usah lepaskan peluang untuk menikmati hidangan di Uncle Ali The Fishmonger yang bukan sahaja menawarkan keperlbagaian hidangan makanan laut yang enak, malah anda dapat membeli hasil makanan laut segar dari pakar yang boleh berkongsi menu yang bersesuaian dengan makanan laut yang dipilih selain tahap kesegaran makanan laut pada tahap premium khusus untuk anda yang mementingkan kesegaran hidangan makanan laut yang bakal dinikmati!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah. Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.
Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.
Kali ini, NONA kongsikan hidangan sarapan pagi yang menjadi kegemaran mendiang Ratu Elizabeth II. Mendiang Ratu Elizabeth II amat menggemari scrambled eggs sebagai hidangan di waktu pagi.
Namun begitu, scrambled egg kegemaran mendiang Ratu Elizabeth mempunyai campuran dua bahan yang jarang ditemui di dalam pembikinan scrambled egg ini.
Pakar Pemakanan, Lee Holmes mendedahkan, dia mendapat tahu mengenai resepi ‘rahsia’ mendiang Ratu selepas rakannya yang pernah bekerja dengan mendiang Ratu berkongsi mengenai resipi berkenaan beberapa tahun lalu.
“Baginda suka memulakan harinya dengan sarapan yang kaya protein, dan hidangan telur berkenaan juga dibuat dengan cara yang baginda gemari,” ujar Lee.
Katanya lagi Lee menambah, sejak mendapat tahu tentang resipi tersebut, dia selalu menyediakan scrambled eggs dengan menambahkan lemon dan serbuk buah pala ke dalamnya.
Berikut disertakan cara-cara untuk memasak scrambled eggs mengikut resipi kegemaran mendiang Ratu Elizabeth.
1.Masukkan tiga biji telur dan satu sudu makan susu ke dalam sebuah mangkuk, kemudian pukul kesemua bahan.
2. Tuangkan campuran telur dan susu ke dalam kuali panas.
3. Tambahkan satu sudu mentega. Sebelum telur masak sepenuhnya, masukkan perahan lemon dan buah pala.
4. Kemudian kacau dengan api kecil. Setelah telur masak, angkat dan tambahkan lada putih serta bawang daun sebagai hiasan. Seterusnya boleh dihidangkan.
Difahamkan, mendiang Ratu Elizabeth jarang mengubah menu makanan sihatnya, dan kadang-kala, baginda amat mementingkan pengambilan sarapan pagi.
Bagaimanapun, baginda selalunya menikmati bijirin dengan teh jenis earl grey sebagai hidangan sarapan pagi. Bagi menu makan tengah hari pula, Ratu Elizabeth biasanya memilih hidangan berasaskan ikan dengan sayuran yang dikukus.
Ratu Elizabeth juga dikenali sebagai individu yang amat menggemari hidangan ikan salmon, dan kerap menikmatinya sebagai hidangan makan malam.
Tidak lengkap pola pemakanan tanpa menikmati pencuci mulut. Kebiasaannya, baginda akan menikmati buah pic yang ditanam di dalam rumah kaca yang terdapat di kawasan Istana Windsor.
Sumber: Gempak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...