Kempen #IniSaatKita Realisasi Impian Gadis Berjiwa Berani

Usia muda merupakan fasa untuk mencuba pelbagai perkara baharu dalam kehidupan. Demi merealisasikan impian, seseorang itu berani menyahut cabaran serta peluang untuk mendapatkan pengalaman berharga dalam bidang yang diminati.

Hakikatnya, bukan mudah untuk bergelar seorang gadis yang berdikari kerana memerlukan usaha dan keberanian yang tinggi untuk memecahkan tembok ‘ketakutan’.

Pun begitu, pandemik COVID-19 yang terus berlanjutan ketika ini telah menjadi kekangan utama. Sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan mereka secara total termasuklah dari segi kerjaya. Segala impian mereka bagaikan ‘terkandas’ gara-gara COVID-19.

Justeru, pada Oktober 2020 jenama penjagaan rambut nombor 1 di Malaysia iaitu Sunsilk telah membawakan misi untuk memberi inspirasi masa depan kepada para gadis berusia antara 18 hingga 25 tahun.

Tiada impian yang mustahil dengan usaha yang konsisten. Tetapkan niat, ubah tabiat serta belajar daripada mereka yang sudah berjaya. Siapa tahu impian termakbul suatu hari nanti.

Membawa mesej inspirasi, Sunsilk melancarkan kempen #IniSaatKita untuk setiap gadis mencipta kejayaan tersendiri. Video berdurasi satu minit dapat menginspirasikan para gadis bahawa jika mereka boleh memikirkan tentang kejayaan maka mereka juga mampu untuk lakukan, lockdown atau sebaliknya!

Temui gadis-gadis hebat Malaysia iaitu Bunga, Amira Ayob dan Vivian Foo yang mampu memecahkan benteng serta mencari kekuatan mereka untuk bersinar biarpun di kala hari-hari yang paling membosankan. Mereka terus menghidupkan kehidupan dengan cara tersendiri.

Mereka penuh dengan tekad, tidak gentar bahkan bersedia melakukan apa sahaja demi menggapai matlamat.

KELAS INSPIRASI SUNSILK juga merupakan platform virtual pertama oleh Sunsilk. Menerusinya, para gadis boleh meneroka isi kandungan berinspirasi yang dikongsikan oleh real life model sekaligus membantu membangunkan kemahiran serta meningkatkan semangat anda untuk sukses seperti mereka.

Sertai cabaran KELAS INSPIRASI SUNSILK bermula 1 November 2020 hingga 7 Disember 2020. Daftar sekarang kerana anda berpeluang untuk memenangi latihan internship 3 bulan bersama pasukan Sunsilk berserta sijil profesional Facebook Sosial Media Marketing bagi kategori keusahawanan atau merebut hadiah set produksi video bernilai RM10,000 bagi kategori content creator

.

Cabaran ini dikendalikan oleh mentor bertauliah dalam bidang masing-masing di samping pakar-pakar dari syarikat teknologi. Tonton semula live stream cabaran KELAS INSPIRASI SUNSILK di laman Facebook Sunsilk. Mulakan rencana impian anda sekarang dan realisasikannya dengan Sunsilk.



Share
Published by
Amy Mohd