Meraikan kempen Fall 2017, jenama perhiasan kemas Tiffany & Co menerusi Ketua Pegawai Artistik, Reed Krakoff memperkenalkan rekaan ‘There’s Only One’, iaitu himpunan yang mengangkat kuasa individual setiap manusia.
Menariknya, enam personaliti dari disiplin yang berbeza dipilih untuk merealisasikan visi ini iaitu Elle Fanning, David Hallberg, Zoe Kravitz, Janelle Monae, Cameron Russell serta Annie Clark.
Lihatlah sendiri foto kempen yang dirakam oleh jurufoto terkemuka Inez & Vinoodh ini, tiap satunya dalam stail tersendiri bersama perhiasan ikonik Tiffany. Memang unik! #theresonlyone
Siapakah Bakal Duta Kecil Negara? Ini Wajah 18 Finalis MISS UNIVERSE Malaysia 2018 Yang Akan Merebut Mahkota
Pertandingan ratu cantik bukanlah sekadar menyerlahkan kecantikan semata-mata namun kisah dan juga perjuangan yang didukung oleh peserta menjadi satu kekuatan yang menjadikan diri lebh menyerlah berbanding orang lain.
Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia, dan Malaysia tidak pernah terlepas dari menghantar calon sejak dari tahun 1962 lagi. Mungkin Malaysia tidak pernah merangkul gelaran juara namun kehadiran wakil dari negara kita sekurang-kurangnya berjaya menarik perhatian ramai orang.
Lihat sahaja kepada kejayaan Mis Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal yang menjadi antara peserta pilihan biarpun tidak berjaya menjadi top 16 di pertandingan Miss Universe, kehadiran mereka menjadi bualan ramai.
Namun siapa tahu, mungkin 18 finalis yang terpilih ini adalah bakal juara dunia? Jom Kita lihat wajah 18 finalis Miss Universe Malaysia 2018.
Menurut Direktor Miss Universe Malaysia yang juga merupakan Miss Malaysia Universe 2003, Datin Elaine Daly, ” Tema untuk tahun ini adakah ‘Beauty Beyond You’ yang mewakili semangat dan dedikasi di sebalik sebuah pertandingan yang mana gadis-gadis dari seluruh Malaysia akan menunjukkan kegigihan dan juga kemahuan mereka untuk berjaya.
Ini bukanlah pertandingan berdasarkan kecantikan semata-mata. Pertandingan ini sebenarnya adalah satu platform yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada satu aras yang lebih tinggi. Saya tidak sabar untuk membimbing mereka dan menjadikan mereka yang terbaik dan membawa mereka ke jalan yang menakjubkan yang pernah saya lalui dahulu.”
Jadi siapakah di antara 18 gadis ini yang akan mejuarai mahkota? Kta saksikan perjalanan mereka yang akan disiarkan menerusi saluran Diva HD di Astro dan juga secara atas talian menerusi www.hurr.tv. Pertandingan akhir bakal berlangsung pada 24 Januari 2018 bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Awas, Bengkak Di Leher Mungkin Petanda KANSER LIMFOMA! Ketahui Gejala & Rawatan Atasinya
Limfoma berlaku apabila sel-sel ini menjadi tidak normal dan membelah lebih cepat atau hidup lebih lama dari biasa. Limfoma boleh berlaku di beberapa bahagian tubuh contohnya nouds limfa, limpa, sumsum tulang serta organ lain tubuh.
Terdapat beberapa jenis limfoma yang dikenalpasti seperti Non-Hodgkins Limfoma dan Hodgkins Limfoma. Ia boleh melibatkan individu semua peringkat usia termasuklah dewasa dan kanak-kanak.
FAKTOR RISIKO
Secara umumnya, sebagaimana kebanyakan kanser lain, penyelidik masih belum dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan limfoma walaupun ia adalah lebih kerap berlaku kepada orang-orang tertentu.
Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenal pasti faktor-faktor risiko tertentu yang menyebabkan kedua-dua jenis limfoma ini.
NON-HODGKINS LIMFOMA:
- Umur biasanya antara 60 tahun ke atas.
- Terdapat kadar berbeza bagi penghidapnya di seluruh dunia.
- Etnik dan lokasi-biasanya di negara maju seperti Amerika Syarikat. Masyarakat Amerika berkulit putih lebih terdedah berbanding etnik Afrika Amerika mahupun Asia Amerika.
- Bahan kimia dan radiasi, pendedahan kepada bahan-bahan kimia yang digunakan dalam bidang pertanian turut dikaitkan sebagai antara punca.
- Kekurangan daya tahan sebagai contoh disebabkan oleh jangkitan HIV dan pemindahan organ.
- Penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan sendiri.
- Jangkitan b=virus dan bakteria tertentu yang meningkatkan risiko.
HODGKIN LIMFOMA
- Jangkitan virus Epstein Barr
- Umur-terbahagi kepada dua kumpulan tertentu-20an dan 55 tahun ke atas.
- Jantina-kebiasaannya di kalangan lelaki
- Keluarga-risiko lebih tinggi jika ada kembar seiras
- Gaya hidup-mereka yang mengambil alkohol secara melampau.
Antara gejala dan simptom yang dikaitkan dengan kanser limfoma ialah:
- Bengkak tanpa rasa sakit di bahagian leher
- Ketiak atau kelipat pangkal paha
- Penurunan berat badan mendadak
- Hilang selera makan
- Demam yang berpanjangan
- Berpeluh secara tiba-tiba pada malam hari
- Kesukaran bernafas
- Kegatalan yang mungkin lebih selepas meminum alkohol.
RAWATAN DAN DIAGNOSIS
Sekiranya mana-mana individu mempunyai gejala ini, mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital. Jiak diagnosis limfoma telah disahkan melalui biopsi, ujian lanjut akan dijalankan untuk menentukan peringkat kanser dan melihat sama ada ia telah merebak ke bahagian lain tubuh juga.
Sekiranya terdapat benjolan, pesakit mungkin dinasihatkan untuk diambil sampel tisu untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.
Bergantung kepada jenis dan tahap limfoma, rawatan limfoma mungkin melibatkan rawatan kemoterapi, rawatan radioterapi dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor. Tanpa rawatan khusus, penyakit ini boleh merebak dan menyebabkan maut. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Hidangan Warisan Melayu, Pilihan Sajian ‘Bawa Balik’ Hotel Maya Kuala Lumpur.Harga Memang Berpatutan!
Dalam situasi seluruh dunia berhadapan pendemik COVID-19, kebanyakan hotel mula merubah strategi dengan menawarkan makanan berbuka puasa untuk di bawa pulang berbeza dari keadaan sebelumnya di mana bufet Ramadan menjadi pilihan untuk menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang enak dan menyelerakan.
Chef Hasbullah dan kakitangannya menyediakan menu tradisi istimewa sebagai sajian berbuka puasa di rumah untuk Ramadan kali ini. Bertemakan Malaysian Heritage, hidangan autentik dan kegemaran masyarakat Malaysia bakal disajikan untuk dinikmati di rumah bersama keluarga tersayang.
Memahami situasi terkini yang melanda negara, menurut Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur, Sharmini Moganasundram, tradisi berbuka puasa secara bufet tidak dapat dilaksanakan memandangkan situasi semasa. Namun begitu, Hotel Maya mengetengahkan menu istimewa warisan Melayu untuk dibawa pulang terutamanya untuk individu yang rindukan masakan air tangan ibu lantaran tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berbuka puasa bersama-sama.
Chef Hasbullah sememangnya terkenal dengan masakan Melayu ini bakal menyediakan menu istimewa antaranya termasuklah set Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan banyak lagi.Setiap set turut disertakan dengan kurma sebagai pilihan untuk berbuka puasa. Selain set menu masakan Melayu yang ditawarkan, pelanggan boleh memilih seleksi menu ala carte yang menampilkan hidangan tempatan, barat dan hidangan Jepun. Penulis sendiri berpeluang menikmati hidangan set buka puasa amat menggemari hidagan Salmon Teriyaki kerana ia mempunyai rasa yang bertepatan dengan citarasa penulis!
Tidak lengkap tempahan bawa pulang tanpa hidangan pencuci mulut. Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan seleksi pencuci mulut terdiri daripada Bubur Pulut Hitam, waffle serta Chinese Pancake yang enak. Hidangan Buka Puasa ini boleh ditempah untuk penghantaran ke rumah dari 5 hingga 23 Mei 2020.
Sebagai usaha membantu negara menangani wabak ini, Hotel Maya tidak melupakan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan makanan untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain itu,Hotel Maya turut bekerjasama dengan MODA MALAYSIA (Malaysian Offical Designer’s Association) untuk sama-sama membantu menjahit pakaian perlindungan kesihatan atau PPE untuk barisan hadapan.
Hotel Maya berharap sumbangan kecil yang dilakukan oleh pihak mereka dapat meringankan sedikit beban yang dipikul oleh barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.Satu usaha murni yang wajar dicontohi.