Nama Jihan Muse bagaikan sudah sinonim dengan program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza. Celoteh dan gaya bersahaja Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berjaya menarik perhatian penonton.
Meskipun pembabitannya dalam bidang seni bermula sebagai seorang pelawak.
Kira-kira setahun berehat daripada dunia pengacaraan selepas melahirkan putera kedua, kemunculan Jihan di pentas All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini mengubat kerinduan peminat.
Berkongsi pentas bersama dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, pesona Jihan tetap bersinar.
Malah rata-rata peminat teruja melihat penampilan terkini Jihan. Apa tidaknya, makin cantik jelita!
Anggun mengenakan persalinan hitam dan biru, wajah Jihan kelihatan berseri-seri hasil sentuhan makeup artist Syamiel.
29 Ogos lalu, isteri Ungku Hariz ini genap berusia 40 tahun. Jihan mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon.
Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Dia yang sebelum ini bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Jihan Muse mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/mula-sebagai-penyanyi-rezeki-elly-mazlein-kian-menyerlah-sebagai-pengacara-dinobat-paling-popular/
This website uses cookies.