Tahukah anda terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya untuk mendapatkan solekan yang mampan. Ramai yang menolak fakta ini namun anda sendiri boleh menilai bagaimana berus solekan mampu capai piawaian wow! kepada anda, lebih-lebih lagi sempena sambutan Hari Deepavali nanti.
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus berbentuk kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Ads
Berus pemerah pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Berus penyamar noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Ads
Berus blending pembayang mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus penggaris mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Ads
Berus pembayang mata bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes. Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Berus kening condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata. Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.
Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati. Anda boleh pilih dari pelbagai jenis, harga, warna dan bentuk. Pilih saja di SINI dan enjoy your makeup moment!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu persoalan popular tentang ilmu penjagaan wajah adalah sejauh mana keberkesanan sesuatu produk jika dicampur dengan produk jenama lain. Apa saja yang viral, kita pakai.
Sebenarnya tiada peraturan khusus tentang hal ini, tapi sebaik-baiknya gunakan produk muka dari satu rangkaian. Cuba elakkan mencampur-campur produk bagi mendapatkan kesan yang maksimum, selain mengelakkan iritasi atau fungsi yang tidak kesampaian.
Saranan Nona, setialah pada satu jenama untuk satu-satu masa dan lihat jika ia memberi kesan yang ketara. Misalnya selepas anda menggunakan rangkaian full set selama 3 bulan, barulah bertukar kepada jenama lain jika tidak berpuas hati.
SET PILIHAN NONA
(1) Nanowhite Spot Correction
Dirumus khas untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi, rangkaian Nanowhite Spot Correction berupaya melengkapi keperluan wajah sambil mencerah serta menyamarkan bintik-bintik gelap dengan efisien. Pelancaran Advanced Serum dalam rangkaian ini menjanjikan keputusan sepantas 4 hari dengan rumusan Arbutin dan Niacinamide untuk tona wajah yang lebih cerah sekata.
(2) Fanbo Precious White
Rangkaian Fanbo Precious White dengan ekstrak Sakura, berupaya melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Teksturnya yang ringan dan mudah diserap mampu menghilangkan kotoran dan sisa mekap dengan mudah. Ia juga dilengkapi provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.
(3) Cetaphil Bright Healthy Radiance
Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance menggunakan Gentle Bright Technology, kombinasi Sea Daffodil, iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan, untuk mencerahkan dan mengurangkan saiz bintik hitam. Dalam masa empat minggu, nikmati tona kulit yang lebih sekata dan cerah sempurna tanpa iritasi.
(4) Neutrogena Bright Boost
Print
Neutrogena Bright Boost, rangkaian pencerahan baharu untuk semua jenis kulit untuk menangani masalah kulit kusam. Keberkesanan rangkaian ini adalah hasil daripada bahan pencerah kulit terkini yang dikenali sebagai Neoglucosamine. Formulasi ini berkesan untuk mengganti sel permukaan kulit, meratakan tona dan menghidrat dengan berkesan.
(5) AHC Hyaluronic Dewy Radiance
Rangkaian AHC Hyaluronic Dewy Radiance sesuai walau untuk kulit sensitif, dan mengandungi formula yang telah dipertingkatkan bagi menjamin kualiti dan keberkesanan. Dilengkapi ciri kelembapan untuk menyerikan kulit dari dalam, rangkaian ini menampilkan 2.5 kali lebih banyak 10 jenis asid hyaluronic, selain menawarkan kesan pencerahan daripada dua jenis tumbuhan serta glutathione, dan formulasi kelembapan pintar yang dapat mengekalkan penghidratan kulit sehingga lapisan kulit yang dalam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di Malaysia, terdapat ramai dikalangan para selebriti yang menamatkan zaman bujang dengan kerabat di Raja, jelitawan kacukkan Melayu-Irish Che Puan Sarimah Ibrahim merupakan salah seorang diantara yang bertuah!
Terdahulu, pada 19 Februari yang lalu, Che Puan Sarimah Ibrahim genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45.
Apa yang menariknya, sehari selepas tarikh tersebut merupakan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin YM Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Datuk Mudzaffar yang ke-51.
Keanggunan Che Puan Sarimah Makin Terserlah Di Usia 40-an!
Menerusi kemeriahan sempena sambutan ulang tahun kelahiran di samping suami tempohari, isteri Tunku Jamie berkenaan tampil santai dengan blaus bercorak.
“A fact: My mum and me share the same birthday. And my husband’s birthday falls on midnight for the next day! (20th) Amazing and full on kan!
You know birthdays come and go. But memories live on and stay close to the heart for a long time. Had a lovely birthday with my lovely family and close friends today.
I am blessed and fortunate. I am so grateful for my life and to be able to celebrate in good health. Alhamdulilah.”
Gaya Hidup Sihat, Senanam Pilates ‘Rahsia’ Keanggunan Che Puan Sarimah
Menginjak usia 45 tahun, aura dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian ramai khususnya peminat.
Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish.
Malah, beliau aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.
Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara.
Sehingga ke hari ini Che Puan Sarimah sudah 26 tahun menceburi bidang pengacaraan tidak kira untuk majlis santai, rasmi dan sebagainya.
Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang bakal mencecah usia empat tahun pada Julai nanti.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Wanita mana yang tak mahu sentiasa tampil awet muda, kan? Lagi-lagi bila umur dah makin meningkat. Di samping kena yakin dengan kecantikan asli diri sendiri, sebenarnya ada beberapa muslihat yang boleh dipraktikkan untuk menyembunyi garis usia yang kelihatan di wajah.
Anda digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit wajah. Selain itu, masker turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah sekali gus melembapkan kulit.
Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk kening secara seimbang. Kening yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang hidup serta akan ‘membingkai’ wajah dengan sempurna.
Seboleh-bolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandan dengan ikatan ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus dapat dilindungi.
Gunakan pelembap yang bagus kualitinya sebagai ‘makanan’ kepada kulit untuk menjaga keanjalan.
Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
Rawat wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta mengamalkan krim tabir suria.
Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali minyak perlindungan ini.
Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika benar-benar ingin kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Jauhi sinaran matahari terus ke kulit dan sentiasa gunakan krim tabir suria dan krim pelembap serta berhenti merokok.
Makan secara seimbang dan minum air putih secukupnya. Kulit akan kekal lembap dan anjal selain mengurangkan garis-garis halus.
Jauhi stres dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat, ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.