Biarpun berbangsa Cina namun Datin Sri Jessie Wong Siaw Puie atau lebih mesra disapa sebagai Datin Sri Jessie fasih berbahasa Melayu. Ini kerana Datin Sri Jessie memiliki ramai kenalan berbangsa Melayu di samping aktif dengan aktiviti-aktiviti sosial kemasyarakatan.
Memiliki kelulusan dalam bidang pemasaran, penerima pingat Darjah Seri Melaka (D.S.M) ini seorang yang sangat komited serta cemerlang dalam kerjayanya.
Bidang perniagaan terkini yang dikendalikan oleh Datin Sri Jessie antaranya ialah berkaitan dengan perancangan kewangan dan pelaburan hartanah. Kini Datin Sri Jessie menyandang beberapa jawatan besar antaranya Pengarah Urusan di World Trade Regal Trading Sdn Bhd, dan All Stars Arena Sdn Bhd (Influencers Online Education & Agency Platform
).Anak jati Johor Bahru ini turut menerima pengiktirafan Top of the Table (TOT) 5 Times dari tahun 2015 sehingga 2019. Beliau juga penerima IDA Platinum Dragon Award 2015-2017 dan 2019. Beliau juga merupakan salah seorang wanita Malaysia yang dipilih sebagai ahli The Ten Million Club by China Million Forum (CMF)
sebuah forum elit paling terkenal di China. Lebih membanggakan lagi ialah Datin Sri Jessie pernah tersenarai sebagai 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100 MYE Award) 2017.“Saya seorang yang sangat komited dengan apa jua tugas yang dilakukan. Tambahan pula saya sukakan cabaran. Maka sebab itulah saya sentiasa bersedia untuk memberikan seratus peratus komitmen terhadap skop kerjaya saya. Dalam setiap tugasan yang diamanahkan memerlukan tindakan yang pantas. Saya berpegang kepada prinsip sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh walau apa pun halangannya.
Restu dan sokongan suami sangat penting untuk menjadikan saya seorang wanita sukses. Saya bertuah kerana suami juga seorang usahawan berjaya. Beliau lebih lama dalam bidang ini serta sudah betah tentang selok belok perniagaan.
Semoga segala impian Datin Sri Jessie menjadi kenyataan seterusnya dapat membantu lebih ramai usahawan khususnya wanita dan generasi muda.
This website uses cookies.