Pastinya pada waktu ini kaum wanita bukan hanya sibuk menguruskan biskut raya sendiri. Tidak dinafikan ramai di antara suri rumah hari ini lebih selesa membeli biskut dan kek daripada pengusaha pastri. Namun jika anda mahukan sesuatu yang menepati cita rasa dan mementingkan kualiti, boleh lakukan sahaja dari rumah.
Untuk menyediakan kek dan biskut yang rangup dan enak, beberapa aspek perlu dititikberatkan. Antaranya termasuk bahan yang digunakan, suhu ketuhar dan teknik mengadun yang betul.
RAHSIA BISKUT ENAK DAN RANGGUP
1) Gunakan Acuan
Ketika ingin membentuk biskut, jangan terus digunakan kerana ia akan membuatkan doh melekat di dalam acuan berkenaan. Basuh acuan dan pastikan ia dilap kering. Bagi memastikan doh tidak melekat di dulang pembakar, sapukan marjerin di sekeliling acuan. Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dan keluarkan sementara menunggu ia sejuk sebelum digunakan. Hasilnya, doh akan terbentuk cantik tanpa lekat.
2) Doh Biskut Lebih Ranggup
Bungkuskan doh yang telah siap dengan plastik dan diletakkan di dalam peti sejuk atau bekas kedap udara. Biarkan selama 1 ke 2 jam. Keluarkan dan bentukkan doh mengikut cita rasa masing-masing. Bakar seperti biasa dan hasilnya biskut anda akan lebih rangup dan enak. Antara petua lain khususnya untuk merangupkan biskut tart adalah dengan meletakkan sedikit minyak sapi di dalam adunan tart dan digaul bersama mentega.
3 )Biskut Tampil Cantik
Ada ketika biskut yang dibuat tidak kelihatan cantik dan sempurna disebabkan beberapa faktor. Jika anda menghadapi situasi ini, usah risau. Bagi mencantikkan kembali permukaan biskut, campurkan sedikit esen vanila ke dalam putih atau kuning telur. Sapukan ia di atas biskut dan kemudian dibakar seperti biasa. Biskut akan lebih licin dan menarik apabila siap dibakar.
PANDUAN MEMBAKAR KEK
Kek yang telah masak akan mudah melekat di permukaan loyang dan sukar untuk dikeluarkan apabila ia telah sejuk. Terutamanya apabila kek yang dibuat adalah kek keju. Justeru untuk mengelakkan kek terhakis dan terkoyak di sebelah tepi loyang, panaskan pisau di atas api seketika dan dilalukan ia ditepi loyang berkenaan.
Pastri yang mempunyai crust sememangnya sukar untuk dikeluarkan. Namun, terdapat cara yang boleh dipraktikkan untuk mengeluarkan ia dengan mudah iaitu dengan membiarkan crust benar-benar sejuk pada suhu bilik setelah siap dibakar. Seterusnya, terbalikkan acuan tanpa perlu mengetuk acuan tersebut. Crust akan keluar dengan sendirinya tanpa pecah
This website uses cookies.