Selepas bercerai dengan aktres dan model jelita Song Hye-Kyo pada 2019, aktor terkenal Korea Selatan Song Joong-Ki kini kembali ‘berteman’ apabila mengumumkan berita pernikahannya dengan wanita Inggeris, Katy Louise Saunders baru-baru ini.
Berita tersebut mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-speminat Song Joong-Ki. Ia turut menjadi trending di pelbagai media sosial.
“Saya telah berjanji untuk terus hidup bersama Katy Louise Saunders, yang berada di sisi menyokong dan menghabiskan masa berharga bersama sambil menghargai satu sama lain.
“Dia mempunyai hati yang baik dan telah menjalani hidupnya dengan penuh semangat,” tulis Song Joong-Ki dipetik dari Soompi.
Ads
Menurut duda ‘hot’ ini, selama mereka saling mengenali, Katy Louise Saunders banyak membantunya.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan istimewa sejak Disember 2022. Sebulan kemudian, Song Joong-Ki membuat keputusan untuk mengahwini kekasihnya itu.
Ads
Kenali Katy Louise Saunders yang telah berjaya memawan hati Song Joong-Ki selepas tiga tahun bergelar duda.
BERKETURUNAN BRITISH-AMERIKA
Katy Louise Saunders dilahirkan pada 21 Julai 1984 di London, England. Bapanya orang British dan ibunya berasal dari Colombia.
Memetik Koreaboo, Katy Louise Saunders dibesarkan di London dan Itali atas faktor kerjaya bapanya yang berpindah antara negara.
Ads
BERPENDIDIKAN TINGGI
Katy Louise Saunders mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa di Rom. Dia kemudiannya menyambung pengajian tinggi di Universiti Bocconi di Milan dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pentadbiran perniagaan.
KARIER SEBAGAI PELAKON
Katy Louise Saunders mula bergelar pelakon pada 2002. Pertama kali Katy Louise Saunders menunjukkan bakat lakonannya menerusi filem romantik Itali berjudul ‘A Journey Called Love or A Scandalous Journey’.
Nama Katy Louise Saunders kian dikenali selepas terbabit dalam filem ‘Third Person’ yang ditayangkan pada 2013.
Kredit Foto: Instagram Song Joong-Ki, Katy Louise Saunders
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantiknya dua anak gadis Fiza Halim! Walau masih remaja tapi sudah terserlah kejelitaan mereka. Seperti ibunya, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan toleh dua kali. Beruntung anak gadis ini kerana mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.
Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim yang pergi bercuti bersama keluarganya ke Adelaide, Australia baru-baru ini sempat berkongsi momen percutian di Instagram miliknya. Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza mencuri perhatian peminat dan warganet. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaru Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah kelibat dua anak gadisnya yang kian meningkat dewasa.
Feera Aryana Ahmed Farriq kini meniti usia 11 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 9 tahun. Percutian Fiza dan dua anak gadis ini turut ditemani Baby Aleena berusia setahun lebih dan suami tercinta, Aizat al-Jefri Abdul Kudus. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan.
Tidak hanya berwajah comel dan mewarisi kecantikan Fiza, kedua-dua beradik ini juga merupakan anak yang bijak. Menerusi perkongsian Fiza di laman Instagramnya tahun lalu, dia pernah berkongsi kejayaan mereka berdua yang gemar mendalami ilmu Al-Quran. Walaupun usia masih muda tapi mereka tekun mengejar saham akhirat. Mana-mana ibu pun mesti tersentuh bila dapat anak seperti Ferra dan Feeya, bukan?
“Syukur alhamdulillah. Dari kecil sampai sekarang dua beradik ni tak henti-henti dan tak jemu mengaji Al-Quran. Masih ingat lagi saya masa mula-mula hantar, kena tunggu. ‘Mommy jangan balik tau’… ‘okay mommy tunggu’. Begitulah silih berganti Kak Yuli dan Kak Yati hantar dan tunggu sampai sekarang.
Nah, sekarang hasilnya. Kedua-dua anak dara saya ni dah pun hafal Surah Yasin dan hampir 80 peratus surah yang lain. Dalam usia 9 dan 10 tahun, diaorang dah pun baca Al-Quran berkat usaha mereka sendiri. Terima kasih Ya Allah. Kau hadiahkan aku harta dan anak-anak yang solehah.”
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini, Fiza ialah isteri kepada juruterbang iaitu Aizat Al-Jefri Abdul Kudus.
Sumber: Instagram Fiza Halim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaku tengok video tarian Madhuri Dixit yang dikongsikannya baru-baru ini di media sosial. Mengambil salah satu lagu filem Bollywood blockbuster Dil To Pagal Hai, gerak tari Madhuri Dixit nyata memikat perhatian peminat.
Madhuri memuat naik video tarian tersebut bersempena meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai. Difahamkan lagu Are Re Are ialah lagu kegemaran Madhuri dalam filem berkenaan.
Sehingga kini, video itu meraih lebih sejuta likes dengan ribuan reaksi yang membanjiri ruangan komen.
Meskipun sudah berusia 55 tahun, pesona Madhuri masih menambat hati peminat. Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan melahirkan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan jelitawan ini dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian. Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti baru semalam mendapat perkhabaran kelahiran anak sulung Rihanna dengan pasangannya Rocky atau Rakim Athelaston Mayers. Namun penyanyi paling kaya di dunia ini mengumumkan berita kehamilan keduanya ketika persembahan di Super Bowl Halftime 2023, kurang setahun daripada kelahiran pertama pada Mei 2022.
Pelantun lagu Umbrella ini mendedahkan berita gembira itu apabila dilihat menggosok perut dan menanggalkan jumpsuit merah yang digayakannya ketika membuat persembahan di pentas Phoenix sekali gus menampakkan bentuk perutnya yang membesar.
Seperti ibu hamil lain yang perlu berjaga-jaga dengan pergerakan, Rihanna juga dilihat tidak menari dengan lincah seperti biasa bersama para penari latar yang mengelilingi beliau.
Menurut People, wakil pengurusan Rihanna turut mengesahkan berita gembira itu. Untuk rekod, Rihanna dan Rocky sudah lama mengenali satu sama namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.
GINCU RIHANNA
Tidak seperti lumrah ibu hamil yang kerap mengalami alahan, penampilan segar Rihanna mencuit perhatian peminat. Rihanna atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty, 35 tahun, tampil anggun dalam sampul muka depan majalah Vogue.
Menyerlahkan aura keibuan sebenar, Rihanna turut mendedahkan wajah bayi comelnya secara eksklusif. Tapi paling suka tengok kejelitaan usahawan kosmetik Fenty Beauty, Fenty Skin serta empayar fesyen Savage X Fenty ini, nampak powerful sungguh!
Rahsia Rihanna barangkali terletak pada himpunan gincu yang baru dilancarkannya iaitu Fenty Icon Velvet Liquid Lipstick: Showstopp’r Edition. Inovasi gincu ikonik dengan penutup holografik ‘football’ edisi terhad ini dijangka bakal menjadi kegilaan wanita yang menyenangi sukan tersebut. Harganya RM140.
Selain itu, Rihanna turut melancarkan glos bibir Fenty Beauty X NFL Collection.Gloss Bomb edisi terhad dalam pembungkusan NFL yang eksklusif rekaan Rihanna sendiri pastinya menjadi rahsia kecantikan beliau selama ini.
Rona baharu yang dinamakan ‘Riri’ – adunan rona mauve polos yang berkilauan mampu membuatkan bibir nampak lebih mungil dan segar. Formula tidak melekitnya terhasil daripada adunan mentega shea dan aroma pic-vanila yang harum. Memang cantik sangat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...