Seiring bertambahnya usia, ulang tahun bukan lagi saat untuk bergembira seperti ketika kita masih di zaman kanak-kanak mahupun remaja. Kita seharusnya mula beradaptasi dengan setiap perubahan yang berlaku terhadap tubuh seiring bertambahnya usia. Ketahuilah bahawa dengan mengenali perubahan-perubahan yang terjadi pada tubuh dapat membantu kita untuk bersiap sedia seterusnya lebih menyayangi tubuh kita sendiri.
Ads
30-AN
Secara semulajadi, proses berkurangnya hormon adalah bermula pada usia 30-an. Kadar metabolisma akan menurun sekurang-kurangnya empat ke lima peratus pada setiap tahun. Manakala berat badan pula akan semakin bertambah meskipun seseorang itu rajin bersenam mahupun sentiasa menjaga pola pemakanannya agar tidak berubah sejak usia 20-an.
Peratusan lemak tubuh pula mencapai 25 peratus yang biasanya terkumpul di bahagian punggung, paha dan perut. Lemak ini sangat penting semasa kehamilan namun setelah melahirkan lemak-lemak ini akan lebih cenderung untuk terkumpul di sekitar perut bahagian bawah. Selain itu, terjadinya juga pengurangan massa otot.
Pembentukan sel kulit baru turut berkurangan saat melebihi usia 35 tahun. Ketika ini munculnya kedutan-kedutan terutama jika seseorang itu gemar merokok serta sering terdedah atau kerap bekerja di bawah sinaran matahari tanpa memakai krim tabir suria secara teratur sejak usia 20-an.
Pada awal hingga pertengahan 30-an, kaum wanita akan mudah mencapai puncak seksualitinya atau orgasme. Ini adalah kerana terdapatnya rasa percaya diri, percaya pada pasangan serta akumulasi pengalaman.
40-AN
Usia ini merupakan fasa di mana kaum wanita yang memiliki anak sibuk dengan aktiviti mendidik serta merawat. Metabolisma akan terus menurun. Tanpa senaman yang teratur tubuh akan kehilangan sekurang-kurangnya 250 gram massa otot setahun, sementara lemak pula akan bertambah tiga kali ganda.
Ads
Disebabkan oleh kadar estrogen yang terus menurun, kolagen atau protein berisi serat halus dan elastin iaitu protein yang membentuk bahagian utama jaringan serat elastik pada kulit berkurangan sehingga kulit mulai mengering, tidak anjal seterusnya semakin banyak kedutan yang muncul. Berkurangnya elastisiti turut terjadi pada kanta mata yang menyebabkan menurunnya daya penglihatan.
50-AN
Usia ini merupakan bermulanya fasa menopaus bagi kaum wanita. Ketika ini terdapat segelintir kaum wanita yang mengalami gangguan-gangguan seperi insomnia, mood swing, hot flush dan mudah lupa. Menurunnya kadar estrogen akan menstimulasi pengumpulan lemak pada bahagian perut, paha, punggung, cuping telinga, pipi dan bagian bawah mata. Namun, pada beberapa bahagian contohnya hypodermis atau lapisan bawah kulit, lemak terhakis sehingga kulit mengendur serta menipis.
Ads
Menopaus juga menyebabkan dinding vagina kering dan kehilangan elastisitinya yang boleh menimbulkan rasa sakit ketika berhubungan intim. Kadangkala, terjadinya melecet akibat tergesel. Bibir vagina mungkin mengecut sehingga menekan klitoris mengakibatkan kadar sensitiviti organ tersebut menurun.
60-AN
Sekiranya pengambilan kalsium mencukupi sebelum ini, tubuh akan lebih lambat mengalami masalah fizik. Wanita yang kekurangan kalsium serta tidak bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis di mana hilangnya kepadatan tulang.
Hilangnya kadar estrogen turut menyebabkan rambut kian menipis. Namun begitu, rambut di bahagian-bahagian lain menebal serta berwarna lebih gelap. Sel-sel kulit turut kehilangan kemampuan untuk memperbaiki diri sehinggakan sel kulit mati pada wajah tidak lagi sekata. Akibatnya, sinaran matahari akan lebih mudah meninggalkan noda hitam pada wajah.
Sementara berat badan pula mungkin akan berkurangan atau tetap kerana metabolisma tubuh menurun serta nafsu makan juga berkurangan. Minat untuk melakukan hubungan intim juga merosot, dan jika tidak melakukan hubungan intim dalam jangka masa yang lama vagina akan menyusut dan kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama gadis cilik Maleesha Kharwa tiba-tiba tular di Internet kerana kisah hidupnya yang menyedihkan. Gemar menggunakan tanda pagar #theprincessfromtheslum, gadis setinggan dari Mumbai, India itu menjalani kehidupan kanak-kanak dan remajanya di kawasan daif sebelum diangkat sebagai covergirl majalah serta bintang iklan kecantikan.
Takdir Maleesha sekeluarga berubah ketika pandemik COVID-19. Gadis ini ditemukan oleh aktor Hollywood, Robert Hoffman yang ketika itu tersadai di sana gara-gara sekatan perjalanan antarabangsa.
Ketika menjalani penggambaran, beliau terlihat kelibat Maleesha di antara anak-anak setinggan yang lain. Saat itu Robert tertarik pada kecantikannya, sekaligus percaya bakat terpendam yang dimiliki Maleesha mampu diketengahkan.
Meskipun tidak mampu berbahasa Inggeris, namun impian Maleesha untuk menjadi seorang model dan individu kaya demi membantu keluarganya yang susah, mencuit hati Robert.
Hasil kutipan dana untuk membantu Maleesha dan keluarga, namanya yang berusia 14 tahun ketika itu mula dikenali dan meniti dari bibir ke bibir. Kebetulan dia juga aktif di media sosial dengan jumlah pengikut mencecah 200,000.
Tonton kisah Maleesha yang penuh cita-cita dan impian…
Berkat rezeki dan pertolongan Robert Hoffman membantunya dahulu, kini Maleesha meniti kerjaya sebagai model di India. Selain tampil sebagai covergirl majalah, beliau juga dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan semula jadi – Forest Essentials.
“Sebagai duta Forest Essentials, kami membawa wajah Maleesha sebagai idea mimpi. Dari sini masyarakat akan faham bahawa tidak kira dari mana asal seseorang, semua impian adalah penting dan mampu jadi kenyataan.
Kisah Maleesha mengingatkan kita bahawa tiada impian yang mustahil. #BecauseYourDreamsMatter.” Mira Kulkarni, Pengasas Forest Essentials
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kulit cerah dan berseri merupakan idaman setiap wanita. Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai – sehingga sekarang. Memperkenalkan NIVEA LUMINOUS630, bahan aktif anti bintik hitam yang dirumuskan khas oleh Jenama Penjagaan Kulit No. 1 di Dunia! Rangkaian ini mengetengahkan NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum; ianya menjanjikan pengurangan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam hanya 2 minggu!
Apakah bintik hitam?
Wanita di seluruh dunia mengadu tentang bintik hitam, yang juga dikenali sebagai bintik usia atau bintik matahari. Faktor utama wujudnya bintik hitam adalah pendedahan kepada cahaya matahari dan sinaran UV (di dalam atau di luar rumah), penuaan serta ketidakseimbangan hormon. Lama-kelamaan, pendedahan berterusan ini akan menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit yang akhirnya mengakibatkan tona kulit tidak sekata dan perubahan selepas keradangan, atau juga dikenali sebagai bintik hitam.
Penyelesaian NIVEA
Selepas penyelidikan menyeluruh selama 10 tahun yang memperlihatkan lebih daripada 50,000 molekul diuji, NIVEA telah berjaya mencipta gabungan ramuan yang sempurna untuk menghilangkan bintik hitam iaitu kompaun 630. Bahan aktik terobosan LUMINOUS630 memberikan prestasi 10X lebih baik daripada bahan aktif pencerah terkenal yang lain. Kompaun ini mengandungi 2X Hyaluron dan Antioksidan yang menyasarkan sel dan berfungsi dalam dua tindakan iaitu mencerahkan bintik-bintik dengan jelas di samping membantu mengekalkan kulit sentiasa muda, tanpa cela dan berseri! Ia mampu mengurangkan bintik hitam hanya dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit.
NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum telah terbukti selamat digunakan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam sebanyak 71%, garis halus sebanyak 66% serta meningkatkan keserian kulit sebanyak 81%.
Produk lain dalam rangkaian NIVEA LUMINOUS630 boleh digunakan bersama serum untuk rejimen anti bintik hitam yang sempurna – daripada perlindungan waktu siang dengan Spot Protect Mousturizer SPF50 PA+++ kepada penjanaan semula kulit pada waktu malam dengan Even Tone Night Cream. Untuk rawatan bersasar mata, Eye Treatment boleh digunakan untuk menangani lingkaran hitam dan kantung mata.
Pelakon Wanita Terbaik Hong Kong, Peminat Besar NIVEA
Bintang terkenal Hong Kong dan Pelakon Wanita Terbaik 2021 Rosina Lam telah lama meminati rangkaian NIVEA LUMINOUS630. “Keyakinan diri saya terjejas apabila saya mula mengalami bintik hitam disebabkan tempoh penggambaran yang lama di bawah cahaya matahari dan lampu studio. Sejak menemui rangkaian LUMINOUS630 pada tahun 2019, saya dapat melihat hasil ketara dan mendapat banyak pujian tentang keadaan kulit yang kelihatan makin muda dan berseri dalam masa yang singkat. Saya terpikat dengannya! Tidak kira betapa penat atau lama waktu saya bekerja, saya tidak akan lupa rutin anti bintik hitam NIVEA LUMINOUS630, kerana inilah rahsia untuk kulit saya yang sempurna, muda dan cerah berseri!” katanya. Rosina menambah lagi bahawa produk kegemarannya adalah NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum, kerana beliau percaya bahawa inilah rahsia utama kulitnya tampak muda.
NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum dan rangkaian penuh boleh didapati di semua Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit waktu siang dan malam serta produk rawatan mata. Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA dan maklumat terkini, ikuti kami di www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/ .
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun melihat kecantikan ratu sinetron Indonesia, Meriam Bellina ketika percutian beliau di Pantai Katembe, Indonesia baru-baru ini. Pada usia mencecah 58 tahun, beliau masih tetap langsing dan awet muda, sama menawan seperti zaman kegemilangannya!
Tuntutan untuk kekal cantik sememangnya penting buat wanita yang berkecimpung dalam industri hiburan. Rupa paras menjadi aset dan punca rezeki agar terus relevan dalam pasaran yang diceburi.
Meriam Bellina terkenal cantik dari zaman 80-an
Wajah wanita Belanda-Sunda ini persis mendiang Lady Diana
Sejak dulu kerap menghiasi iklan dan cover majalah
BUAT RAWATAN
Membuat rawatan estetik antara alternatif terbaik pada zaman ini untuk mendapatkan hasil yang diingini. Seperti dalam perkongsian Meriam Bellina, beliau sendiri rajin berjumpa pakar kulit di Klinik Dermapro Jakarta bagi menegangkan muka.
Nampak menyakitkan tapi tidak, inilah hasil sebelum dan selepas rawatan ‘tarik benang’ yang dilakukannya. Banyak perbezaan ketara, bukan?
SEPARUH ABAD
Sejak remaja, wanita berusia 57 tahun ini sudah bergiat aktif sebagai model dan membintangi pelbagai filem serta sinetron popular di Indonesia. Tidak hairanlah jika beliau merupakan salah seorang anak seni tercantik pada zamannya, mirip mendiang Lady Diana!
Sejak tahun 1981, Meriam Bellina sudah menceburi bidang seni dan masih aktif sampai sekarang. Menariknya, penampilan fizikal wanita separuh abad ini seakan tak berubah, malah kelihatan semakin awet muda dan bergaya.
Kalau melihat foto-foto beliau ni, macam tak sangka Meriam Bellina dah cecah usia emas. Kulitnya masih licin dengan riasan mekap sesuai usia serta fesyen terkini. Cantiknya!
Wanita Indonesia cukup terkenal dengan amalan tradisional seperti menjaga pemakanan, mengambil jamu serta mengekalkan gaya hidup cergas untuk kekal cantik. Tak hairanlah Meriam Bellina sentiasa nampak muda, malah dengan bantuan rawatan estetik menambah lagi pesona auranya sebagai bintang seni legenda.
Dilahirkan di Bandung, Indonesia pada 10 April 1965, Meriam Bellina bertuah dilahirkan dalam keluarga campuran Belanda-Sunda. Ibu anak dua ini juga pernah bertugas sebagai pramugari untuk Garuda Indonesia.
Paling penting, jadikan kegembiraan diri sendiri sebagai perkara paling utama dalam hidup ini. Berfikir positif dan ceria selalu!
Foto: Instagram @bellinamer
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...