Kenali Simptom Strok Haba. Mulakan Langkah Pencegahan Awal!

Cuaca panas terik akhir-akhir ini mengundang rasa tak selesa. Walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin, bahang panas masih terasa. Inikah dinamakan strok haba?

Ramai juga yang masih kurang peka dengan kehadiran cuaca panas melampau yang dijangka berlarutan sehingga Mac nanti. Sana-sini berita menyarankan agar segala aktiviti luar dikurangkan atau dibatalkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Jom kita lihat apa itu strok haba.

Siapa berisiko mendapat strok haba?

  • Warga emas
  • Wanita hamil dan menyusu
  • Kanak-kanak dan bayi
  • Orang yang jarang minum air

Simptom strok haba

  • Mula sakit kepala
  • Kurang berpeluh walaupun cuaca panas
  • Kulit menjadi merah, panas dan kering
  • Kejang otot
  • Muntah-muntah
  • Degupan jantung terlalu lemah atau terlalu kencang
  • Sukar bernafas
  • Pitam atau pengsan

Langkah mencegah strok haba

  • Gunakan baju longgar dan ringan. Ia membolehkan tubuh untuk sejuk dengan baik.
  • Lindungi kulit dari selar matahari. Gunakan sapuan SPF tinggi agar kulit anda terus dilindungi.
  • Minum banyak air. Lebihkan kuantiti minum air kosong. Elakkan ais dan minuman bergula ya.
  • Sediakan ubat sesuai. Selain ubat-ubatan yang disyorkan doctor, anda juga boleh mnegambil suplemen tambahan.
  • Jangan tinggalkan sesiapa di kawasan parkir. Prihatin dengan penumpang di dalam kenderaan. Jangan biarkan mereka ditinggalkan terlalu di kawasan parkir yang tidak berbumbung.

 

 

 

Share
Published by
KR