Nampaknya, Willow merupakan kucing yang amat bertuah kerana dapat menetap di White House, Amerika Syarikat! Sekaligus, si comel berwarna kelabu itu menerima gelaran First Cat of United States. Willow merupakan binatang peliharaan Presiden Amerika Syarikat dan First Lady, Joe Biden dan isterinya, Dr Jill Biden.
Kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu kini meriah dengan kehadiran seekor lagi haiwan peliharaan memandangkan pasangan berkenaan sebelum ini sudah memiliki seekor anjing jenis German Shepard bernama Commander.
Malah, First Lady Dr Jill Biden turut berkongsi foto Willow ketika kucing bertuah itu pertama kali menjejakkan kaki sebagai penghuni rasmi White House. Kucing ini dianggap bertuah kerana ini bukanlah kali pertama Dr Jill Biden bertemu dengannya.
Willow terlebih dahulu pernah membuat ‘penampilan’ ketika kucing itu tiba-tiba muncul di atas pentas dalam salah satu acar kempen pilihanraya Joe Biden di Pennsylvania.
Menurut jurucakap Dr Jill Biden kepada Associated Press, “Willow kini menetap di White House dengan mainan kegemarannya, makanan ‘jajan’ kegemaran dan ruang yang luas untuk dihidu dan diteroka”.
Malah laman Instagram White House turut memuat naik foto Willow ketika sambutan Krismas baru-baru ini dan kelihatan kucing tersebut kelihatan sihat dan segar bugar selayaknya tinggal di White House! Bertuah sungguh!
This website uses cookies.