Kanser Ginjal turut dikenali sebagai antara 10 penyakit pembunuh yang utama di seluruh dunia, jawapan untuk mengenalpasti punca-punca penyakit ini masih samar serta sukar diterangkan.

Ads

FUNGSI

Ginjal merupakan sepasang organ kumuh berbentuk kacang merah dan terletak betul-betul di bahagian atas pinggang, tiap satunya di setiap sebelah tulang belakang. Fungsi utama organ ini ialah untuk menapis darah dan menghasilkan air kencing bagi membersihkan tubuh daripada sisa kumuhan. Semasa darah ditapis, bahan sisa dan air yang tidak diperlukan akan di asing keluar. Bahan yang diasingkan, air kencing, akan terkumpul di bahagian tengah setiap ginjal di dalam satu kawasan yang dikenali pelvis renal. Ginjal  ini juga menghasilkan sejenis bahan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengatur pembentukan sel-sel darah merah.

KEHADIRAN KANSER

Beberapa jenis kanser boleh berkembang di dalam ginjal. Antaranya kanser sel renal, kanser sel karsinoma, kanser pundi kencing dan Tumor Wilm yang lazimnya berlaku pada ginjal kanak-kanak. Sungguhpun penyakit-penyakit ini tidak berjangkit dan tidak diwarisi sejarah keluarga, adalah penting untuk anda mengetahui faktor-faktor risikonya sebagai langkah berjaga-jaga.

Seperti juga dengan kebanyakan jenis kanser yang lain, kajian menunjukkan bahawa risiko kanser ginjal tercetus seiring peningkatan usia. Ia terjadi hampir biasanya di antara usia 50 – 70 tahun. Malah ia juga menjejaskan dua kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.

Kencing Berdarah, Petanda Awal KANSER GINJAL!

Faktor-faktor risiko lain:

Ads
  • Tembakau – Individu yang merokok berisiko dua kali ganda untuk mendapat kanser ginjal berbanding mereka yang tidak merokok. Tambahan pula, lebih lama seseorang merokok, lebih tinggi risikonya,
  • Obesiti,
  • Dedahan tempat kerja – Bukti menunjukkan bahawa kehadiran asbestos di tempat kerja boleh dikaitkan dengan kanser paru-paru dan mesotelium (sejenis membran yang mengelilingi organ-organ dalam tubuh), juga meningkatkan risiko sesetengah kanser ginjal.
  • Sinaran – Wanita yang telah menerima terapi sinaran bagi pemeriksaan uterus mungkin berisiko mendapat kanser ginjal.
  • Dialisis – Pesakit yang menggunakan dialisis bagi tempoh jangka panjang untuk merawat kegagalan fungsi ginjal yang kronik juga berisiko untuk menghidap sista renal dan kanser renal.
  • Penyakit Von Hippel-Lindau (VHL) – Pesakit yang menghidap penyakit warisan ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat karsinoma sel renal, serta tumor di dalam organ lain.

GEJALA

Pada peringkat awal, kanser ginjal selalunya menyebabkan tanda-tanda yang tidak nyata atau bermasalah. Namun adalah mustahak untuk anda TIDAK menunggu sehingga berasa sakit sebelum berjumpa doktor. Lebih awal kanser didiagnosis dan dirawat, lebih cerah peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya. Berikut antara gejala-gejala yang boleh diperhatikan apabila tumor ginjal mulai membesar:

Ads
  1. Kencing berdarah – Darah mungkin hadir sekali-sekala ketika pesakit membuang air kecil. Di dalam beberapa kes, seseorang itu boleh melihat sendiri darah tersebut, atau kesan-kesannya boleh ditemui di dalam ujian air kencing.
  2. Suatu gumpalan atau ketumbuhan di dalam kawasan ginjal.
  3. Letih.
  4. Hilang selera makan.
  5. Penurunan berat badan.
  6. Demam yang berulang-ulang.
  7. Rasa sakit / tidak sihat yang berlarutan.
  8. Tekanan darah tinggi atau jumlah sel darah merah di dalam darah yang tidak normal (anemia).

DIAGNOSIS

Lazimnya doktor akan mengarahkan ujian-ujian yang menghasilkan visual ginjal dan organ-organ berhampiran. Ia biasanya dapat menunjukkan perubahan di dalam ginjal dan tisu-tisu sekitar. Contohnya siri x-ray IVP (pielogram intravena), arteriografi, ujian-ujian imejan seperti imbasan CT, MRI dan ultrasonografi. Sekiranya keputusan ujian berjaya mengesan kehadiran kanser ginjal, suatu biopsi mungkin dilakukan untuk mendiagnosis kanser (ujian dilakukan oleh pakar patologi ke atas sampel tisu tumor untuk mengesan sel-sel kanser).

Selain daripada rawatan di atas, terdapat juga kaedah biasa yang dilakukan di hospital seperti:

  • Pembedahan nefrektomi – rawatan yang paling biasa bagi kanser ginjal. Pakar bedah akan mengeluarkan keseluruhan ginjal bersama-sama dengan kelenjar adrenal dan tisu-tisu sekitar yang dilanda tumor. Ginjal yang masih tinggal biasanya dapat melakukan tugas kedua-dua ginjal dalam satu masa,
  • Embolisasi arteri,
  • Terapi sinaran/radioterapi – sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Rawatan menerusi pancaran radioaktif di luar tubuh ini lazimnya dijalankan lima hari seminggu selama beberapa minggu,
  • Terapi biologi/imunoterapi – menggunakan keupayaan semulajadi atau sistem daya tahan badan untuk menentang kanser,
  • Kemoterapi – penggunaan dadah untuk membunuh sel-sel kanser,
  • Terapi hormon – hormon digunakan dalam usaha untuk mengawal tumbesaran sel-sel kanser.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI