Rangkaian kosmetik jenama mewah, Cle de Peau Beaute memperkenalkan Radiance Counter keempatnya di Robinsons, The Gardens Mall Kuala Lumpur semalam.
Terletak di lokasi yang mudah untuk dikunjungi serta terbuka, kaunter eksklusif ini menarik perhatian ramai dengan menampilkan sentuhan dekorasi mewah berkonsepkan kepingan-kepingan berlian ikonik yang menjadi lambang kepada produk baharu iaitu La Crème.
Terdapat empat zon utama di Radiance Counter ini yang direka khas agar para pelanggan dapat merasai pengalaman menarik ketika menjejakkan kaki ke sini untuk memilih rangkaian produk kecantikan Cle de Peau Beaute pilihan mereka.
Ia seolah-olah sebuah ruang ‘jelajah’ yang dapat menarik seluruh pancaindera dek kerana pesonanya. Empat zon utama tersebut terdiri daripada The Gallery, The Dresser serta The Facial Cabin.
THE GALLERY
Di ruang The Gallery ini para pelanggan berpeluang untuk melihat, menyentuh, menghidu dan merasai sendiri setiap produk yang dipamerkan. Di samping itu, ruang galeri ini turut direka dengan sempurna di mana kunci utamanya ialah keselesaan para pelanggan semasa mereka mencari produk pilihan.
Di ruang Skincare Gallery menampilkan rangkaian produk penjagaan kulit wajah Cle de Peau Beaute. Setiap produk disusun kemas mengikut tahap rangkaian iaitu bermula daripada produk penjagaan asas sehingga produk penjagaan khas. Ini bagi memudahkan para pelanggan mencari produk yang diinginkan.
Makeup Gallery pula mempamerkan rangkaian produk baharu dan bermusim sekaligus dapat menarik perhatian para pelanggan untuk segera mengetahui tawaran-tawaran baharu yang ada di situ.
THE SALON & THE DRESSER
Di sini para pelanggan akan diberikan layanan istimewa di mana mereka berpeluang untuk menikmati hidangan teh panas premium sambil mendengar nasihat daripada pakar kecantikan peribadi.
Selain itu, mereka turut berpeluang membuat pemeriksaan kulit menggunakan peralatan khas HSS device dalam sesi rundingan secara peribadi. Rutin penjagaan kulit wajah paling sesuai turut disarankan kepada pelanggan.
Buat para pencinta solekan, The Dresser adalah tempat paling sesuai. Pakar kecantikan profesional sentiasa bersedia untuk menawarkan khidmat solekan khas buat anda. Bermula daripada penggunaan satu produk sahaja sehinggalah kepada solekan lengkap, The Dresser memberi keselesaan dan pengalaman mewah buat anda.
THE FACIAL CABIN
Ruang buat mereka yang gemar memanjakan diri. Ia menawarkan tiga rawatan signature facial. Soin de Beaute adalah sesi ‘wajib’ yang perlu dilakukan pada setiap bulan untuk mengekalkan kulit yang sihat bercahaya.
Synacti Intensive Facial menawarkan 45 minit sesi rawatan bagi membantu mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit wajah selain bercahaya serta bebas kedutan. Sementara Synactif Intensive Facial Brightening pula menawarkan 55 minit sesi rawatan untuk membantu kulit kekal bercahaya dan gebu secara semula jadi. AMY MOHD
This website uses cookies.