Kerabat Raja Sepanyol, Princess Maria Teresa Jadi Aristokrat Pertama Di Dunia Tewas COVID-19

Graf jangkitan kes COVID-19 masih ligat turun naik. Di seluruh dunia, virus ini terus tersebar tanpa mengira status dan darjat manusia. Antara yang tertewas dari kalangan aristokrat adalah sepupu Raja Felipe VI dari Sepanyol, Princess Maria Teresa of Bourbon-Parma pada Mac 2020.

Disahkan positif COVID-19 pada usia 86 tahun, Princess Maria Teresa mencatat sejarah sebagai ahli kerabat diraja pertama mangkat disebabkan wabak ini.

Berita kemangkatan Princess Maria Teresa diumumkan oleh adindanya, Prince Sixto Enrique de Bourbon melalui media sosial diikuti hebahan rasmi melalui akhbar-akhbar utama di Eropah.

 

Diputerikan pada 28 Julai 1933, anakanda kedua kepada Duke of Parma, Prince Xavier of Bourbon-Parma ini turut dikenali dengan gelaran Red Princess. Bondanya, Madeleine de Bourbon-Busset, merupakan Permaisuri Sepanyol dari Carlist dan memegang gelaran Duchess of Parma.

Aktivis sosial tersebut menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cochin, Paris pada 26 Mac 2020 dan upacara pemakaman telah dijalankan keesokan harinya di Madrid, Sepanyol.

Sehingga ke tarikh ini, lebih 4.59 juta kes direkodkan akibat virus COVID-19 dengan jumlah korban mencecah 82,000 di negara Sepanyol.

Dikenali kerana kecantikan dan kepintarannya

 

 

TERPELAJAR

Bukan calang-calang wanita, Princess Maria Teresa sebenarnya lulusan sains politik dan merupakan seorang profesor di Paris-Sorbonne University dan Complutense University di Madrid.

Puteri ini sangat terkenal dengan pandangan dinamiknya dalam bidang sosiologi dan hak wanita. Mendiang juga merupakan ahli House of Bourbon-Parma di Sepanyol.

Tidak pernah berumah tangga, Princess Maria Teresa dikatakan membujang hingga ke akhir hayatnya. Walaupun hidup solo, tapi mendiang sangat suka mengajar dan menghabiskan masa dengan pelajar-pelajar kesayangannya.

 

Di sebalik gelaran kerabat diraja, wanita ini mempunyai jiwa yang lebih besar terhadap kemanusiaan. Mendiang juga mementingkan hak wanita dan kerana itu mendalami bidang yang sama dalam Islam.

Selain Princess Maria Teresa, beberapa kerabat raja lain yang pernah dilaporkan pernah berdepan COVID-19 adalah Putera Charles serta Putera Albert II dari Monaco.

Share
Published by
Norzalina