Ternganga bila dapat tahu amalan gaya hidup mewah bintang bola sepak ternama ini ketika pandemik Covid-19 melanda ke serata pelusuk dunia. Mana tidaknya, disebabkan
mahu lebih privasi dan ruang yang luas, Cristiano Ronaldo meninggalkan rumah agamnya untuk berpindah sementara ke sebuah rumah sewa berhampiran perkampungan nelayan
yang sunyi.
The Sun UK melaporkan kediaman sewa tersebut berharga 3,500 Pound atau kira-kira RM18,854 seminggu! Itu baru seminggu, kalau sebulan… cecah lebih RM75 ribu. Bintang kelab terkemuka Juventus itu dikhabarkan memilih rumah berkenaan kerana ia memiliki halaman yang luas untuk dia menghabiskan masa bersama tunangnya, Georgina Rodriguez dan empat anak mereka yang masih kecil.
Menerusi laporan Akhbar Portugal iaitu Correio da Manha pula, Ronaldo berpindah ke rumah sewa lima bilik berdekatan perkampungan nelayan di Canical yang terletak di timur Madeira. Difahamkan rumah yang didiami mereka ini dilengkapi dengan bilik permainan, gimnasium, kolam renang dan taman bagi membolehkan anak mereka, Ronaldo Jr, Eva, Mateo dan Alana Martina bermain.
Sumber itu turut berkata, “Ronaldo memerlukan ruang dan rasa terkurung di dalam apartment. Tempat barunya ini mempunyai taman yang luas dan lebih privasi. Ronaldo juga sudah biasa menjalani kehidupan yang sunyi.”
Sebelum berpindah ke rumah sewa di timur Madeira tersebut, Ronaldo mendiami kompleks apartment tujuh tingkat yang menghadap pemandangan Lautan Atlantik di Madeira yang dianggarkan bernilai 7 juta Pound atau RM35.7 Juta. Ia juga menjadi tempat Ronaldo sekeluarga menjalani tempoh kuarantin dalam mencegah wabak coronavirus. Pemain bola sepak berusia 35 tahun ini telah diminta menjalani kuarantin diri selepas rakan sepasukannya dari kelab Juventus disahkan positif Covid-19.
This website uses cookies.