Apa lagi yang hendak diceritakan tentang Noor Neelofa Mohd Noor selain kejayaan yang berjaya diraihnya saban tahun. Lepas satu per satu pencapaian dilakar selebriti cantik ini dan terbaru, bersempena kedatangan lebaran yang bakal tiba… wajah dan namanya kembali menjadi tumpuan ramai apabila dipilih menghiasi papan iklan Swarovski. Alahai, bertuahnya wanita bernama Neelofa!
Ini merupakan kali pertama jenama aksesori terkenal Swarovski menggunakan medium billboard sebagai usaha mempromosikan koleksi terkini, Swarovski Raya Selection. Dan bagi memenuhi selera dan jiwa pelanggan khususnya yang menyambut Aidilfitri… buat julung kalinya juga Swarovski menampilkan wajah Neelofa dalam promosi pemasaran mereka sekaligus menjadikan wanita berusia 30 tahun tersebut artis wanita pertama mendapat kepercayaan sedemikian.
I truly believe a person’s greatness does not lie in what they possess but rather in what they give. And one can only do so once they possess confident, strong and empowering qualities, allowing them to give the people around them their own sparkling moments,”
ujar Neelofa.Tambah istimewa, bertepatan dengan kempen lebaran… Swarovski turut menjalin kerjasama 360 darjah dengan Neelofa menerusi empayar muslimahnya, Naelofar Hijab.
Mengintai kembali penglibatan Neelofa bersama Swarovski, selebriti serba boleh ini menjadi artis berhijab pertama yang dilantik mereka dan pernah dijemput menghadiri Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan pada September 2017 yang turut dihadiri peragawati dan duta Swarovski, Karlie Kloss.
This website uses cookies.