Seiring perkembangan dunia digital masa kini, lapangan kerjaya wanita turut berubah dan kian meluas. Sehingga ada yang mengambil keputusan nekad untuk bekerja dari rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Ads

Namun, keputusan itu tidak seharusnya dipandang mudah kerana seorang wanita harus bijak membahagikan masanya agar mampu bekerja dengan lebih fokus serta memberikan hasil yang optimum. Pengurusan masa yang baik amat penting kerana ia boleh menjadi solusi terhadap tekanan. Berikut caranya.

BUAT JADUAL TO-DO-LIST

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merancang kerja melalui jadual bersistem bermula daripada jadual untuk setahun, sebulan, seminggu sehinggalah ke harian agar aktiviti anda sentiasa dalam radar masa yang ditetapkan. Gunakan planner atau buku khas untuk membuat jadual ini.

LAKSANAKAN TUGAS

Tiba masanya pula untuk melaksana apa yang dirancang. Usahakan untuk mematuhi masa dalam jadual secara rutin. Wajib diikuti setiap hari! Bukan hanya untuk diri anda bahkan praktikkan juga kepada seluruh ahli keluarga anda. Anak-anak yang terbiasa dengan rutin ini akan lebih mudah dididik.

MANFAATKAN RUANG WAKTU

Manfaatkan setiap ruang waktu untuk kegiatan produktif. Seeloknya tidurlah lebih awal bersama anak-anak dan bangun pagi lebih awal untuk bekerja. Ambil kesempatan masa contohnya ketika anak-anak sedang tidur untuk menyelesaikan kerja-kerja anda dengan tenang.

RUANG KERJA YANG KONDUSIF

Ads

Jika anda hanya menunggu peluang untuk bekerja dalam keadaan yang benar-benar sesuai ia mungkin mustahil untuk dicapai. Mungkin akan ada saja gangguan. Maka, penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa.

JANGAN SEGAN MINTA BANTUAN

Minta jasa baik suami anda untuk membantu meringankan tugas-tugas rumahtangga mahupun penjagaan anak-anak agar anda dapat bekerja dengan lebih efektif. Aktifkan sistem sokongan yang dimiliki agar anda terhindar daripada tekanan yang boleh mengganggu produktiviti kerja.

Ads

MANFAATKAN TEKNOLOGI TERKINI

‘Pembantu’ terpenting buat seorang ibu yang bekerja ialah penggunaan peralatan teknologi terkini seperti telefon pintar. Ia membantu anda menjimatkan masa dan tenaga seterusnya memudahkan anda segera mencapai tujuan.

ABAIKAN PERKARA YANG TIDAK PENTING

Menjalani rutin seperti ini setiap hari menjadikan anda lebih bijak dan cerdas dalam memanfaatkan waktu. Ini kerana anda bijak membezakan mana yang perlu diutamakan dan mana yang tidak. Tinggalkan yang sukar dan dahulukan mana yang memudahkan hari-hari anda. Tekanan lebih kurang, anda juga menjadi lebih produktif. AMY MOHD

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI