Seperti yang pastinya diketahui sang pencinta gaya di kalangan kita, penggayaan rambut keriting kini kembali popular sejak kebelakangan ini dengan ramai wanita di seluruh dunia memilih dandanan yang nampak besar atau tampil ‘kusut’ dan mengetepikan rambut lurus dan rapi, apabila keluar berhibur dengan teman, semasa menghadiri acara formal ataupun untuk ke pejabat mahupun ke kelas. Namun, ramai wanita merasakan ia sukar untuk mencipta semula gaya seperti di salun dan mendapati alat menggaya di rumah tidak mudah digunakan, selain risau jika ada kerosakan tidak diketahui pada mahkotanya.
Philips Malaysia hari ini memperkenalkan alat dandanan rambut inovatif terkini, direka untuk membolehkan wanita meraih gaya keriting ala salun tanpa perlu keluar dari rumah, ataupun ketika berada di mana-mana saja. Philips StyleCare Prestige Auto Curler hadir dengan teknologi terkini bagi menggulung rambut yang bukan sahaja boleh menghasilkan rambut keriting terunggul malah selamat dan tidak merosakkan rambut.
Philips StyleCare Prestige Auto Curler adalah alat dandanan inovatif yang dinantikan yang berupaya menawarkan kepada wanita satu peningkatan dalam rejim dandanan mereka melebihi apa yang ada sebelum ini. Kami sedar bahawa gaya keriting adalah rias rambut idaman wanita di mana saja, dan ramai wanita mahu memperolehnya tanpa perlu mengunjungi salun. Dengan Philips StyleCare Prestige Auto Curler, wanita kini boleh mendapat rambut bergulung yang diingini, di rumah dan di mana saja.
Namun, mencipta gaya keriting secara konsisten dari depan ke belakang kepala agak mencabar, kerana wanita tidak mempunyai medan pemandangan atau kecapaian yang sama bila mendandan rambut sendiri, berbanding menggunakan jurudandan di salun. Justeru, Philips StyleCare Prestige Auto Curler adalah alat yang bagus untuk membantu wanita mengatasi cabaran ini. Cirinya yang inovatif seperti batang menggulung lebih panjang dan pengadang menggulung pintar dapat membantu wanita mencipta gulungan keriting melantun cantik, mempunyai bentuk sekata dan tahan lama, untuk gaya mirip dandanan profesional di salun.
Philips StyleCare Prestige Auto Curler dijual pada harga RM629 dan boleh didapati di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya dan di Pulau Pinang; di rangkaian rakan runcit dan pengedar di seluruh negara, dan secara dalam talian menerusi Kedai Dalam Talian Philips di http://www.shop.philips.com.my/ ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
This website uses cookies.