Persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan menjadi bertambah teruk terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai alahan. Gangguan alahan bukan hanya dialami oleh orang dewasa malah golongan kanak-kanak. Alahan awal yang dikenali sebagai alahan rhinitis ini akan menjadi lebih serius sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Ads

Di Malaysia, punca biasa yang mendorong alahan ialah hama daripada habuk rumah, debu pencemaran serta pengambilan makanan-makanan tertentu seperti udang dan ketam. Derita alahan bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarganya, malah boleh mempengaruhi emosi pelbagai pihak.

Terdapat pelbagai jenis alahan yang telah dikenal pasti. Antaranya seperti dermatitis atopik atau ekzema atopik, alahan rinitis, resdung, urtikaria dan asma. Alahan rhinitis merupakan sejenis alahan yang paling biasa ditemui. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 10%-30% daripada individu di dunia, atau lebih kurang 400 juta orang yang menghidap alahan rhinitis. Ia menjejaskan ramai individu dari pelbagai negara tanpa mengira kumpulan etnik dan peringkat umur. Antara masalah keradangan hidung yang terjadi ialah bersin, nasal yang tersumbat dan berhingus.

Kerap Bersin & Hidung Tersumbat, Tanda Serangan ALAHAN RHINITIS! Cegah Sebelum Parah

Individu yang mengalami masalah alahan rhinitis biasanya akan mengalami gangguan nasal yang kronik. Hidung akan mudah tersumbat dan mengalami inflamasi apabila terdedah kepada alergen. Ini seterusnya akan menyebabkan resdung. Resdung pula akan menyebabkan keradangan pada sinus (kaviti dalam rongga hidung) serta mengakibatkan penghidapnya mengalami simptom seperti rasa tersumbat di bahagian wajah, sakit kepala, sakit telinga dan sukar tidur.

TERAPI

Antihistamina telah digunakan sebagai rawatan utama untuk menyekat simptom alahan sejak berdekad-dekad lamanya. Namun ubat-ubatan seperti ini mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri lebih-lebih lagi pada tahap neuropsikiatri seperti kecenderungan untuk membunuh diri, kemurungan, mimpi ngeri, tingkah laku yang agresif, halusinasi dan insomnia. Kesannya sering diabaikan dan dianggap sebagai tekanan biasa walhal ia boleh membahayakan diri.

Ads

Sekiranya anda sering menghadapi masalah alahan, menjadi terlalu sensitif kepada alergen atau sering memerlukan ubat untuk mengawal simptom alahan, maka inilah masanya untuk mengembalikan keseimbangan dan kecekapan sistem imunisasi anda kepada keadaan optimum secara semula jadi. Ia juga membawa pendekatan semula jadi untuk mengawal keadaan alahan seperti alahan rhinitis, resdung, urtikaria dan konjunktivitis serta berbeza dengan tindakan antihistamina.

Kerap Bersin & Hidung Tersumbat, Tanda Serangan ALAHAN RHINITIS! Cegah Sebelum Parah

Ads

Yang pasti, kadar kesedaran masyarakat terhadap alahan hari ini masih belum memuaskan. Disebabkan faktor ini, ramai pesakit tidak mendapatkan diagnosis doktor atau rawatan lebih awal sehingga menjurus kepada pelbagai masalah seperti sakit kepala, gangguan tidur, kurang daya tumpuan, lelehan hingus, dan sesak nafas.

FAKTA PENTING!

  • Alahan rhinitis sebenarnya berpunca daripada habuk-habuk di dalam rumah dan juga persekitaran termasuklah asap rokok dan tidak terkecuali makanan, ubat-ubatan dan susu tepung.
  • Elakkan atau jauhkan anak-anak daripada terlalu rapat dengan haiwan peliharaan seperti kucing, kerana bulu binatang boleh menyebabkan alahan rhinitis. Begitu juga persekitaran dalam rumah seperti permaidani yang mudah mengumpul habuk.
  • Mereka yang sememangnya mempunyai penyakit alahan, elakkan atau jauhi benda-benda yang boleh menyebabkan alahan terjadi.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI