Secara faktanya, buang angin atau kentut menandakan usus kita sihat dan sistem pencernaan juga berfungsi dengan normal. Ia terjadi disebabkan oleh pembentukan gas berlebihan di saluran pencernaan dan usus yang dilepaskan menerusi anus.
Komponen utama kentut ialah gas yang tidak berbau seperti oksigen, hidrogen, nitrogen, karbon dioksida dan methane. Secara normal, kekerapan membuang angin sekitar 15-20 kali setiap hari. Tetapi jika terlalu kerap serta melebihi kekerapan tersebut ia dianggap tidak normal. Apa puncanya?
SEMBELIT
Seseorang yang mengalami sembelit pasti merasakan angin akan sering keluar. Secara teori, ada ruang kecil yang terbuka untuk laluan gas keluar dari perut. Cuma baunya mungkin akan lebih menusuk hidung dan tidak boleh diselindungkan lagi.
KANSER
Khususnya bagi penghidap kanser usus besar dan perut akan lebih kerap mengeluarkan angin dari perut. Pengeluaran angin atau gas yang berlaku secara berterusan menandakan adanya penyakit kanser di dalam perut.
PENUAAN
Penambahan usia juga berpengaruh lebih buruk yang mencetuskan pengeluaran gas dalam badan. Bertambahnya usia seseorang sering kali tidak seimbang dengan penghasilan air liur dalam jumlah besar bersama cairan pencernaan. Potensi bakteria memproses fermentasi karbohidrat yang masuk ke dalam usus juga menjadi lebih tinggi.
ANOREKSIA
Seseorang yang sedang mengalami anoreksia turut berpotensi besar untuk mengalami kekerapan membuang angin. Ketiadaan makanan yang mengisi perut boleh menyebabkan usus mengecil sehingga memudahkan udara dan gas terkumpul di dalam perut. Begitu juga dengan bakteria.
SELEPAS MELAHIRKAN
Sesaat selepas seorang wanita melahirkan bayi, otot yang terdapat di sekitar anus serta saraf berpotensi mengalami kerosakan. Ini menyebabkan seseorang itu menjadi lebih sukar dalam menahan buang angin. Perut yang kembung menjadi masalah dan kajian mendapati kira-kira 25 peratus wanita yang selepas lima bulan melahirkan bayi akan kerap membuang angin. AMY MOHD