Percaya tidak, masalah mata lesu dan keletihan paling kerap dialami para ibu dan wanita berkerjaya?
Hakikat gaya hidup kita yang sentiasa sibuk, kurang tidur dan kerap menatap skrin gadget menjadikan wajah kelihatan lebih tua, gara-gara mata yang keletihan.
Lebih-lebih lagi sejak penggunaan skrin komputer, tablet dan telefon pintar semakin meluas. Selain untuk bekerja, kita juga ‘terpaksa rela’ memantau pembelajaran anak secara maya di rumah. Itu belum lagi kalau menonton drama Korea, melayari media sosial atau membeli-belah secara online!
Menurut pakar kulit, genetik juga boleh menjadi penyumbang masalah di bahagian mata. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk merawatnya?
(a) Pencuci Solekan Mata
Pertama sekali, elakkan pembersih muka biasa untuk mencuci eyeshadow dan maskara. Ia juga tidak diformulasi untuk bahagian kulit mata yang sensitif, malah tidak berkesan menanggalkan sisa solekan dengan baik.
(b) Guna Produk Khusus Untuk Mata
Penjagaan mata mungkin kedengaran tidak penting. Apa lagi untuk berbelanja produk yang khusus untuknya. Tanggapan ini salah tau, kerana kulit di sekeliling kelopak mata berbeza daripada kulit muka yang lain. Antara produk wajib ialah pencuci solekan khusus, serum dan krim mata.
(c) Rehatkan Pandangan
Tidur mesti cukup 6 – 8 jam sehari dan pastikan anda tidak terlalu lama melihat skrin. Jika mata terasa berat, segeralah berehat atau tengok persekitaran hijau. Boleh juga manjakan mata yang penat dengan masker, hirisan timun atau uncang teh.
(d) Urutan Dan Senaman
Ini langkah paling penting selepas regim menyapu krim mata. Amalkan senaman mata dan urutan lembut bagi menghilangkan masalah bawah mata dengan berkesan.
REVOLUSI BARU
Baru-baru ini Nona berpeluang mencuba FOREO Iris, peranti pengurut mata dengan teknologi T-Sonic dari Sweden untuk mengatasi masalah kulit mata dengan mudah.
Selama menggunakan FOREO Iris selama dua minggu, beberapa perbezaan drastik dapat dilihat dengan ketara. Masalah bawah mata selesai, kedut-kedut berkurangan dan paling penting, kulit yang nampak sembap dan lesu selama ni, hilang!
Menariknya, peranti comel ini berfungsi seperti kaedah tradisional iaitu tepukan jari. FOREO Iris juga mengurut kulit mata kita dengan teknologi T-Sonic, bayangkan rawatan hebat bagaikan juruterapi profesional di rumah!
Penggunaan setiap pagi dan malam selepas pemakaian krim mata dapat merangsang peredaran darah, meningkatkan oksigen dan mengurangkan tanda-tanda penuaan serta keletihan mata. Ia juga selesa dan merehatkan mata.
Kini FOREO Iris menjadi antara barangan ‘keperluan’ baru untuk penulis bagi menjaga kecantikan mata. Ia direka dengan kemasan ultra-hygienic dan lembut bagi memastikan tiada bakteria. Kelajuan tepukan juga boleh dilaras sesuai dengan keselesaan kita.
Nak bawa ke mana-mana pun senang, saiznya comel, senang untuk dicas dan kalis air. Nak beli FOREO Iris secara online pun senang iaitu di FOREO Official Store Lazada atau Sephora.
(e) Pemakanan Sihat
Akhir sekali, tingkatkan pengambilan vitamin yang baik untuk mata. Contohnya diet yang mengandungi lobak merah, beri biru dan aprikot.