‘KERETA BARU BUAT AYAH’, Kejutan Istimewa 8 Beradik Ni Buat Netizen Menangis Sama!

Berderai air mata tengok reaksi bapa ini saat menerima hadiah kereta baru daripada anak-anak. Walau hanya sekadar melihat menerusi alam maya, tapi riak wajah bapa bertuah ini sudah cukup membuatkan netizen merasai perasaan yang dialaminya ketika itu. Allahu, bersyukurnya dikurniakan anak-anak yang prihatin dan mengenang jasa.

Menerusi video yang dimuat naik Nor Haliza Samsudin yang kini mencecah lebih sejuta tontonan, bapanya Samsudin Zainuddin dan ibu, Nor Hayati Abdul Talib kelihatan terpinga-pinga saat membuka kota berisi kunci yang diserahkan kepada mereka. Tak sedar ‘hadiah’ yang bakal diterima, reaksi kedua-duanya berubah apabila sebuah kereta Perodua Axia memasuki perkarangan rumah.

Tindakan si ayah yang beberapa kali mengesat air mata turut membuatkan semua yang menonton video ini menangis gembira.

Kongsi anak kedua daripada lapan beradik, Nor Haliza Samsudin di Facebooknya, “Kami adik-beradik tak sampai hati tengok ayah bawa kereta lama. Air cond tak ada, banyak yang rosak, tak selesa. Sedangkan kami semua naik kereta yang selesa. Maka, perancangan demi perancangan untuk buat surprise.

Dan akhirnya, 9 Mei 2018, sempena hari mengundi dapat juga kami semua berkumpul untuk serahkan kereta untuk ibu dan ayah. Bukan kereta mewah kami dapat belikan, hanya kereta kecil ikhlas dari jiwa kami yang besar untuk ibu ayah tersayang. Maaflah ibu ayah, banyak sangat kami terpaksa ‘menipu’ untuk buat suprise

untuk ibu ayah.

‘Biar 1 dunia membenci, kami tetap di sisi’. Ayat ayah semalam, ‘Ayah tengah mandi pun terasa nak nangis, tersenyum sendiri.”

Ketika dihubungi, Haliza turut memberitahu pemberian istimewa ini dah lama dirancang. “Kami start plan nak hadiahkan pada ibu ayah memang dah lama. Tapi cuma angan-angan je sebab kami bukan jenis berkemampuan sangat. Bila dengar ayah cerita kereta selalu rosak, terus kami bincang secara serius pada 16 April lalu dan sepakat untuk sama-sama belikan ayah kereta yang kebetulan sempena ulangtahun perkahwinan mereka pada 13 April 2018.”

Baiknya hati lapan beradik ini. Ternyata, bukan hadiah yang menjadi ukuran kebahagiaan tetapi ingatan mereka terhadap jasa ibu dan ayah meskipun jauh di sudut hati pasangan suami isteri ini untuk meminta-minta bantuan daripada anak-anak. Moga kenangan manis keluarga ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus berbakti dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kita. InshaAllah.

Sumber: Facebook Nor Haliza Samsudin Jrm

 

 

 

Share
Published by
Suzi