Musim Tahun Baru Cina sudah hampir bermula. Rata-ratanya mulai sibuk merancang perjalanan, sama ada pulang beraya di kampung atau bercuti dengan orang tersayang. Bagi yang memandu, inilah masanya menuju ke PUSPAKOM berdekatan – pastikan kereta selamat dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma!
Ads
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula 11 hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets, PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
“Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baru Cina.
PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan.
Ads
PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh.
Ads
Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat, VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa.
Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi.” Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terharu melihat usaha kerajaan Jepun terhadap kebajikan umat Islam ketika melancong di sana. Meskipun ia bukanlah negara Islam namun inisiatif sedemikian membuktikan penghargaan dan penghormatan mereka kepada seluruh penganut Islam seluruh dunia sepanjang berada di bumi bertuah tersebut. MasyaAllah, besarnya nilai Islam di mata masyarakat Jepun!
Tak dinafikan, rata-rata pelancong beragama Islam yang pernah bertandang ke negara matahari terbit ini selesa dengan persekitaran di sana. Mana tidaknya, budaya dan amalan yang diterapkan masyarakat Jepun cukup dekat dengan Islam terutamanya apabila melibatkan soal kebersihan. Dari orang dewasa sampai kanak-kanak, semuanya sangat disiplin dan menghormati di antara satu sama lain.
Bakal menjadi tuan rumah bagi temasya sukan terbesar, Olimpik Tokyo 2020… pelbagai persiapan telah dilakukan dan salah satunya ialah kewujudan masjid bergerak ini. Difahamkan ciptaan trak yang diubahsuai menjadi masjid bergerak tersebut sudah diumumkan sejak tahun lalu lagi. Semuanya gara-gara rasa prihatin dengan masalah umat Islam mendirikan solat.
Dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak ruang solat menjelang Olimpik Tokyo tidak lama lagi, trak masjid bergerak ini turut dilengkapi dengan pintu masuk dan tangga menuju ke ruang solat selain mempunyai kemudahan paip untuk berwuduk serta mampu menampung sehingga 50 jemaah.
Buat masa ini, belum ada lagi laporan berhubung berapa banyak masjid bergerak disediakan dan ditempatkan di tempat-tempat tertentu… bagaimana pun kini masjid bergerak berkenaan diletakkan di Stadium Toyota di Toyota City, Nagoya.
Jujurnya, rasa bangga dengan usaha Jepun ini! Moga Islam terus harum dan dihormati bukan saja di Jepun tapi juga di serata dunia.
Sumber: Have Halal Will Travel
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Girl power!! Itu yang dapat disimpulkan tentang pelakon jelita Kate Winslet. Kate yang sebelum cukup popular menerusi filem malar segar ulung, Titanic berjaya memecahkan rekod menahan nafas di dalam air selama 7 minit, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Tom Cruise selama lima minit dalam filem Mission Impossible 5: Rogue Nation.
Memegang watak Metkayina dalam filem Avatar 2: The Way OF Water, Kate yang juga pernah memenangi Anugerah Oscar menerusi filem The Reader itu menuntut pelakon ini menjalani pengambaran di dalam air dan menahan nafasnya selama 7 minit, sekaligus memadamkan rekod yang sebelum ini pernah dipegang oleh Tom Cruise.
Aksi Tom Cruise yang menahan nafasnya selama 5 minit dalam filem Mission Impossible 5
Menerusi beberapa keping gambar yang viral di media sosial, kelihatan Kate berada di dalam sebuah tangki yang dipenuhi air sambil menyarung sehelai sut dengan kepak seakan-akan mengambarkan makhluk yang dilakonkan dalam Avatar 2.
Menerusi tembual Kate bersama The Hollywood Reporter, Kate berkongsikan pengalamannya “Saya dituntut untuk belajar cara menyelam bebas dalam menyempurnakan peranan saya dalam Avatar. Anehnya, saya boleh bergantung pada kemampuan saya sendiri untuk menahan nafas selama itu. Entah bagaimana, saya langsung tidak takut ketika itu.”
Kredit foto: Instagram @entertainmenttonight
Winslet juga mengakui tidak terfikir untuk memadamkan rekod yang dipegang Tom Cruise. Jelasnya, dia hanya ingin mengalahkan rekod yang dipegang dirinya sendiri.
Ini merupakan kali kedua Kate bekerjasama dengan pengarah filem James Cameron. Kali pertama mereka bergandingan adalah menerusi filem terkenal Titanic. Avatar 2 kembali selepas 13 tahun dari filem pertama.
Kate bersama James Cameron, pengarah filem Avatar 2: Teh Way Of Water
Filem ini meneruskan legasi kisah Jake Scully (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) ketika mereka mengembara merentasi lautan Pandora dan bersemuka dengan puak penghuni laut yang dipanggil Metkayina, di mana mereka bertemu dengan Na’vi, salah seorang daripadanya dilakonkan oleh Kate Winslet. Avatar kini sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan dengan anda.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuatnya aura dan pesona Noor Neelofa Mohd Noor! Selepas menawan kota eropah dalam New York dan Milan Fashion Week, kali ini pengasas Naelofar Hijab sekali lagi mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai salah seorang penerima anugerah Influencer Awards 2019 Monaco. Penampilan Neelofa yang anggun mengayakan busana putih salju nyata berjaya memukau pandangan hadirin dalam majlis berprestij tersebut.
Berlangsung di Monte Carlo, Monaco semalam… anak kelahiran Kelantan ini menerima pengiktirafan di Influencer Awards 2019 bagi kategori Entrepreneur. Sambil melahirkan rasa teruja dengan penganugerahan tersebut, Neelofa mengakui kehebatan juri dan calon yang bertanding datang dari seluruh pelosok dunia.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah. Ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa.”
Tambah Neelofa lagi, bisnes hijab yang diusahakan sejak tahun 2014 berkenaan telah membuka peluang kepadanya untuk mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia. “Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah, membawa kepada kewujudan jenama Naelofar.
Pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini. Sejujurnya, saya rasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya mempromosikan Malaysia dan modest fashion kepada orang luar,” ujarnya.
Influencer Awards 2019 Monaco kini memasuki tahun kedua selepas penganjurannya pada tahun lalu berlangsung dengan jayanya. Untuk makluman, anugerah ini direalisasikan Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa lagi individu lain termasuk Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Mengintai kemeriahan Influencer Awards tahun lalu yang diadakan pada 7 Oktober 2018, sebanyak 27 anugerah telah diberikan kepada usahawan, selebriti dan anak seni yang meraih pencapaian membanggakan dalam kerjaya masing-masing di seluruh negara. Antara pemenang pada majlis tersebut termasuk blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurusolek Kim Kardashion, Mario Dedivanovic bagi kategori Make-Up Artist influencer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna Rasa Ramadan: Bufet iftar istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts. Bulan Ramadan bakal tiba, membawa bersamanya semangat kebersamaan dan kemeriahan iftar yang...