Kereta Terbakar 4 Tahun Lalu & Tak Mampu Beli Baru, FAUZIAH NAWI Sebak Terima Anugerah & Kejutan Kereta!

Rezeki tak pernah salah alamat. Ikut sebak menyaksikan kemenangan seniwati Fauziah Nawi yang dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022. Ditemani cucu tersayang ke pentas untuk menerima anugerah, Fauziah yang anggun berbusana tradisi kurung mendapat tepukan gemuruh penonton pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022).

Penghargaan itu diberikan kepada Fauziah Nawi atas penglibatannya selama lima dekad dalam industri hiburan tempatan. Meskipun pada awal pembabitan sebagai anak seni mendapat halangan daripada bapa namun kerana jiwa seni menebal dalam diri, pelakon veteran ini nekad mewarnai dunia seni negara.

Bersyukur dengan kurniaan dari ilahi, Fauziah menyifatkan dia tidak pernah mengimpikan pengiktirafan sedemikian sepanjang bergelar anak seni.

Credit Instagram @fauziahnawi
Credit Instagram @fauziahnawi
Credit foto BERNAMA

“50 tahun lalu saya masuk dalam industri, saya tak pernah terfikir tentang memenangi anugerah. Malam ini saya berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini.”

Selaku penerima Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah turut membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Majlis penyerahan anugerah disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Bagaikan sudah tertulis rezeki miliknya malam itu, aktres berusia 69 tahun tersebut turut dikejutkan dengan hadiah sebuah kereta daripada penaja EON. Dengan raut wajah terkejut dan air mata yang bertakung menahan sebak, kelihatan Fauziah mengesat air matanya saat menerima replika kunci kereta Mitsubishi Xpander.

Credit Instagram @fauziahnawi
Credit Instagram @fauziahnawi
Credit Instagram @fauziahnawi

Lebih menyentuh perasaan hadirin apabila wanita berjiwa cekal ini memberitahu dia menginginkan sebuah kereta selama ini memandangkan kereta yang digunakan sudah terbakar.

Malah, Fauziah turut mendedahkan dia mengikuti cabutan bertuah anjuran FINAS tidak lama dulu hanya kerana mahu memenangi hadiah kereta.

Namun, tanggal 30 Oktober 2022 sudah tertulis rezeki miliknya menerima wang tunai RM10,000 dan kereta Mitsubishi Xpander yang dianggarkan mencecah RM100,000. MashaAllah, Allah Maha Baik!

“Sebenarnya Allah sangat baik dengan saya. Saya dah tiada kereta dah, terbakar empat tahun lalu. Saya takkan mampu beli kereta baru, mesti tak lepas loan sebab saya dah tua. Akhirnya Allah makbulkan doa saya.”

 

 

Share
Published by
Suzi