Tanggapan orang kita tidak mampu nak ubah apatah lagi apabila mereka membuat spekulasi yang berlebih-lebihan. Walau apa-apa pun Sharifah Rose tetap positif dalam segala cabaran yang di tempuhi.
Sejak namanya melonjak naik di dalam industri tanah air empat tahun lalu, Sharifah Rose kini giat aktif dalam dunia lakonan. Kecaman demi kecaman bukan menjadi satu penghalang buatnya untuk teruskan lagi dalam kerjaya ini.
Berpijak Di Bumi Nyata, Personaliti Unggul Sharifah Rose
Sharifah Rose, 25, kini telah berjaya melakar namanya di dalam industri lakonan sejak mula bergiat pada tahun 2019 dalam ‘Cerita Hantu Asrama’ siaran di Astro Prima. Bukan setakat itu sahaja, dia juga masih meneruskan lagi dalam bidang ini dengan drama-drama yang baru.
Terdahulu, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira atau lebih gemar di kenali sebagai Sharifah Rose merupakan seorang personaliti media sosial atau influencer yang cukup terkenal di kalangan remaja.
Meski, perubahan dari seorang personaliti media sosial kepada pelakon menjadi sorotan dan buah mulut warganet buat seketika, namun, Rose dengan tenang menghadapi perubahan itu.
“Personaliti Rose yang bawak Rose sampai ke tahap ini. Jadi memang Rose takkan ubah personaliti ini,
“I memang start dari bawah dari influencer ke pelakon. I work from the bottom dan naik slow-slow,
“I already accept kecaman yang di terima. Dari dulu lagi sentiasa di kecam ini, tetapi what I’m gonna do is to make the best out of it. Try evaluate diri and improve apa yang boleh.” jawabnya apabila di soal mengenai reaksinya terhadap kecaman yang di terima.
Enggan Ambil ‘Short Cut’ Untuk Berjaya
Katanya lagi meski pun menjadi seorang personaliti media sosial, dia tidak pernah menyalah gunakan namanya untuk mencuri peluang. Keyakinannya yang membuatkannya berjaya melakarkan nama dalam industri.
“Orang yang ikut perkembangan Rose tahu what ever Rose experience its for me,
“Apa achievement yang Rose sudah tempuhi, itu hanya Rose sahaja tahu bagaimana peritnya. Itu biarlah semuanya hanya untuk kemenangan bagi diri Rose.” apabila di soal mengenai kerjayanya.
View this post on Instagram
Rose juga akui dia juga tidak mensia-siakan masa yang ada jika berada di set penggambaran untuk menimba ilmu lakonan. Dia jelaskan bahawa lakonannya juga banyak di bantu oleh rakan-rakan artis yang lain untuk membaiki lagi bakat yang ada.
“Dulu Rose memang susah nak menangis, nak keluarkan air mata itu memang sangat sukar. Nak kena take time,
“Tetapi bila dah mula praktis, tengok reference, join class, ada juga bertanya dengan pelakon-pelakon veteran di set untuk tunjuk ajar.” ujarnya.
Sharifah Rose juga bukan sahaja personaliti media sosial dan pelakon, malah, dia juga merupakan seorang usahawan bagi peniagaan tudung iaitu IniHariRose. Dia di temui pada majlis peragaan ‘ready-to-wear‘ Bridal Collection RR di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber gambar: Instagram Sharifah Rose