Sejak PKP lalu ramai para ibu berkerjaya terpaksa bekerja dari rumah. Sekolah dan taska pula ditutup untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19. Tentunya sangat mencabar apabila membuat kerja pejabat di rumah di samping anak-anak yang masih kecil.

Kerja Pejabat TERGANGGU, BEKERJA DARI RUMAH Cabaran Baru 2020. Ini TIPS Untuk Anda!

IKLAN

Beberapa tips ini boleh digunakan untuk mengurangkan stres anda di rumah:

BINA ‘RUANG’
Anda memerlukan masa untuk berehat dan menguruskan kerja-kerja pejabat serta mengendalikan anak-anak pada masa sama. Pastikan anda atur ruang peribadi untuk berehat.

  • Sediakan masa yang secukupnya untuk anda dan anak-anak berehat. Anda boleh berjalan sekeliling rumah atau mungkin melakukan senaman ringan selama 10 minit bersama mereka. Paling menyeronokkan, sediakan snek ringan di atas meja makan dan nikmatinya bersama. Berborak sedikit untuk menghilangkan stres.
  • Untuk diri sendiri: Kesihatan anda sangat penting. pastikan anda memilih makanan yang sihat, minum banyak air dan bersenam secukupnya.
  • Untuk kerja pejabat: Ciptakan satu ruang fizikal yang menhalang anda melihat kerja-lerja rumah (sorokkan bakul bakul baju kotor atau baju menggunung yang belum dilipat dari pandangan mata).

Kerja Pejabat TERGANGGU, BEKERJA DARI RUMAH Cabaran Baru 2020. Ini TIPS Untuk Anda!

JANGAN LETAKKAN HARAPAN TINGGI
Membuat perubahan ketara dari bekerja di pejabat dengan bekerja dari rumah bersama anak-anak. anda cuba yang terbaik untuk memastikan kedua-duanya diletakkan secara seimbang.

Sama ada anda perlu bekerja bermula jam 9 hingga 5 atau anada boleh menyiapkan kerja-kerja pejabat mengikut tempoh masa, ia bergantung kepada perbincangan bersama majikan.

Kerja Pejabat TERGANGGU, BEKERJA DARI RUMAH Cabaran Baru 2020. Ini TIPS Untuk Anda!

GUNAKAN TEKNOLOGI
Terlalu banyak teknologi boleh digunakan untuk mengurangkan bebanan kerja. Pengurusan masa, pengehad masa skrin, mengehad media sosial dan mengawal anak-anak menggunakan peranti teknologi.

Anda boleh melihat penggunaan screen time untuk anak-anak dari sisi lebih positif. Gunakan masa itu untuk anda siapkan kerja-kerja pejabat. Jika boleh, jangalah terlalu awal menawarkan anak-anak menonton TV, biarkan mereka bermain seketika sehingga mereka berasa bosan.

IKLAN

Atau, anda juga boleh set jam penggera pada telefon bimbit untuk memastikan anda tidak terlalu terbuai dengan masa.

Kerja Pejabat TERGANGGU, BEKERJA DARI RUMAH Cabaran Baru 2020. Ini TIPS Untuk Anda!
PERANCANGAN AWAL
Tak kisahlah jika perancangan anda tidak menjadi. Asalkan ia sudahpun ditulis dengan baik sehari sebelumnya. Bagaimana?

  • Gunakan masa yang paling anda selesa untuk membina jadual harian (bangun awal pagi sebelum anak-anak atau anda boleh melakukannya lewat malam selepas mereka tidur!)
  • Fikirkan cara bagaimana untuk membahagikan masa bersama anak-anak dengan pasangan anda.
  • Jadualkan naptime atau quite time untuk anda fokus pada kerja
  • Cuba belajar untuk bekerja dengan lebih bijak

Ini adalah cara untuk anda dapat tidur lebih baik:

1. Badan masih penat walaupun baru bangun tidur

IKLAN

Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika anda bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna anda kurang tidur. Maka dengan itu anda harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

2. Set alarm lebih daripada satu

Setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm di-set. Jika mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara automatik akan bangun sendiri pada waktu yang anda ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.

3. Tak boleh survive tanpa kafein

Oleh kerana mengantuk anda pasti mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang anda ambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa kata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI