Tatkala buntu mencari pekerjaan, kerjaya sebagai Grab Driver ibarat ‘peluang kedua’ untuk wanita ‘yang bukan saja mampu ubah kehidupan bahkan jana pendapatan anda’ bak kata Perunding Kewangan terkenal, Aisya Rahman.
Jemputan eksklusif menghadiri Masterclass #SisBoleh Kuasai Kewangan yang berlangsung pada 14 November 2024 di ibu pejabat Grab Malaysia, menyerlahkan pelbagai inisiatif syarikat perkhidmatan e-hailing tersebut khususnya terhadap pemerkasaan wanita.
Dianjurkan dalam suasana kasual dan santai, Masterclass yang dihadiri oleh komuniti Grab Driver wanita terdiri Rakan-Pemandu dan Penghantar Wanita Grab itu juga sarat dengan tiga pengisian berilmu tentang keselamatan, kursus & kemahiran serta komuniti.
Tekad untuk terus merancakkan ekonomi gig di negara ini, Grab berusaha menawarkan peluang pekerjaan yang fleksibel dalam suasana selamat untuk wanita. Pendapatan yang dijana sebagai Grab Driver bukan saja dapat membantu keluarga, malah mampu ubah kehidupan seseorang melalui pekerjaan yang baik.
Tambah bermakna, sesi Masterclass #SisBoleh Kuasai Kewangan dikendalikan oleh perunding kewangan terkenal, Aisya Rahman.
Antara topik hangat yang disampaikan adalah:
Menangani trauma wang.
Menguruskan aliran tunai – Cara menyelesaikan hutang dan menjana pendapatan melalui peluang kerjaya di Grab.
Ada masa yang fleksibel dan tak rasa terbeban, itulah antara faktor Mariah Ton Kiptiah Abd Manap berkecimpung dalam kerjaya ini selama tujuh tahun (sejak 2017) secara sepenuh masa. Wanita berusia 53 tahun dari Sg Buloh, Selangor itu juga teruja dapat menambah pendapatan keluarga melalui Grab.
“Saya dan suami merupakan pasangan PJJ. Dia pulang sebulan sekali kerana mencari rezeki di Johor. Jadi saya memandu Grab untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu suami menanggung keperluan anak-anak kami seramai empat orang.
Dalam masa yang sama, saya seronok bawa Grab kerana fleksibiliti masa, dapat jumpa kawan, ikut aktiviti Grab RRC dan timba ilmu baru macam ni,” ujar Mariah. Mampu mencapai untung bersih sehingga RM150/hari, anak jati Tanjung Karang itu mengaku enggan ‘memaksa diri’ bekerja berlebihan meskipun mampu berbuat demikian.
Demi masa depan, segala perbelanjaan Mariah hasil memandu Grab disusun dengan teratur. “Mesti ada simpanan dan insurans sebab kita tak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Dengan kursus ni dapatlah saya belajar menyimpan dan mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.”
Selain mencari rezeki, memandu Grab juga membantu Mariah dari segi kewangan seperti menyelesaikan hutang-piutang dan menyara pengajian anaknya di universiti. “Duit daripada hasil memandu Grab ni, alhamdulillah cukup bagi menampung keperluannya sehingga habis belajar. Sekarang anak dah bekerja dan dia banyak membantu saya,” ujarnya.
Ads
Mengakhiri perbualan, sempat Mariah berkongsi pengalaman ‘ditipu’ oleh penumpang. “Pernah sekali orang tak bayar. Tapi lepas buat report dan sertakan bukti, Grab bayar balik kerugian saya tu. Untuk keselamatan pemandu wanita pula, kini Grab tawarkan ‘audio protection’ serta pilihan untuk menerima penumpang wanita sahaja,” akhirinya.
Ya, kini pemandu Grab wanita boleh memandu dengan yakin menggunakan ciri baharu yang ditawarkan dalam aplikasi Grab Driver bagi memastikan keselamatan terjamin. Antaranya fungsi:
AudioProtect: Rakaman audio semasa perjalanan.
Kongsi Lokasi Langsung: Pada masa nyata.
Pilihan ‘Women Passengers Preferred BETA’: Pilihan untuk mengambil penumpang wanita sahaja.
Bantuan Kecemasan: Akses pantas dengan hanya satu klik.
Kontak Kecemasan: Perkongsian lokasi dengan kontak.
Merupakan seorang ibu tunggal dan florist sambilan, Nor Ezatul Farrita Shaari baru sahaja menyertai keluarga Grab sebagai pemandu pada tahun 2023. Paling mengagumkan, wanita berusia 46 tahun ini memiliki tiga orang anak yang bijak pandai serta lulusan universiti ternama di Malaysia.
“Alhamdulillah anak sulung saya lulusan UTP, manakala anak kedua masih menuntut di UPM dan yang bongsu di UiTM. Sebagai wanita berumur, saya berada dalam fasa sukar untuk memohon pekerjaan. Antaranya perlu bersaing dengan calon-calon muda. Jadi saya ikhtiarlah cari pendapatan sendiri tanpa harapkan bantuan anak-anak.
Bagi saya mereka juga ada kehidupan dan saya tak mahulah bebankan mereka untuk membantu saya. Syukur dengan kesihatan dan kemampuan bergerak yang Allah bagi, saya masih boleh bekerja sebagai pemandu Grab.
Dulu saya pernah bekerja makan gaji. Kemudian berhenti dan buat bisnes florist di Kuala Lumpur. Sayangnya masa PKP, bisnes merudum dan saya terpaksa tutup kedai. Macam-macam masalah datang bila bisnes rugi, duit simpanan habis, nama masuk CTOS, kereta rosak. Sampailah datang seorang kawan yang sarankan jadi pemandu Grab. Di situlah permulaan saya dalam kerjaya ini,” cerita Ezatul tanpa berselindung.
Sebagai ibu tunggal yang gigih mencari rezeki, wanita ini tetap menggubah bunga secara sambilan sambil memandu Grab. “Masih ada customer yang ambil tempahan bunga dengan saya tapi jujurnya masih tak cukup untuk menampung perbelanjaan. Saya mula memandu Grab pada Disember 2023, masih baru tapi dah banyak saya belajar melalui kursus-kursus yang ditawarkan.
Ads
Tapi yang paling saya suka adalah kursus untuk pemandu Grab wanita seperti ini. Pemandu Grab wanita ramai, jadi dengan program sebegini membolehkan kami berjumpa dan bertukar cerita. Bila Grab kerap anjurkan program, saya dapat kenal ‘rakan sekerja’ saya,” kongsi Ezatul yang kini selesa memperoleh pendapatan RM130 – RM150 sehari dengan memandu kereta jenis Proton Saga.
Antara faktor yang menyeronokkan sebagai pemandu Grab, bagi Ezatul tentu sekali dari segi fleksibiliti masa. “Saya santai-santai saja. Kita sendiri yang plan nak kerja macamana. Kalau tak mahu bawa penumpang warga asing, saya elakkan mengambil di kawasan tertentu. Lebih baik fokus di tempat elit saja. Yang penting setiap hari, kita capai sasaran yang tak merugikan kos minyak dan penyelenggaraan kereta sendiri.”
Mengakui dirinya sebagai seorang yang penakut, Ezatul pernah berdepan pengalaman membawa penumpang warga Nigeria. “Sambil bawa kereta saya asyik berdoa keselamatan diri. Dengar pula dia di belakang berdehem-dehem, saya punyalah berharap supaya cepat dan selamat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah kini ada feature terbaru yang membolehkan kami pemandu Grab wanita memilih penumpang wanita juga pada waktu malam. Ia sebenarnya satu ‘kelegaan’ kerana ramai penumpang wanita juga selesa mendapat pemandu wanita untuk membawa mereka,” akhiri Ezatul sambil menyifatkan Grab sebagai platform yang paling selamat untuk wanita.
Memilih untuk menjadi pemandu Grab wanita secara sambilan, kerjaya pilihan Rasidah Hassim sejak tahun 2020 ini banyak menampung belanja keperluan hariannya. Kata ibu anak dua itu, dia selesa bekerja mengikut keselesaan masa sendiri namun menimba banyak ilmu melalui pelbagai inisiatif yang Grab tawarkan.
“Hari ni melalui program #SisBoleh, saya belajar pasal kewangan sebelum dan selepas bekerja. Ia banyak membantu saya menguruskan hutang daripada terbeban. Saya sebelum ni memang buat kiraan duit keluar-masuk secara bulanan tapi setakat itu sajalah. Jadi dengan step-by-step yang diajar, saya makin faham soal pengurusan wang dengan berhemah,” akhiri wanita berusia 34 tahun itu.
Bengkel #SisBoleh Bersama Grab turut disempurnakan oleh Perunding Kewangan, Aisya Rahman menerusi bicara #SisBoleh Kuasai Kewangan. Dalam sesi tersebut, semua pemandu Grab wanita berpeluang mendapat tip menguruskan duit serta mengembangkan pendapatan secara bijak.
Ads
Kerjaya sebagai Grab Driver ibarat ‘peluang kedua’ untuk wanita ‘yang bukan saja mampu ubah kehidupan bahkan jana pendapatan anda’ bak kata Perunding Kewangan terkenal, Aisya Rahman.
Sebagai tenaga pengajar wanita, Aisya Rahman diberi tugasan untuk mendidik mereka agar lebih celik kewangan. “Kita tahu wanita ni kaum yang sering ditindas. Saya sendiri dibesarkan oleh seorang nenek yang dimadukan. Dalam Islam, bermadu itu tidak salah tetapi ia sedikit sebanyak memberi implikasi dari sudut kewangan. Suami cenderung ‘memilih’ salah satu keluarga untuk ditekankan, dan dalam kes nenek saya sebagai isteri pertama, dia tidak bernasib baik. Ibu saya pula seorang ibu tunggal, jadi sejak kecil saya menjadi saksi pelbagai trauma kewangan yang dilalui oleh dua keturunan.
Bila dah berkahwin, suami saya pula jatuh muflis. Jadi dengan siapa saya nak bercerita tentang perkara ni? Aib, bukan? Tapi itulah yang berlaku 10 tahun lepas, cuma saya tukar kesakitan itu sebagai bisnes saya sekarang. Anda boleh jual apa pada orang yang ada masalah hutang? Kita jual bantuan. Bagi strategi atasi hutang.”
Menurut pengasas program ‘Women & Wealth Workshop’ ini, ramai wanita yang dikenali melalui Grab adalah kenalannya. Jika kelas kewangan lain mengajar tentang cara melabur saham atau promosi kad kredit yang bagus, Aisya pula lebih banyak menggunakan ilmu psikologi dan ilmu agama yang digabungkan untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.
“Saya dah buat program ni selama dua tahun dan saksikan banyak perubahan di kalangan student saya. Majoriti student saya dalam kelas pertama lagi dah menangis. Mungkin sebab saya dah buka balik ‘luka’ yang dah lama dipendam. Sampai bila nak pendam? Dalam perubatan pun, lebih lama penyakit, kemarahan dan trauma dipendam, lebih cepat tubuh badan kita sakit. Muda-muda dah sakit, kita kena tanya trauma apa yang dipendam?” soal Aisya.
Cara Grab mengangkat wanita? “Bagi saya Grab ini adalah peluang kedua. Secara umumnya, Grab menawarkan bahu untuk bersandar. Para pemandu dibayar gaji secara harian dan saya nampak syarikat ini sangat peduli tentang kebajikan partner (pemandu) mereka.
Ramai pemandu Grab wanita terdiri daripada golongan wanita ditinggalkan, ibu tunggal, balu, jatuh muflis dan ada juga caretaker yang menjaga ahli keluarga. Dalam situasi hidup yang mendesak dan hutang bertimbun, ke mana lagi arah tuju mereka? Jadi bila Grab buat event #SisBoleh ni, saya tak sangka jumpa ramai yang sedang dirundung masalah dan tak tahu nak ke mana.”
Akhiri Aisya, kelas ini membuka matanya tentang realiti kewangan yang dialami wanita, khasnya para pemandu Grab wanita. “Grab adalah platform yang sangat peduli tentang nasib wanita. Tanpa mengira siapa anda, baginya kita semua sama. Saya nampak Grab adalah second chance, bukan saja dari segi kehidupan, malah kewangan.”
Yang jelas, inisiatif Grab Malaysia dalam menganjurkan latihan dan bengkel khusus sebegini sangat baik untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri Rakan-Pemandu dan Penghantar Grab wanita.
Kerjaya sebagai Grab Driver ibarat ‘peluang kedua’ untuk wanita ‘yang bukan saja mampu ubah kehidupan bahkan jana pendapatan anda’ bak kata Perunding Kewangan terkenal, Aisya Rahman. Mereka juga dapat membina komuniti yang sihat melalui pelbagai aktiviti dan penghargaan melalui perkongsian kisah-kisah inspirasi dalam #SisBoleh. Syabas Grab Malaysia!
Melirik kepada susuk tubuhnya yang tinggi lampai, ramping serta memiliki senyuman menawan saling tak tumpah seperti ibunya, Puan Sri Normala Samsudin. Dr Ruhila Roslan memiliki pakej lengkap bukan sekadar cantik dan bijak, malah gadis berusia 28 tahun ini punya kerjaya hebat iaitu sebagai seorang doktor gigi.
Dr Ruhila bersama ibunya yang jelita, Puan Sri Normala Samsudin.
Seperti mana gadis lain, Dr Ruhila turut mempunyai impian perkahwinannya yang tersendiri. Bergelar anak kepada figura terkenal sudah tentu ramai yang beranggapan majlis perkahwinannya itu nanti akan kelihatan hebat dan mewah.
Cantiknya Dr Ruhila saling tak tumpah seperti ibunya.
Namun apa yang dikongsi oleh Dr Ruhila ini membuatkan kita akan lebih terpegun dengan sikapnya yang suka merendah diri sekaligus menyangkal tanggapan awal tadi.
“Semestinya saya mengimpikan rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Perancangan awal saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. Namun segalanya berbalik kepada jodoh dan rezeki.
Diharapkan ‘si dia’ yang bakal menjadi suami saya kelak seorang yang setia, memahami, menyayangi keluarga, bertanggungjawab dan mempunyai matlamat untuk berjaya bersama-sama.
Walaupun nanti apabila sudah berkahwin saya mempunyai kehidupan sendiri namun saya tetap mahu berada dekat dengan keluarga. Mereka sentiasa menjadi keutamaan saya.
Bercakap tentang majlis perkahwinan impian, saya sukakan yang ringkas. Saya meminati tema garden wedding yang menyerlahkan elemen nature. Majlis pula tidak perlu terlalu gah kerana yang penting buat mana yang perlu sahaja.
Saya bukannya mahu mengejar gelaran ‘Wedding of The Year’ kerana yang penting perkahwinan itu diberkati dan tak membazir.
IBU SUMBER KEKUATAN
Mama seorang wanita yang kuat. Saya banyak belajar daripada pengalaman Mama termasuk mengambil semangat dan kekuatan yang ada dalam dirinya. Kadangkala terdetik juga di hati saya, adakah saya sekuat Mama?
Banyak nasihat diberikan oleh Mama agar saya menjadi seorang yang kuat terutama apabila menjadi seorang isteri dan ibu kelak.
Susah nak lihat Mama marah atau sedih kerana beliau sentiasa nampak gembira dan bahagia. Saya percaya itu juga salah satu rahsia awet muda Mama selain gemar aktiviti-aktiviti lasak seperti hiking dan traveling. Mama juga gemar bersenam dan berkebun.
Saya dan Mama memang rapat. Kalau duduk berdua tu selalunya kami suka berkongsi cerita dan masalah antaranya perihal kerja saya. Alhamdulillah Mama seorang pendengar yang baik. Mama juga sangat menitikberatkan soal agama. Mama sering berpesan kepada anak-anaknya sentiasa menjaga diri, maruah dan pertuturan.
Bukan sekadar cantik, Dr Ruhila juga seorang gadis yang lasak.
Selain itu, Mama sering mengingatkan saya agar menjaga kesihatan contohnya mengambil vitamin C dan minum air putih secukupnya. Untuk menjadi seorang yang berjaya pentingnya mempunyai tahap kesihatan yang baik.
RAHSIA LANGSING
“Saya tidaklah terlau terikat dengan amalan diet sebab saya jenis yang suka makan. Berat badan pun mudah turun dan naik. Apa yang saya lakukan ialah apabila mula terasa berat badan bertambah saya akan mula kawal makan termasuk bersenam secara teratur dan berjoging.
Kalau berat badan naik selalunya saya akan mudah rasa letih terutama ketika bekerja. Apa yang penting jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Saya juga penggemar sayur-sayuran dan buah-buahan yang dapat membantu mengurangkan rasa lapar.
IMPIAN
Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi iaitu menjadi pakar dalam bidang pergigian.
Mudah mudahan impian saya ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Bukan hanya untuk memenuhi impian diri sendiri malah untuk membuatkan Mama bangga dengan saya,” akhirinya.
Kredit Foto: IG @ruhilaroslan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan kita selepas bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jelas sekali berubah 360 darjah. Kini dunia terasa lebih perlahan. Ruang untuk diri dan keluarga terasa lebih penting, dan sebagai wanita, kita mahu keseimbangan dalam serba-serbinya.
Paling penting sekarang adalah fleksibiliti. Dengan situasi cash flow yang terhad, kita lebih berhati-hati membeli, mahu yang berpatutan tapi tetap hebat, tak membazir dan cantik… Oh, seperti itulah cinta pandang pertama Nona dengan model smartphone terbaharu, HUAWEI nova 7 SE ni.
7 Sebab Jatuh Hati
Kalau anda mencari telefon pintar 5G terbaik yang mesra poket, inilah pilihannya. Dengan harga pasaran serendah RM1,499, menjadikan HUAWEI nova 7 SE sebagai yang paling berpatutan di pasaran negara.
Paling menggiurkan, ada Triple Rewards kalau beli HUAWEI nova 7 SE pada 19 Jun nanti. Dapatkan model ni pada harga RM1,499 dan bawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,256*, hadiah berganda di Karnival HUAWEI AppGallery 2020 dan peluang cabutan bertuah kereta Proton X70!
Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage hingga 15GB setahun, casing nova, HUAWEI Video (kategori Dimsum) selama 3 bulan dan ganjaran Member Center hingga RM1,000!
Tertakluk terma dan syarat*
Amboi, cantiknya warna dan rekaan HUAWEI nova 7 SE! Bersama Pengurus Jenama HUAWEI nova, Isabel Koh, ayuh semak 7 sebab kenapa anda kena dapatkan model hebat ni sekarang.
(1) Warna Mengikut Personalitimu
Rona Space Silver
Wanita memang sukakan keindahan. Sampai kalau cari telefon baru pun, mesti nak yang cantik-cantik dalam warna kesukaan.
Siri HUAWEI nova 7 didatangkan dalam beberapa warna pilihan. Ia juga dilengkapi laminasi berwarna, misalnya model Space Silver ni ada tiga gradien, jadi kalau tengok warnanya berbeza dari pelbagai perspektif.
Warna lain pilihan Nona adalah Crush Green dan Midsummer Purple. Yang pastel tu sangatlah cantik! Macam ni tak pakai casing pun takpe.
Rona Crush GreenRona Midsummer Purple
(2) Lebih Ringan & Tipis Daripada Bedak Padat
Kalau pergi ke mana-mana, smartphone kita memang tempatnya dalam beg tangan. Tak mahulah yang berat-berat, dalam beg tu pun ada macam-macam barang lagi nak bawa.
Jadi bagaimana prestasi Siri HUAWEI nova 7 kalau saiznya begitu kecil dan ringan? Nah, itulah keistimewaan smartphone minimalis ni. Ia sebenarnya direka dengan keupayaan software dan hardware terbaik, bermaksud bukan saja berfungsi luar biasa tapi mampu mengurangkan kegunaan ruang processor.
Ini sekaligus menawarkan saiz motherboard yang lebih kecil untuk telefon yang lebih ringan dan tipis, malah lebih kompak daripada bedak padat kita!
(3) Kamera Berkuasa 64MP AI Kuad
Ini ciri paling penting (untuk wanita) kalau membeli smartphone. Sama ada untuk gambar selfie dan #OOTD, mahupun potret dengan orang tersayang. HUAWEI nova 7 disokong dengan processor hebat Kirin 820, kebolehan AI dan boleh dipercayai untuk merakam gambar berdefinisi tinggi, rakaman waktu malam dan video berkualiti 4K.
Semuanya kerana kamera 64MP AI Kuad! Peminat fotografi pun puas hati dengan lensa smartphone ni, ada juga lensa untuk wide-angle, makro dan bokeh. Patutlah gambar cantik!
Peminat selfie pula gerenti teruja kerana ia dilengkapi kamera depan 16MP dengan kebolehan apertur f/2.0. Gambar lebih terang dan detail untuk momen selfie anda. Terdapat juga fungsi Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman di bawah cahaya malap, tapi hasilnya… wow, mantap!
(4) Ada Fungsi Dual View
Sambil jalan-jalan atau bercuti dalam Malaysia, tentu kita tak mahu ketinggalan banyak momen menarik di sekeliling kita. Jangan bimbang kerana Siri HUAWEI nova 7 mempunyai fungsi mode Dual-View Video supaya anda boleh merakam menggunakan kamera depan dan belakang.
Kamera belakang turut dilengkapi lens makro untuk merakam secara close-up. Jadi bagi ibu ibu yang suka merakam video tu, ini memang untuk anda. Sesuai untuk rakam video anak-anak bermain atau ketika melihat pemandangan matahari terbenam.
(5) Cas Bateri Dengan Pantas
Zaman ni serba-serbi nak cepat, jadi risau pula telefon kesayangan tak cukup bateri dan bertahan sampai ke malam. Terpaksa pula bawa power bank ke hulu ke hilir semata-mata nak cas bateri.
Kini dengan kuasa bateri 4000mAh dan 40W Huawei SuperCharge,smartphone hebat ni mampu dicas semula sehingga 70% dalam masa setengah jam. Nah, hebatkan? Laju sungguh.
(6) Harga Paling Berpatutan
Ini bukan masanya untuk membazir, beli smartphone yang lebih mahal daripada kos ubah suai dapur di rumah. HUAWEI nova 7 SE ni merupakan rangkaian pertengahan pertama yang dilengkapi teknologi 5G tanpa membebankan poket anda.
Walaupun menawarkan fungsi untuk Ratu Fotografi, tapi harganya terjangkau dan langsung tak mencecah RM2,000. Sangat berpatutan, sesuai sangat beli untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk orang tersayang!
(7) Berkongsi Dengan HUAWEI Share & MeeTime
Bagi wanita berkerjaya yang memerlukan kemudahan smartphone fleksi, HUAWEI nova 7 ni mampu berkongsi segala dokumen atau slaid presentation anda sewaktu mesyuarat waima bagi yang masih belajar, di dalam kelas!
Ia dilengkapi aplikasi MeeTime yang menyokong panggilan video 1080p FHD untuk sesama peranti HUAWEI. Dengan teknologi pengesan wajah HUAWEI, ia boleh mengoptimumkan kualiti gambar di bawah cahaya malap dan memastikan kejelasan subjek.
Selain daripada kualiti video yang mantap, HUAWEI MeeTime juga ada fungsi Kongsi Paparan (Screen Sharing) dan Mod Cantik (Beauty Mode). Tak kiralah anda bekerja atau bersuka ria, ia pasti memenuhi segala kehendak gaya hidup yang diinginkan.
Terdapat juga fungsi HUAWEI Share untuk perkongsian fail dengan sangat mudah.
HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova 7
Kredit: HUAWEI
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomik bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun yang berharga RM399 je.
Kemudahan HUAWEI AppGallery
Ya, segala features hebat ini ternyata sangat berbaloi untuk pengalaman pengguna smartphone seperti anda. Lebih moden, menghiburkan dan memberi kepuasan menyeluruh.
Untuk memuat turun kebanyakan aplikasi kegemaran rakyat Malaysia, anda boleh menggunakan HUAWEI AppGallery di dalam siri Nova 7 ni. Dapatkan maklumat lanjut dengan layari (di sini).
Raikan Karnival HUAWEI AppGallery 2020
Karnival HUAWEI AppGallery kini kembali lagi secara besar-besaran! Bermula 19 hingga 30 Jun ini, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tawaran hebat dan rebut peluang untuk memenangi ganjaran lumayan hingga RM2 juta dalam sesi cabutan bertuah.
Tawaran berlangsung di semua HUAWEI Experience Stores (HES) dengan pelbagai hadiah menarik termasuklah tiga buah kereta Proton X70 serta 500 scooter elektrik untuk anda.
Jika pembelian dibuat sebelum 19 Jun ini di HUAWEI Store, anda juga boleh mendapat baucar bernilai RM160. Jadi tunggu apa lagi, jom pergi dapatkan kereta baru anda sekarang.
Ganjaran HUAWEI Member Center
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, selera anda bakal dimanjakan dengan makanan lazat dan pelbagai ganjaran bernilai lebih RM1,000. Bersama rakan kolaborasi seperti AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan sebagainya, pembelian smartphone hebat ni pasti sangat-sangat berbaloi untuk anda!
Peminat game juga boleh mendapat ganjaran baucar The Diamond Royale. Ikut cara-cara ini untuk menebusnya:
Buka aplikasi HUAWEI AppGallery > Pilih tab ‘Gift’ > Tebus hadiah Free Fire ‘Diamond Royale’ > Salin kod
Yang pastinya ramai teruja dengan tawaran hebat HUAWEI ni. Rancang kunjungan anda sekarang supaya tak bersesak atau beratur panjang di HUAWEI Store atau HUAWEI Experience Stores (HES) terdekat.
HUAWEI juga ada sediakan pelan ansuran serendah RM5.20 sehari untuk anda yang sedang berjimat-cermat. Memang tepat sekali pada waktu lepas PKP ni, klik je link ni (https://huaweitogether2020.3ex.com.my/)
Pastikan anda tak ketinggalan pada 19 Jun ni. Untuk info lanjut, layari di sini untuk maklumat lanjut HUAWEI nova 7 SE dan klik di sini untuk peranti HUAWEI yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Virus COVID-19 masih berlegar dalam komuniti. Data Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis pada 1 Mei menunjukkan 80% jumlah kes di Malaysia membabitkan kes sporadik serta menjangkiti paling ramai golongan muda.
Sebagai wanita yang prihatin, kita pasti mahukan keluarga sentiasa dilindungi serta selamat daripada jangkitan virus.
Demi orang tersayang, amalan duduk di rumah, penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta kerap membersihkan tangan, satu lagi cara terbaik adalah mencuci pakaian secara norma baharu.
CUCIAN BEBAS VIRUS
Seperti tangan, pakaian kita juga adalah ‘kenderaan kuman’. Kerana itu penting untuk memastikan proses cucian benar-benar berkesan menyingkirkan virus secara sepenuhnya.
Nona tertarik dengan inovasi pencuci pakaian No. 1 Malaysia iaitu TOP yang memperkenalkan teknologi Advanced Micro-Clean Tech.
Advanced Micro-Clean Tech TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
Ia juga adalah solusi terbaik kepada kebimbangan kita terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang.
Teknologi pencuci pakaian generasi baru ini berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria.
Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Detergen ini menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.
SESUAI PANDEMIK
Wenny Soong
“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati.
Kami sudah biasa menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus.” Wenny Soong, ibu kepada dua anak
Muhammad Syahidee
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan.
Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua.” Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...