Disebabkan kisah kemelut rumahtangganya, nama Puteri Sarah Liyana sentiasa menjadi sebutan dalam topik perbualan ramai.
Pelakon yang juga isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini kembali aktif dalam dunia lakonan. Sebelum ini Puteri Sarah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa selama enam tahun.
Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bergelar suami isteri pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata yang sangat adorable iaitu Syaikhul Islam (6 tahun) dan Sumayyah (4 tahun).
WANITA BERDIKARI
Melihat kepada keperibadian dan perwatakannya, Puteri Sarah tidak hanya cantik bahkan seorang wanita bijak serta pandai berdikari.
Untuk info, graduan Ijazah Pengurusan Hotel dari UiTM Shah Alam ini dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Selain berlakon, Puteri Sarah pernah bergelar model serta duta produk untuk beberapa jenama terkenal.
KELUARGA BUKAN CALANG-CALANG
Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada empat adik beradik di mana dia memiliki dua adik perempuan serta seorang adik lelaki.
Memetik laporan Kosmo! Puteri Sarah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang. Ibu bapanya terlibat dalam bidang kerjaya profesional.
Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea merupakan seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.
Sejak berlakunya krisis rumahtangga, keluarga Puteri Sarah turut menerima tempias apabila mereka dikatakan tidak lantang bersuara mempertahankan Puteri Sarah.
Namun pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini menjelaskan, atas faktor kerjaya profesional keluarganya telah membataskan mereka untuk ke depan.
Puteri Sarah sentiasa mendapat sokongan padu daripada keluarga kandung serta mentuanya, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.
FAIL PERCERAIAN
Terdahulu, kemelut rumahtangga pasangan ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan makin ‘parah’ apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.
Pada 16 Januari lalu Puteri Sarah hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.
Semoga kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik dan dipermudahkan segala urusan Puteri Sarah.
Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Puteri Sarah dan anak-anak. You are superwoman!
Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.