Tak dinafikan sejak mendirikan rumah tangga dan berhijab, kerjaya seni Amyra Rosli makin meningkat naik. Bermula dengan karier lakonan, selebriti cantik ini terus mengembang bakat bergelar duta dan kini diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengacara program televisyen. Program yang dikendalikan pula bukan calang-calang, dah bertapak dalam industri lebih 30 tahun!
“Setiap pengacara Nona ada aura dan style mereka tersendiri. Tahniah buat mereka yang telah menjayakan Nona dengan baik sekali. Terima kasih dan congrats Mira Filzah, u did well!
From MIRA to MYRA. Kini giliran Myra menggalas tanggungjawab menyambung legasi mereka. I am not perfect yet dalam bidang pengacaraan ini tapi Myra yakin dengan mencari ilmu dan usaha, bakat yang ada pasti dapat digilap. InsyaAllah, slowly but surely.”
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 pada 24 Ogos lepas, isteri pelakon Amar Baharin ini tidak hanya memukau peminat dengan rupa paras yang cantik dan sedap mata memandang. Tetapi juga memiliki keperibadian menyenangkan.
Malah, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli seorang wanita yang sarat dengan naluri keibuan. Cara Myra melayan dan mendidik dua cahaya mata penuh dengan kelembutan.
Meskipun sudah beranak dua, bintang drama popular Nur ini cukup pandai menjaga penampilan diri. Mana tidaknya, dari zaman anak dara sampai sekarang maintain ramping dan menawan.
Tengok tubuh langsing Amyra, mesti ramai anggap figura ini seorang pengamal diet tegar. Yang tak makan nasi atau elak makanan bergula. Hakikatnya, Amyra yang ditemui ketika pelancaran produk elektronik tidak lama dulu mengakui dia bukan jenis wanita yang obses kekal ramping. Dia bagaimana pun bersyukur tak berdepan masalah untuk menurunkan berat badan.
“Mungkin juga sebab busy dan letih jaga anak. Myra memang suka makan manis-manis macam aiskrim. Tapi bila Myra dah rasa macam body ada yang tak kena, Myra akan reduce gula selama 3 hingga 4 hari.
Taklah terus elakkan. Tetap makan tapi Myra kawal semua tu bila badan mula rasa tak best.”
Amar yang ketika itu berada di sisi Amyra turut mencelah, “Apa yang saya nampak dia start jaga makan dari 100 hari berpantang lagi. Memang dia jaga sampailah sekarang.”
Pun begitu, baik Amyra mahupun Amar pasangan romantis ini mendedahkan mereka selesa melakukan senaman ringkas hanya di rumah. Menurut aktres cantik ini lagi, suaminya banyak membantu dan memberi semangat untuk bersenam.
Mengulas rutin Amyra sejak bergelar isteri dan ibu, selebriti berusia 30 tahun ini memberitahu dia juga seorang yang suka memasak. Diusik rajin masuk ke dapur hanya setelah berkahwin, sambil tertawa Amyra berkata, “Tak.. sebenarnya dari dulu dah terbiasa ke dapur sebab Myra anak sulung dan tak ada maid.
Sayalah yang kena uruskan adik-adik.Pada saya, pandai, sedap atau tak makanan yang dimasak, belakang kira. Kalau adik-adik nak makan apa-apa, saya google je resipi. Alhamdulillah, jadi.
Mira suka masak dan lepas kahwin pun memang selalu masak. Tapi sejak ada Anaqi, rutin Myra sekarang lebih kepada menjaga dia.”
Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Kredit foto: Instagram Amyra Rosli
This website uses cookies.