Siti Saleha antara selebriti tanah air yang bebas daripada kontroversi. Cukup menjaga privasi dan hanya berkongsi aura positif dan aktiviti seni di media sosial, membuatkan dia sering menjadi buruan pengarah dan penerbit filem.

IKLAN

Malah wajah cantiknya juga sering menghiasi kempen promosi bagi kebanyakan jenama mewah antarabangsa.

Berusia 32 tahun, Siti Saleha Baharom merupakan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam. Selain berbakat besar sebagai pelakon, Siti Saleha juga ada bakat sebagai pengacara televisyen.

Kerjaya Seni Kian Berkembang, SITI SALEHA Pernah Rangkul Anugerah Asean Model Festival & Bebas Kontroversi! Kerjaya Seni Kian Berkembang, SITI SALEHA Pernah Rangkul Anugerah Asean Model Festival & Bebas Kontroversi! Kerjaya Seni Kian Berkembang, SITI SALEHA Pernah Rangkul Anugerah Asean Model Festival & Bebas Kontroversi!

Terdahulu, dia pernah menjadi juri jemputan bagi Muzikal Lawak Superstar 3.

Hasil kerja keras dalam industri, Siti Saleha pernah meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular ke-33. Dia dikhabarkan mula bekerja sejak usia 18 tahun dan pada ketika itu dia sudah berdikari dan hidup sendiri.

IKLAN

Kerjaya Seni Kian Berkembang, SITI SALEHA Pernah Rangkul Anugerah Asean Model Festival & Bebas Kontroversi! Kerjaya Seni Kian Berkembang, SITI SALEHA Pernah Rangkul Anugerah Asean Model Festival & Bebas Kontroversi! Kerjaya Seni Kian Berkembang, SITI SALEHA Pernah Rangkul Anugerah Asean Model Festival & Bebas Kontroversi!

IKLAN

Tahun lepas, jelitawan ini turut melakar kejayaan manis apabila meraih anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020. Sebelum ini anugerah tersebut dirangkul dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Henderson.

Dalam pada itu, Siti Saleha minat melukis dan dia dikatakan mewarisi bakat seni itu daripada ibu tersayang.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI