Lumrah wanita mahukan tubuh badan ‘hourglass’ dan langsing bak kerengga. Namun jalan untuk menjaga kecantikan tubuh bukanlah dengan skip meals atau melangkau waktu makan, silap haribulan bukan saja tak bermaya tapi kulit pun nampak kusam dari dalam.
Merujuk sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat tiga waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Pada waktu ini, fisiologi tubuh kita membakar tenaga dengan paling efisian. Oleh itu, anda seharusnya tidak melangkau tiga waktu makan utama ini untuk memastikan keperluan tenaga dan nutrien yang optimum.
KESAN BURUK
Melangkau satu waktu makan akan menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam badan. Secara umumnya, kita akan berasa letih dan lesu jika melangkau satu waktu makan.
Berdasarkan satu kajian, dilaporkan kanak-kanak yang melangkau waktu makan mempunyai berat badan yang berlebihan jika dibandingkan dengan anak-anak yang makan mengikut waktu. Contohnya, anak-anak yang tidak bersarapan pada waktu pagi lebih berpotensi untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengah hari berbanding anak-anak yang mengambil sarapan.
TIP BIJAK
1) Biasakan dengan jadual waktu makan yang betul dan tetap.
Anda seharusnya menetapkan waktu makan utama supaya terbiasa dengan waktu makan tersebut. Contoh jadual pemakanan yang baik ialah:
2) Elakkan pengambilan snek semasa waktu makan utama
Terdapat satu kajian yang menyatakan anak-anak yang kerap mengambil snek lebih berpotensi untuk melangkau waktu makan utama berbanding anak-anak yang kurang mengambil snek.
Snek bermaksud makanan dan minuman yang diambil di antara waktu makan seperti minuman berkarbonat atau makanan ringan. Dibimbangi anak-anak yang mengambil snek semasa waktu makan utama akan kekurangan nutrien utama seperti karbohidrat dan protein.
Bagi kaum wanita yang berhajat untuk menurunkan berat badan, elakkan corak pemakanan yang tidak menentu kerana ia boleh memberi implikasi negatif terhadap diet yang diamalkan. Makan secara konsisten, kerap tapi dalam kuantiti yang kecil.
3) Tunjukkan contoh amalan pemakanan yang baik
Terlalu sibuk hingga ‘terlupa’ waktu makan? Usah jadikan alasan sibuk sebagai punca makan tak menentu. Pastikan ada snek seperti kacang-kacang atau buah-buahan di atas meja untuk dikunyah. Paling penting, amalkan petua di bawah:
This website uses cookies.