20 April lepas genap 20 tahun usia buah hati kesayangan Kajol dan Ajay Devgan! Makin menginjak usia, makin terserlah cantik Nysa Devgan yang merupakan puteri sulung pasangan selebriti popular Bollywood ini.
Memang saling tak tumpah mewarisi gen ibu bapa tersayang. Bermata bundar, hidung mancung dan paling menarik perhatian adalah senyuman manisnya. Boleh buat orang ‘cair’!
Meskipun populariti Nysa sebagai anak kepada selebriti terkenal tidak seglamor anak Shah Rukh Khan, namun rata-rata peminat di sana terpikat dengan ciri-ciri yang dimiliki Nysa.
Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan peminat kepada kecantikan asli ibunya. Tidak dinafikan Nysa mewarisi sepasang mata yang cantik dan senyuman memikat.
Tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah, kelibat Nysa turut kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan yang disertai kedua-dua ibu bapanya.
Kajol menerusi media sosial berkongsi momen indah di samping Nysa dan bahagia melihat anak gadisnya kian menjadi wanita matang dan cantik. Bersempena hari lahir Nysa yang lalu, ibu dua anak ini menitipkan ucapan istimewa.
“This is us and our story always. Love your sense of humour and your mind and your oh so very sweet heart.. love you to bits baby girl and may you always smile laugh and snark with me forever!”
Dalam gambar yang dimuat naik bintang filem Kuch Kuch Hota Hai tersebut, kelihatan hubungan akrab di antara ibu dan anak ini. Malah mereka tampil serba eksklusif dan memukau dalam persalinan glamor.
Memetik laporan NDTV.com, Nysa menjadi pelajar di United World College of Southeast Asia di Singapura sejak tahun 2018.
Dalam temu bual bersama NDTV.com, Kajol mendedahkan didikannya terhadap anak-anak. “Saya sangat tegas dengan anak-anak kerana sangat penting untuk mereka tahu tentang batas sesuatu perkara dan tidak boleh melangkauinya.
Saya percaya mereka akan membesar jadi manusia lebih baik jika mengikuti didikan kami. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai apa yang betul dan salah.”
Kajol dan Ajay berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 24 tahun itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgan dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgan.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’.
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu dan menolak sebarang tawaran berlakon memandangkan dia pernah mengalami keguguran.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/umur-47-tapi-macam-20an-sussanne-khan-bekas-isteri-hrithik-roshan-kini-pereka-hiasan-fesyen-india/
This website uses cookies.