Ketidakselesaan Perut Boleh Dirawat Dengan Tip Ini

Gaya hidup masa kini secara tidak langsung mendedahkan kebanyakan daripada kita kepada masalah pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan sesuai ada kalanya menimbulkan masalah kembung, sendawa dan angin yang jelas tidak menyelesakan.

IKLAN
IKLAN

Kembung, sendawa dan angin (kentut) adalah masalah semula jadi dan biasanya disebabkan oleh udara yang ditelan atau penguraian makanan melalui pencernaan. Anda mungkin mengalami gejala hanya sekali-sekala tetapi apabila ia mengganggu aktiviti harian, ia memungkinkan sesuatu yang tidak kena.

Apabila gas di dalam badan tidak keluar melalui sendawa atau kentut, ia boleh terkumpul di dalam perut dan usus dan inilah yang menyebabkan kembung. Apabila perut kembung, anda juga boleh berasa sakit perut dengan keadaan yang berbeza-beza dari sakit ringan hingga sakit memulas-mulas.

Pengeluaran gas dari dalam perut atau usus dengan cara membuang air besar boleh melegakan kesakitan atau masalah kembung berkenaan. Kembung mungkin berkaitan dengan faktor berikut.

  • Makan makanan berlemak yang boleh melambatkan pengosongan perut dan membuatkan anda berasa terlalu kenyang
  • Minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang mengandungi gas atau bentuk gas
  • Makan terlalu cepat, minum melalui straw, gula-gula getah atau menghisap gula-gula yang mengakibatkan anda menelan udara
  • Tekanan atau kebimbangan
  • Merokok
  • Jangkitan gastrousus, tersumbat atau penyakit
  • Sindrom usus rengsa
  • Intoleransi laktosa di mana usus tidak dapat mencerna dan menyerap komponen makanan tertentu

Untuk mengurangkan kembung ini, mengelak atau mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang menghasilkan gas. Banyak karbohidrat menyebabkan gas di dalam badan. Antara pengambilan makanan berikut adalah penyebab biasa terhadap masalah gas di dalam badan.

  • Kacang, brokoli, taugeh, kubis, minuman berkarbonat, kubis bunga
  • Gula-gula getah
  • Epal, pic dan pir
  • Gula-gula kandi
  • Salad
  • Susu dan produk susu
  • Bawang
  • Alkohol, gula yang terdapat dalam makanan gula-gula (sorbitol, mannitol dan xylitol)
  • Makanan bijirin penuh