“Ketika Lampu Merah, Tiba-Tiba Cermin Kereta Saya DIPECAHKAN PENCURI Bermotosikal!” Pemandu Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Yang Menimpanya

Nauzubillah! Bayangkan dalam keadaan jalan raya yang sesak dan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur pun jenayah kecurian pecah kereta berleluasa, inikan pula kalau kita memandu malam seorang diri.

Kejadian yang baru berlaku kepada Peneraju Kanan Bernama Radio, Nazira Noran ini patut menjadi peringatan penting buat golongan wanita yang memandu kereta bersendirian.

Selepas memecahkan cermin kereta mangsa, pencuri yang menaiki motosikal itu terpaksa ‘berputih mata’ kerana hanya sempat mengambil steering lock

di tempat duduk penumpang.

Meskipun masih panik dan terkejut, tindakan pantasnya bergegas ke balai polis untuk membuat laporan mungkin dapat menyelamatkan mangsa lain daripada ditimpa kes yang sama. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

=======================

08.10.17 Innalillahi wainna ilaihir rojiuun. Musibah ini hadiah.

Alhamdulillah, saya selamat walau sedikit tercedera di tangan kerana 2 penjenayah bermotosikal memecahkan cermin kereta di traffic light Jalan Ampang, berdepan Balai Polis Jalan Tun Razak waktu Maghrib tadi.

Penjenayah tadi cuba mengambil handbag di seat sebelah, tapi yang dirembatnya steering lock saya. Handbag saya biasanya letak di kaki, tapi tadi handbag

ada di atas riba kerana saya sedang mengambil charger handphone.

Saya tengah tunduk dan membalas mesej Whatsapp kawan, jadi mata saya juga terselamat dari terkena serpihan kaca. Kejadian berlaku terlalu pantas, 10-30 saat motosikal yang mengambil barang itu lesap dengan steering lock saya.

Alhamdulillah sebelah kanan saya balai polis, jadi saya terus membuat pusingan U-turn dan buat laporan polis. Syukur semuanya selamat.

Peringatan untuk wanita yang memandu sendirian. Jangan, jangan, jangan sesekali letak handbag kat seat kiri. Saya yang tak letak handbag kat situ pun dia masih nak pecahkan kereta dan rembat apa yang ada kat seat

sebelah.

InsyaAllah pengajaran untuk saya dan semua wanita untuk tidak memberi peluang kepada penjenayah. Ini peringatan juga untuk saya dan wanita lain di stesen minyak atau tempat berisiko. Kalau berjalan seorang, lebih baik letak purse dalam poket saja.

=======================

Kata Nazira lagi, pencuri itu cuba memecahkan cermin keretanya sebanyak dua kali menggunakan senjata tajam menyerupai besi dan kapak. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Facebook Nazira Noran

Share
Published by
Norzalina