Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya Ini CATAT SEJARAH Beri Vaksin COVID-19 Buat PM

Semalam sejarah telah tercipta apabila Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima dos pertama vaksin COVID-19 menandakan bermulanya Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan. Perdana Menteri telah menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11.

Foto: Instagram @bernamaofficial
Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina Ibrahim mencatat sejarah peribadi apabila telah diberi tanggungjawab untuk memberi dos pertama vaksi COVID-19 kepada Tan Sri Muhyiddin. Ketika ditanya oleh pemberita tentang perasaannya melaksanakan tanggungjawab tersebut, “Bangga juga lah,” jawab Lina Ibrahim ringkas.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan pendaftaran program vaksinasi menerusi MySejahtera yang akan memudah cara proses pendaftaran bagi menerima vaksin. Pendekatan ini melalui program imunisasi itu adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022.

Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Turut menerima dos pertama dan merupakan antara yang terawal menerima vaksinasi dalam program imunisasi itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: BERNAMA

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed