Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Disifatkan seorang wanita yang mesra dan ‘murah senyuman’, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibunya walau anak tersayang sudah bergelar isteri dan ibu kepada lima anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid.
Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik. Adik pun senang nak pergi keluar pergi cari rezeki sebab mamy tolong tengokkan anak-anak adik sekali. Mamy tolong semua anak-anak cucu yang lain.
Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak-anak cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.”
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Dia juga selamat melahirkan anak pada Januari 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Dia turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/handsome-papa-fazura-walau-bapa-dah-tiada-isteri-fattah-amin-ini-kenang-memori-cinta-pertamanya/
This website uses cookies.