ILHAN OMAR

Kredibiliti dan suara wanita Islam sekali lagi diiktiraf di mata dunia! Ilhan Omar yang merupakan ibu kepada tiga orang anak dan dahulunya seorang pelarian, kini menjadi anggota kongres Amerika Syarikat yang mewakili parti demokrat. Sekaligus, muncul sebagai parti pembangkang kepada kerajaan republikan yang diketuai Presiden Donald Trump.

Ilhan mencipta sejarah dalam persidangan kongres ke-116 pada November 2018 apabila menjadi wanita pertama Islam menyandang jawatan sebagai anggota kongres selepas menerima undi tertinggi menentang calon republikan dalam pemilihan daerah Minnesota pada Ogos dua tahun lepas.

Ads

Turut melakar kejayaan sama ialah Rashida Tlaib yang juga wanita Islam dan mendapat tempat dalam kongres negara kuasa besar tersebut. Kisah kejayaan Ilhan tidak datang bergolek kerana realitinya, dia sekeluarga pernah ditempatkan di kem pelarian di Kenya sebelum dibawa masuk sebagai pelarian di Amerika Syarikat. Waktu itu, Ilhan baru berusia 14 tahun dan berketurunan Somalia.

Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!

Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat! Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!

Malah bapa Ilhan pernah mendedahkan, “23 tahun lalu kami sekeluarga tiba di lapangan terbang Washington sebagai pelarian di negara ini selepas berjaya meninggalkan kem pelarian di Kenya. Kami percaya dan berpegang kepada keterbukaan Amerika bahawa prosperity for all and hope for a better tomorrow.

Bagaikan dalam mimpi! Kini selepas 23 tahun, saya kembali di lapangan terbang yang sama bersama anak perempuan saya, Ilhan… sebelum dia mengangkat sumpah sebagai wanita Islam Somali-American pertama dalam Kongres Amerika Syarikat. Pasti anda dapat membayangkan betapa bangganya saya atas kejayaan Ilhan.

Ia merupakan satu penghormatan buat kami kerana akhirnya Ilhan menjadi salah seorang ‘suara’ demokrasi. Walaupun datuk Ilhan tidak dapat menyaksikan momen bermakna ini tapi kami membawa semangatnya dan Ilhan akan mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran milik datuk beliau.”

Ads
Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!
Ilhan di samping arwah bapanya

Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat! Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat! Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat! Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat! Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!

Berkongsi pengalaman pahit manis bersama bapa tersayang sepanjang perjalanan untuk menjadi ahli politik, Ilhan bagaimana pun terpaksa menerima ketentuan takdir apabila bapanya, Nor Omar Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada 16 Jun lalu. “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’uun surely we belong to God and to him shall we return. It is with tremendous sadness and pain to say goodbye to my father, Nur Omar Mohamed. No words can describe what he meant to me and all who knew and loved him.

Ilhan yang dilahirkan pada 4 Oktober 1982 sedang meniti usia 38 tahun dan hidup bahagia bersama tiga orang cahaya mata iaitu Isra Hirsi, Adnan dan Ilwad. Pada awal Mac lepas, wanita berjiwa besar ini dilaporkan telah berkahwin buat kali ketiga dengan seorang jejaka Amerika yang juga merupakan perunding politik Ilhan iaitu Tim Mynett.

Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!
Ilhan bersama tiga anaknya

Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat! Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!

Ads

Keturunan Somalia, ILHAN OMAR Wanita Islam Pertama Jadi Anggota Kongres Amerika Syarikat!

Selain mengangkat suara dan membela nasib golongan yang ditindas, Ilhan turut menyatakan pendirian tegasnya yang tidak menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kredit foto: Instagram Ilhan Omar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI