Jika sebelum ini pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton sering mencuri tumpuan sebagai pasangan diraja yang serasi, namun pasangan Crown Prince Frederik dan Crown Princess Mary of Denmark juga tidak terkecuali.
Mereka dikatakan antara pasangan diraja yang sentiasa kelihatan romantis dan bijak bergaya sama ada ketika menghadiri majlis formal mahupun majlis tidak formal.
Malah, bahasa tubuh Crown Prince Frederik terhadap isteri tercinta juga menunjukkan betapa dia berbahagia di samping permaisuri hatinya itu. Jom lihat sweetest moments pasangan diraja ini!
(a) Ini baru dikatakan gaya seorang Prince Charming! Putera Mahkota Frederik memayungkan puterinya ketika menghadiri majlis hari keputeraan ke-80 King Harald dan Queen Sonja of Norway pada bulan Mei 2017 di Oslo.
(b) Rangkulan mesra pasangan diraja ini ketika menghadiri majlis di Opera House di Sydney, Australia.
(c) Rock Star Couple… Pasangan diraja kelihatan santai dan selesa ketika menghadiri konsert Rock ‘n’ Royal Copenhagen’s Parken Stadium.
(d) Anggun dan bergaya… Kedua-duanya nampak sepadan tatkala menghadiri majlis perkahwinan Prince Carl Philip of Sweden dan Sofia Hellqvist di Stockholm, Sweden.
(e) Antara momen romantis yang sempat dirakamkan ketika pasangan ini menghadiri sebuah majlis.
(f) Foto kenangan sempena majlis perkahwinan pasangan diraja ini. Rosmah Idayu Abu Samah
Sumber: Hello Magazine
Pernah Buat Prosedur Bariatrik 11 Tahun Lalu, Datuk Nurul Zahid Kongsi Kisah Kejayaannya
Siapa sangka anak sulung kepada kepada pasangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah Khamis ini pernah melalui prosedur bariatrik 11 tahun lalu. Tanpa berselindung, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid terbuka dan sudi berkongsi kejayaan dengan Majalah Nona mengenai transformasi dirinya itu.
“Sebenarnya dah lama saya kongsi kisah ini di media sosial dulu. Lebih kurang 12 tahun lepas,” kata isteri kepada Dato’ Saiful Nizam ini ketika dihubungi. Datuk Nurul Zahid juga pernah mengacara rancangan Air Tangan DiRaja terbitan ASTRO yang memaparkan menu masakan istimewa dari kerabat diraja.
Datuk Nurul Zahid yang kini selesa berniqab turut mencadangkan agar mereka yang mempunyai masalah seperti dirinya 11 tahun lalu agar melakukan prosedur ini.
Sebelum ini, Datuk Nurul Zahid juga pernah berkongsi salah satu sebab beliau menyertai askar wataniah adalah untuk mengekalkan gaya hidup sihat. “Bersama Askar Wataniah jiwa dan kekuatan mental terutamanya lebih terurus.
Dalam tentera, saya diajar untuk terima arahan dulu baru fikir boleh ker tak? Kalau tak boleh pun kena bagi boleh!” kongsi Datuk Nurul Zahid yang memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012. Bukan calang-calang wanita mampu melepasi latihan ketenteraan sepertinya.
*Pakai kasut ni sesuai untuk jalan jauh, ada yang setuju.
“Dalam 1 Saat Kita Boleh Hilang Segalanya,” Rumah Diana Amir Nyaris Terbakar
Terlupa padamkan api dapur kemudian terus masuk tidur, terlupa padamkan suis seterika bila dah keluar rumah dan terlupa dah kunci kereta atau belum bila masuk shopping complex dah macam biasa berlaku kepada siapa sahaja.
Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mesti pernah mengalami situasi begini. Diana Amir juga baru mengalami situasi ini yang mengakibatkan rumahnya hampir terbakar. Diana Amir telah melalui detik cemas bila terlupa nak padamkan api dapur ketika panaskan sup ayam di dapurnya.
Kongsi Diana Amir di laman media sosialnya, “So what happened was I almost burn down the house last night. Saya nak panaskan sup ayam, and supposedly kena padam api lah kan sebelum naik tidur.
My big mistake, I macam “takpe biarkan sekejap panas”, tapi keluar je dari dapur I terus lupa I tengah panaskan lauk. I tutup semua lampu macam biasa, angkat Khadija yang dah tidur naik atas and put her to bed. Then I terus tidur juga.
I terbangun sebab terdengar Khadija buat bunyi. I’ve been a light sleeper since ada baby. So ada bunyi sikit memang I bangun. Pastu I bau something. Mamai-mamai so I macam pelik siapa yang buat bbq. Kejutkan Habib tanya, “awak ada bau pape tak?”. Dia cakap tak.
Then suddenly I teringat pasal sup ayam tu. Terus I lari turun bawah, panggil Habib bagitau dia, asap dah tebal sangat kat bawah. Kat dapur memang dah tak nampak apa. But I tak nampak ada api, asap saja.
Habib yang masuk dapur, then I don’t know what he did. I lari naik atas sebab Khadija dan Khalid dah terbangun nangis cari I.
I put them back to sleep. I know it was full of smoke downstairs, but theres no visible fire. So, somehow I lega. Kat bilik atas asap mula masuk slow-slow.
I tutup pintu bilik tidur, buka tingkap semua yang ada kat atas. But tak boleh turun bawah sebab sangat-sangat kuat asap dia. Habib is the hero, and I know I can trust him. He releases the smokes by opening all the windows.
This morning bau smoke still kuat. I kena spring clean. Basuh semua benda, semua fabrik, semua pinggan, lap lantai berkali-kali. But above all, I’m grateful, alhamdulillah diberi peluang kedua untuk kami.
There’s a lot of IFs, tapi Allah SWT bagi warning saja. Lain kali penat macam mana pun check habis-habis semua benda sebelum tidur, make sure everything is safe.
I’m thankful Allah kept my family safe this time. It can never happen again. I promise, insyaallah I akan selalu alert benda-benda camni. And I hope by sharing this, whoever reading this will make it a life lesson.
In a second we can lose everything for something so simple. Tutup api. Nak masak tunggu sampai abis. I mean ya we don’t have that luxury to always stay in the kitchen and watch our cooking like a hawk because there’s so many other things to do. But, don’t let that “excuse” get in away of safety,” kongsi Diana Amir.
18 Tahun Jadi Usahawan Kosmetik, KAK TON Enggan Tunjuk Mewah & Elak Orang Rasa Tak Selesa!
Kejayaan usahawan kosmetik terkenal tanah air atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini nyata bukan calang-calang. Pasti ada keunikan dan tarikan tersendiri yang dimiliki wanita hebat tersebut hingga berjaya membuatkan perniagaannya kekal bertahan dalam industri selama hampir dua dekad. Bukan tempoh yang singkat tu! Apatah lagi dengan persaingan bermacam-macam produk kosmetik yang dijual di pasaran ketika ini. Nona percaya, kalau barangan tersebut berkualiti… sudah tentu ia akan terus mendapat permintaan ramai.
Sejak kemunculan Kak Ton pada sekitar tahun 2002, tagline popularnya ‘Comel Tak Kak Ton’ sememangnya masih diingati hingga sekarang. Hampir 18 tahun mengemudi perniagaan dan mencipta legasinya sendiri, Kak Ton atau nama sebenarnya Dr Zaiton Hassan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd.
Beberapa tahun menyepi dari industri, figura hebat berkenaan kembali aktif berniaga meskipun sudah meniti usia 60 tahun. Baik secara dalam talian mahupun jualan terus, Kak Ton tidak menang tangan menguruskan tempahan pelanggan setia.
Mengimbas kembali pembabitan Kak Ton sebagai usahawan kosmetik, dia mengakui antara jenama kosmetik yang berada pada era sepertinya kira-kira 18 tahun lalu termasuklah Sendayu Tinggi yang diasaskan Bonda Rozita dan Nouvelle Visage milik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya. “Tahun 2002 saya buat White Pearl dan tahun 2010 pula saya fokus buat Umar dan Beauty Umaira. Nak berniaga ni bukan tengok orang lain buat 10 jenis, kita nak buat juga. Kualiti kena jaga begitu juga keikhlasan berniaga sebab saya tak nak esok-esok mati benda ni ‘berat’.
Seperti mana saya selalu pesan dekat anak saya, Nadia Annuar… mimpi biar tinggi yang penting kita kena capai. Mimpilah setinggi mana pun tapi jangan duduk sahaja. Kena pegang mimpi tu. Bila kita berniaga, ikhlas dan jujur sangat penting. Keselamatan orang awam juga sangat penting. Biar kalau makan selamat dan jangan ambil mudah.
Selain itu, kita kena jaga diri dan kesihatan untuk terus beramal ibadah kepada Allah SWT. Memang ujian itu datang dalam macam-macam cara. Saya sendiri pun ada ujian yang tak boleh cerita dengan orang. Cuma apa yang boleh saya cakap, kita terima ujian tersebut dan reda.”
Dalam merancang pemasaran dan memastikan produk keluarannya dijamin selamat, Kak Ton turut tidak alpa terhadap tanggungjawab sebagai seorang hamba Yang Maha Esa. Semakin banyak rezeki dan kejayaan yang diperoleh, semakin banyak amal ibadah yang dilakukan. Enggan riak dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT, Kak Ton sebaliknya menjelaskan amalan tersebut telah lama dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun lepas.
“Dah berpuluh tahun saya buat solat sunat. Bila dah berjaya dan sampai peringkat yang kita mahu, saya akan pastikan saya buat solat Tahajud 4 pagi. Diikuti solat Subuh, solat Tasbih, sampai ke solat Dhuha. Baru saya tidur balik dan bangun pukul 11 pagi,” ujarnya.
Mendengar pengakuan ibu tersayang, Nadia Annuar yang berada di sisi turut menyusun bicara. “Saya sebagai saksi semua perubahan yang mummy alami dalam hidup dia. Sebelum ini, iya… memang mummy mengamalkan. Tapi selepas berjaya, semakin banyak mummy amalkan sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT.
Mummy baru dua tahun kebelakangan ini pindah ke rumah besar. Walau dia dah berjaya lama daripada tempoh itu tapi masih memilih untuk tinggal di rumah flat yang kami duduk dari zaman kecil dulu kerana keselesaan yang dia rasa biarpun tinggal di rumah flat. Mummy kata bila tinggal di rumah besar dia rasa sunyi. Padahal masa saya kecil, saya ingat lagi mummy pasang cita-cita nak beli rumah besar. Biar anak-anak dapat duduk sekali. Alhamdulillah impian mummy tercapai.”
Meskipun berjaya dalam bidang yang diceburi namun usahawan yang berdarah kacukan Thailand, Laos, Pakistan dan Arab ini tetap gemar menjalani gaya hidup sederhana. Ujar Kak Ton, dia enggan menunjuk-nunjuk kesenangan hidup kerana tidak mahu orang sekelilingnya merasa kekurangan. Kagum melihat semangat dan keprihatinan Kak Ton. Moga segala yang diusahakan terus mendapat perkenan Allah dan dipermudahkan.