KEVIN ZAHRI Kongsi 9 Tip Berbuka Puasa, “Tak Perlulah Kira Kalori ‘Kaw-Kaw’

Bila terikat dengan pelan diet, nak makan apa pun terbantut. Selalunya begitulah persepsi yang timbul. Masuk bulan Ramadan, nafsu makan akan lebih teruji. Lebih-lebih lagi bila ke bazar Ramadan ataupun menghadiri majlis berbuka puasa.

Ia pasti mendorong seseorang itu untuk makan lebih kerana ‘tewas’ dengan kelazatan menu yang terhidang di depan mata.

Baca 9 tip ringkas yang dikongsi oleh selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada nafsu makan semasa berbuka puasa.

Selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri.

“Chillex dan enjoy your “sekuih-dua”. Ingat, ia bukan soal kurus tapi untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan gembira.” -KEVIN ZAHRI

  1. Berbuka Dengan Kurma

Kurma adalah sumber tenaga yang cepat (glukos) dan kompleks (serat) hebat.

Tapi INGAT, kurma tetap berkalori.

  1. Protein dan Fiber

Mulakan hidangan pertama dengan pinggan yang ada sumber protein dan fiber yang mengenyangkan.

  1. Kalori Dalam 700kcal

Nasihat saya, sasarkan lebih kurang 700kcal untuk sesi berbuka.

Tapi tak perlulah kira kalori ‘kaw-kaw‘. Chillex.

  1. 20 Minit Rules

Ia ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang. So take it easy, makan dan yakin rasa kenyang akan datang nanti.

  1. Socialize Dengan “0 Kosong“

Apabila berbuka bersama rakan dan keluarga, cuba layan ‘social drinking‘ dengan air kosong atau air tidak berkalori.

  1. Elak Berbuka Dengan Nafsu

Jangan dahulukan makanan yang menggembirakan (bergula ringkas).

Kenapa? Kerana ia tidak mengenyangkan.

  1. Solat Maghrib

Tunaikan solat maghrib untuk berikan rehat dari fiesta makanan dan peluang untuk 20 minit Rule to kick in.

  1. Jangan Sihat 100%

Don’t be a party pooper‘

. Pastikan ada budget untuk kuih-muih “sikit” dan makanan yang menggembirakan anda.

  1. Keep Calm dan Berbuka

It’s totally OK kalau sesi berbuka anda tidak sempurna dan “koyak“ once in a while. Kerana ia bukan soal kesempurnaan.

Kredit: www.kevinzahri.com

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad