Kawal Nafsu Berbelanja Di Saat Genting

Seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19. Sejak itu, dilihat banyak pihak terkesan akibatnya dalam menempuhi kehidupan seharian. Forum Ekonomi Dunia menjangka ada entiti perniagaan global yang terpaksa ditutup dan ada mungkin melakukan penstrukturan serta adaptasi melalui penggunaan sistem automasi, internet pelbagai benda (IoT) dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan operasi perniagaan berjalan seperti biasa tanpa melibatkan pertemuan individu secara bersemuka.

IKLAN
Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?
Tekanan akibat masalah kewangan menjadi salah satu aspek yang banyak berlaku semasa COVID19

Di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah sedikit sebanyak cara kehidupan kebanyakan rakyat. Dapat dilihat, pergerakan setiap individu agak terbatas, tidak seperti kebiasaan. Sebagai contoh,orang ramai tidak dibenarkan bebas bergerak dari satu tempat ke tempat lain atau keluar bekerja atau bersosial di tempat awam atau lain-lain. Langkah yang diputuskan kerajaan ini bertujuan untuk menghentikan penularan pandemik Covid-19.

Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?
Bandar menjadi lengang apabila Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksanakan

Dalam tempoh ini, semua pihak akan terkesan akibat situasi penularan wabak dan juga langkah PKP, PKPB dan PKPD dilaksanakan sama ada pemilik perniagaan, pekerja atau individu yang berkerja sendiri. Namun, langkah kerajaan untuk meneruskan PKP, PKPB dan PKPD dalam menangani jangkitan ini amat penting dalam mengawal dan membasmi COVID-19. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam usaha memastikan kesinambungan kewangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?
Usah bazirkan wang dengan perbelanjaan menurut kehendak

Dalam masa yang sama, terdapat enam kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan mengenai penamatan PKP dibuat bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Ini termasuklah kawalan sempadan, kawalan pergerakan, peningkatan keupayaan sistem penjagaan kesihatan, perlindungan bagi kumpulan berisiko tinggi, normalisasi kehidupan yang baru (dari segi kesihatan serta perjarakan sosial) dan kerjasama dengan komuniti dalam pencegahan secara menyeluruh.

1. Ubah Suai gaya hidup

Pendemik COVID-19.menuntut semua pihak termasuk individu untuk melakukan beberapa pengubahsuaian dalam gaya hidup termasuklah dalam menguruskan kewangan. Pihak kerajaan mungkin tidak mampu untuk memberikan sokongan kewangan sepenuhnya bagi membolehkan kita hidup dengan mewah sepanjang pandemik ini. Walaupun kerajaan memberikan pelbagai bantuan seperti pengenalan monotorium, pengeluaran wang KWSP dan sebagainya, namun setiap individu perlu bijak merancang kewangan masing-masing bagi memastikan kelangsungan hidup.

Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?
Bijak kawal kewangan

Dari perspektif mikro, semua individu dalam masyarakat samada yang bujang atau berkeluarga, sewajarnya menguruskan wang mereka dengan bijak dan berhemah. Ilmu pengurusan kewangan individu perlu diamalkan seperti menyediakan belanjawan rumah mengikut tahap keperluan. Beli perkara yang perlu sahaja mengikut kepentingannya.

Wang yang ada hasil dari penangguhan pembayaran pembiayaan bank melalui pakej moratorium dan juga pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu digunakan dengan cara terbaik bagi tujuan perbelanjaan perkara yang perlu, bukannya untuk bermewah. Lebihan wang setelah melangsaikan perbelanjaan asas ini perlu disimpan atau dilaburkan bagi tujuan mendapatkan pulangan yang bersesuaian bagi bekalan masa hadapan.

IKLAN
Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?
Bekerja dari rumah menjadi sebahagian perubahan yang dilakukan untuk meneruskan kelangsungan kerjaya

2. Perubahan corak perniagaan mikro

Bagi perniagaan secara mikro, cabaran COVID-19.ini juga memaksa pemilik perniagaan menjalankan perniagaan secara berdisiplin dan menjalankan operasi mereka dengan cara lebih kreatif. Sistem urus niaga dalam talian yang melibatkan pembayaran dalam talian perbankan atau aplikasi e-dompet serta penawaran servis penghantaran barangan dari rumah ke rumah akan membuka banyak peluang kepada peniaga mikro dan juga mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik ini.

IKLAN

Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?

Masa kini, kita dapati perkhidmatan penghantaran barangan harian rumah ke rumah bukan hanya ditawarkan oleh peniagaan besar seperti Tesco sahaja. Malah, khidmat penghantaran barangan yang ditawarkan oleh pengusaha kecil tempatan dengan tempahan melalui Facebook dan WhatsApp turut berkembang di kawasan-kawasan pinggir bandar dan kampung. Dari pandangan yang berbeza, PKP sebenarnya akan mempercepatkan tren transaksi jual beli tanpa tunai dalam masyarakat hari ini.

Kewangan Pasca COVID-19, Apa Perlu Dan Tidak?

Setiap cabaran baru memerlukan kita untuk berfikir, merancang dan meningkatkan keupayaan untuk membuat inovasi dan adaptasi. Manusia dianugerahkan akal serta tenaga untuk menghadapi hari-hari mendatang. Banyak pengajaran dapat kita pelajari dalam menghadapi wabak ini. Kita pelajari bahawa sesuatu virus atau sakit boleh menyerang manusia tanpa mengira pangkat mahupun darjat. Kita juga insaf bahawa kesihatan dikurniakan ALLAH adalah suatu kurniaan tidak ternilai harganya,

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI