Kacip Fatimah sememangnya cukup sinonim dengan kaum Hawa khususnya berkaitan dengan kesihatan dalaman. Tumbuhan herba ini memiliki khasiat yang sangat tinggi.
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya ialah Labisia Pumilia dan Pathoina merupakan salah satu tumbuhan herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara.
Menyingkap seketika bentuk fizikalnya, Kacip Fatimah daripada famili Myrsinaceae adalah tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara meliar di hutan hujan tropika.
CEGAH PRAKANSER
Tahukah anda bahawa nama ‘Fatimah’ itu sendiri dikaitkan dengan nama wanita bangsawan serta mempunyai maksudnya yang terselindung? Ia dikaitkan dengan kesihatan dan semangat wanita.
Kacip Fatimah dipercayai mengandungi elemen-elemen seperti antioksidan serta phytoestrogen.
Kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada kaum lelaki serta wanita untuk membantu mencegah pembiakan sel-sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang serta melewatkan proses penuaan.Selain itu, Kacip Fatimah juga biasa dimakan mentah iaitu sebagai ulam oleh wanita Melayu. Manakala air rebusan Kacip Fatimah ini biasanya digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan serta bagi melancarkan proses kelahiran bayi. Juga, dapat membantu merawat masalah cirit-birit.
Di samping itu juga, Kacip Fatimah dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi serta dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Seterusnya, membantu mengecutkan bahagian rahim serta melangsingkan tubuh selepas bersalin.
MELANCARKAN KITARAN HAID
Keistimewaan Kacip Fatimah tidak terhenti di situ sahaja. Tumbuhan herba ini turut dipercayai boleh membantu untuk merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan kitaran haid wanita.
Selain itu, ia dapat mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid. Kini, kita dapat melihat di pasaran banyak produk herba yang berasaskan Kacip Fatimah.
Namun begitu, ini tidak bermakna kaum lelaki dan anak-anak remaja tidak boleh makan Kacip Fatimah. Ini kerana ia tiada kesan sampingan dan tidak memudaratkan kesihatan. Herba Kacip Fatimah turut boleh diamalkan oleh kaum wanita yang belum berkahwin disebabkan khasiatnya yang dapat membantu membekalkan tenaga kepada tubuh.
Sekiranya seorang wanita bujang itu mengamalkan Kacip Fatimah sejak awal, ia merupakan salah satu usaha yang baik dan menyihatkan untuk pemuliharaan kesihatan dalaman tubuhnya.
MANFAAT LAIN
Antara manfaat-manfaat lain bagi Kacip Fatimah ini adalah:
INFO KACIP FATIMAH
This website uses cookies.